Wednesday, April 7, 2010

semuanya hanya pinjaman semata2...

in the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful..

pernah tak dalam hidup anda, merasa suatu kehilangan?

barang?

kenangan?

ataupun, nauzubillah.. manusia?

saya tak berapa dengan jawapan anda, yang pasti, saya pernah..

sebenarnya, saya bukan kehilangan secara 'total' atau hakiki.. tetapi, 'perkara' itu hilang, dari pandangan mata saya..

jadi, tidaklah terlalu kritikal di sini.. jauh sekali untuk mendoakan supaya ianya bertukar menjadi kehilangan hakiki..

pada bulan Oktober yang lepas.. seorang kawan yang rapat+baik dengan saya (rapat maksudnya terlalu rapat, dan dia mampu menghuraikan siapa saya, walaupun mungkin tidak sedalam adik saya, apatah lagi Maha Pencipta) telah terbang ke Mesir bagi melanjutkan pelajaran ke dalam bidang yang kami berdua AMAT minati, Perubatan.. :)

tidaklah saya mengjangkakan kepergian dia, kerana saya amat yakin dia tidak mampu berjauhan dengan keluarganya.. antara saya dan dia, dia lebih tinggi 'homesickness' nye.. lagipun, dia tidak pernah berangan2 untuk ke Timur Tengah.. cukup baginya melanjutkan pelajaran dalam negara.. tak seperti saya.. yang lebih CENDERUNG ke sana.. cerita lama.. selepas SPM.. :)

"jom la anis.. bila lagi nak pergi.. ko ada aku, aku ada ko.." ajak Nabilah, atau saya lagi selesa panggil Bell..

saya pelik.. isy, peluang saya masih terbuka luas.. lagipun, bidang yang saya bakal ambil kat Kuantan nanti, masih around perubatan juga.. walaupun bukanlah originalnya Perubatan.. iaitu, insyaAllah, BioMedikal.. lagipun, saya masih berserah kepada takdir, andai itu takdirnya.. :p

Bell pula beriya2 mengajak saya.. saya kasihan sangat kat dia.. sebab, saya tahu dia pandai.. masakan tidak, dapat jurusan Sains Fizikal kat Pusat Asasi UM.. saya hanya Sains Hayat di Pusat Asasi UIA... sangat dekat.. dia pernah menyatakan hasrat nak keluar dari UM, sebab tak minat physics.. lagipun, jurusan ini tidak membukan peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.. hanya kejuruteraan shj..

saya sebagai sahabat paling rapat, dan keluarga kami saling mengenali, menasihatkan dia supaya terus stay kat UM.. sebab bukan mudah untuk seseorang memasuki universiti tertua Malaysia tuh.. saya juga pernah memberitahu beliau mengenai takdir.. mungkin, pemilihan beliau ke sains fizik merupakan petanda awal dia lebih sesuai ke Bidang Kejuruteraan seperti ayahnya yang bekerja di Petronas? *nak jugak sebut..*

akhirnya, dia akur.. setelah tamat setahun pengajian kat asasi, dengan pointer yang agak baik, Bell dapat jurusan yang tak pernah terpikir pun dalam kepala kami berdua..

"Nis!!!!!!!! aku dapat Bachelor of Quantity Surveying!!!!!!! tak nak!!!!!!!!!!!" jerit Bell ketika telepon saya, pada suatu hari..

"Quantity Surveying? mende tuh?" tanya saya, cool.. :p

"ala.... yang intan nak sangat tuh... aduih... macam mana ni??? any comments??" begitulah Bell, kalau frust+cuak.. sangat jelas, dia cuak dengan 'masa depannya'..

"erm.. apa kata ko try dulu.. ha, Intan punyela beriya2 nak.. ko pulak yang dapat.. kat UM pulak tuh.. Bell, ak dengar keje tuh, market dye tinggi.. senang dow dapat kerja.." pujuk saya..

sememangnya saya tidak 'berapa' mengambil tahu mengenai kerja2 luar daripada science-oriented.. bukanlah nak kata saya ni pandai, dan orang sains.. tidak.. tapi, saya tak pernah terfikir lagi, kerja di luar jangkaan ni..

memang kami sedia maklum, tyme pergi pameran 'Jom Masuk U' dulu, seorang lagi kawan kami, Intan, memang ke semua booth universiti, dan bertanyakan mengenai Quantity Surveying.. atau QS..

saya ngan Bell pulak, sibuk tanya macam mana nak belajar medik.. sampai jumpa lah pensyarah medik UiTM.. kelakar..

tapi alhamdulillah.. Intan dapat jugak.. Diploma QS kat UiTM cawangan Seri Iskandar.. akhirnya..

yang kelakarnya, saya dengan Bell.. akhirnya, Bell buat keputusan.. setelah berbincang dengan parents nya, dia nekad ke Mesir, untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang kami cintai.. dengan tanggungan sendiri..

dia pergi ke kursus Bahasa Arab kat UKM.. bersama2 junior 1991 yang baru dapat result tyme tuh..

saya pula, menghitung hari, dia berlepas ke Mesir.. sedih sangat.. sebab saya tak tahu, saya nak luahkan kat siapa lagi, masalah2 study, dan nak share pandangan lepas ni.. itulah yang best pasal Bell.. dia sangat suka berbincang.. saya pernah suggest dye amik Law dulu.. tapi dye tak nak..
"takde masa depan.." katanya.. huisy.. pelik2..

akhirnya, dia dapat Universiti Alexandria.. atau Iskandariah.. kat Mesir..

dan yang paling best.. dia berlepas tatkala hari raya ke-6 tahun lepas.. dan waktu tuh, saya sedang bertarung dengan 3 paper core final exam untuk semester satu 2009/2010! ya Allah.. sabar je la.. saya sedih sangat tyme tuh.. sebab dye 'pergi' ketika saya menatap nota Biology untuk exam.. saya ingat lagi dia call.. seperti biasa, budak Mesir akan berlepas jam 1159 malam.. dan beberapa minit sebelum tuh, dia call.. mengucapkan kata2 akhir.. dengan sedu sedan dia.. huhu..

saya redha.. walaupun agak stunted tyme tuh..

itulah Bell.. kawan rapat saya.. walaupun tak 'kehilangan' sepenuhnya.. tapi saya rasa 'ketiadaan' dia.. dia selalu cakap, saya ni ego orangnya.. sebab dia selalu meluahkan kata2 manis+sayang kat saya.. wekkk.. :p
pantang ada peluang call, dulu, dia mesti 'meluahkan' la .. saya? layan je la.. dia memang romantik.. untunglah bakal suami dia nanti..

and2.. dia selalu cakap camni..

"anis.. ko jangan benci sangat.. kang ko yang dapat.. padan muka.. tengoklah.. aku balik msia.. tengok ko kawen ngan orang negeri tu, aku sponsor tau x.. sponsor!" tegas Bell.. ayat itu diulang2 setiap kali saya 'meluahkan' ketidak puasan hati kat negeri itu.. haha.. klaka..

inilah hakikat orang lahir akhir tahun.. emosional sangat.. :p

kenapa saya tulis mengenai dia, dalam entri kali ni? sebab saya sedang merindukan dia sekarang.. dia akan pulang ke Malaysia bulan julai ni, mengikut kata maknye yang saya selalu jumpa tyme beli barang dapur kat Tesco Saujana Impian.. parents Bell memang sporting.. dengan loghat utagha yang teramat pekat, saya selalu tergelak bila berbual dengan mak dia.. huhu.. kak long Bell nak kahwin bulan September ni.. so,mak dia dah 'book' saya untuk bulan 9 ni.. jom ke utagha..! :)

huhu Bell.. teramat rindu kamu.. :(

7 April 2010...

hari ni.. minggu ini.. dah masuk minggu ketiga saya di CFS.. untuk short semester.. belum sebulan lagi.. ya Allah.. lamanya sebulan.. :(

kalau dahulu, sebulan itu bagai seminggu.. malah kadang2 sehari.. begitulah, tuntutan kerja sangat mendesak saya supaya tidak mengira waktu.. hanya mengira kerja2 persatuan dan kerja2 rumah.. bukanlah niat saya nak beritahu yang saya ni amat busy orangnya.. dan bukanlah kerja itu datang kepada saya.. saya yang mencari kerja tu.. so, tidak sepatutnya saya mengeluh.. well, saya tak mengeluh pun.. jauh sekali membenci..

tetapi, kerana saya tidak mengeluh itu lah.. saya mula merindu.. saya rindu sangat2.. ingin saya luahkan di sini, setiap kali bangun tidur, setelah memanjatkan kesyukuran kerana diberi peluang menghirup udara PJ ni sekali lagi untuk hari itu, saya pasti bersedih.. hati ini terlalu ngilu..

ngilu kerana saya tahu, saya akan bangun tidur pada semester hadapan, tanpa roommate sejati saya.. sedihnya.. saya selalu terfikir hal itu.. tapi saya pendamkan sahaja dalam hati.. takkanlah saya nak nangis setiap hari kan.. buat tabiat ape.. huhu..

saya sedih kerana bangun saya pada hari itu, tanpa 'sapaan' siapa2 yang selalu menerjah saya dengan sms serta call mengejut.. suruh saya buat itu ini.. tapi, bukan kerja dan suruhan yang saya rindukan.. saya rindukan suasana, dan hamba Allah yang bertanggungjawab dalam hal itu.. :(

kadang2, saya pn terfikir lagi.. "nape perlu aku merindui? bukankah yang datang, mesti pergi?"

saya pernah terbaca dalam novel..

"jangan menyesali apa2 yang telah berlaku, atau apa yang telah pergi, meninggalkan.. tapi, bersyukurlah kerana kita diberi nikmat dan peluang, untuk menjengah dalam kehidupan seseorang atau perkara tersebut. Moga2 Allah memberikan petunjuk untuk kemudian hari.."

selepas baca quote tersebut.. saya relieved..

betul jugak.. siapalah saya untuk menangisi pemergian atau kehilangan, sedangkan semuanya hanyalah pinjaman daripada Maha Pencipta untuk kita..

benda yang dipinjamkan.. mestilah dipulangkan.. dan, semoga ianya memberi manfaat kepada kita..

itu adalah salah satu takdir dan iradat Allah kepada kita.. semoga dengan adanya 'pinjaman' itu, kita bermuhasabah kembali diri kita..

subhanallah.. saya amat rindukan mereka.. dia..

:'(

-insan hina-

No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...