Tuesday, March 9, 2010

kita dipertemukan utk dipisahkan..


dengan nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

*tarik nafas...*

macam dah boleh agak kan, entri kali ni pelik sikit sebab saya memulakan entri dengan Basmalah dalam bahasa yang saya cukup faham.. bahasa Melayu.. :)

insyaAllah.. 'tugas' saya sebagai Setiausaha semakin menghampiri 'pengakhiran'.. apabila Final Report FSCC dihantar ke STAD pada akhir Short Semester nnti,insyaAllah, berakhir lah segala tugas saya.. di CFS..

dan, saya mengakui di sini.. saya merindui 'kerjaya' saya yang satu itu..

:'(

pada mula2 kene interview utk post dulu, masih segar dalam ingatan, saya ingin post utk Leadership and Training Bureau.. klaka betul.. padahal, biro 2 dah dimansuhkan.. lepas tu, saya mencuba nasib utk Discipline and Welfare Bureau.. tapi, bila saya suarakan hasrat utk memegang jawatan tyme study ni, ayah saya beriya2 utk saya mencuba memegang jawatan Setiausaha.. banyak perkara boleh dipelajari,katanya.. :)

alhamdulillah.. mungkin berkat doa seorang ayah, saya ditaklifkan menjadi Setiausaha..

dan,saya gerun dengan jawatan itu sebenarnya.. saya mula ketaq tangan bila nama saya tak disebut utk Exco Biro.. dan pada masa itu,hanya tinggal jawatan Majlis Tertinggi je..

secara jujurnya, saya bukan nak mengulang ayat2 tipikal ni, tapi memang jujur dari hati, saya tidak layak utk jawatan ini.. siapalah saya berbanding orang2 yang terpilih untuk Ketua dan Penolong Ketua Biro yang lain.. saya tidak pernah memegang jawatan dalam persatuan jurusan saya sendiri, apatah lagi bagi Kolej Kediaman.. atau pun Hisbah.. apetah lagi Musyrifah utk bilik saya sendiri.. saya nobody..

selalunya, Setiausaha dikaitkan dengan komited, mendengar arahan, organized, teliti, punctual.. tapi, bila islah balik diri ni, tyme mula2 dapat dulu, tiada satu pun yang 'lekat' pada saya.. orang pn pernah cakap, setiausaha ni calon isteri terbaik.. ape2 la.. :p

tapi, saya tak rasa semua tu ader pada saya.. kerdilnya diri saya tyme 2.. saya rasa,semua exco mungkin pandang and toleh kat saya.. and maybe wondering," siapa la dia ni? tak pernah nampak pn.." .

detik nak mengadjust diri daripada pelajar biasa kepada pelajar yang ada komitmen lain, memberi 1001 pengalaman kepada saya sendiri.. betapa susahnya menadjust masa.. tapi, bila saya rasa stress atau tertekan dengan meeting yang banyak atau kerja yang menimbun, saya akan tanya diri saya balik.. "siapa yang hantar borang utk jawatan ni dulu?" .. lepas tuh, saya akan malu sendiri, and akan teruskan balik kerja saya..

bukan sahaja perlu mengadjust masa dengan komitmen.. begitu juga dengan ahli keluarga yang 'baru'.. dengan penerapan cara kerja 'Work as a Family', saya merasakan FSCC ni macam keluarga saya setelah roommate saya, di CFS..

orang kata, kalau kita nak kenal dengan orang itu, lihat cara dye bekerja.. or, bekerja lah dengannya.. serius.. antara pengalaman saya adalah, saya dapat kenal and belajar cara nak 'mingle' ngan berbagai ragam orang.. dari pelbagai negeri, loghat, sampailah kepada cara bekerja.. semuanya berbeza mengikut orang.. walaupun ianya berlaku dalam satu family..

dan itulah cara belajar yang tidak saya dapati dalam mana2 kelas..

saya gembira kerana menyertai dan menjadi sebahagian dalam keluarga ni.. secara jujur,semua kenangan, sedari McLead sampailah ke Baktisiswa, kenangan yang saya susah untuk ungkapkan dalam bentuk kata2.. dan mungkin tidak cukup walaupun sy spend satu malam, hanya untuk sy terjemahkan segalam memori dlm bentuk kata2..

biarlah semuanya tersimpan kemas dalam hati dan memori saya sendiri..

thank you to all my dear family members of FSCC.. for being in a chapter of my life..

semoga perpisahan ini, perpisahan yang diredhai Allah.. dan insyaAllah dipertemukan jua, akhirnya.. di Sana..

salam sayang kerana Allah :)

No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...