Wednesday, June 13, 2012

512. Kebergantungan.



Saya sangat percaya, in order for our du'as to be fulfilled, kita mesti sangat yakin yang Allah S.W.T akan memakbulkan doa kita. Regardless cepat atau lambat pemakbulan doa kita tu.


:)


Sama seperti sifir untuk kita membina impian, dreams. Kita mesti yakin yang impian kita tu bakal terlaksana dan menjadi realiti, dengan sentiasa bertindak seolah-olah mimpi itu bakal atau sudah terlaksana di depan mata. Dan definisi yakin di sini bukanlah over-confident. 


Tetapi sekadar untuk berfikiran positif :) 
Peribadi yang positif, akan menarik segala aura yang positif di sekelilingnya. Optimis.


Di sini juga, wujud agenda 'kebergantungan' sepenuhnya kepada Allah :) 
Konsep tawakkal juga perlu di'apply' kan di sini.


Tapi, logikkah tawakkal tanpa usaha sepenuhnya?


Misalnya, tak study subjek Pathology habis-habisan, alih-alih bertawakkal sahaja ke exam hall. Wajarkah?


Semakin mengemudi kehidupan, baru saya sedar yang konsep kebergantungan dan tawakkal ni hanya valid bila kita sudah habis-habisan dengan jerih, berusaha. 


Kita sudah habis study subjek Pathology. Dengan itu berjalan ke exam hall dengan tawakkal dan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah.


Yakinlah, dan jangan lupa berdoa! ^_^






...........................................................................................................
Peristiwa sign minyak petrol kereta sudah berkelip-kelip tatkala memandu pulang dari Kuantan ke KL, tiba-tiba boleh pulak jammed dengan kereta bergerak agak slow di kawasan Bukit Tinggi dan akhirnya saya baru tau kewujudan stesen minyak di kawasan Bukit Tinggi. Alhamdulillah, bergantunglah kepada Allah kawan-kawan! Yakinlah!

No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...