Seorang ‘aku’. Tengahari. Di sebuah kedai makanan cepat.
Sambil menghabiskan baki seketul ayam goreng, menoleh ke
kiri dan kanan.
Pemandangan yang ‘biasa’. Kiri, kanan, belakang. Pasti ada
yang berdua.
Terlihat sekumpulan anak remaja, belasan tahun gamaknya.
Menikmati ayam goreng, sama seperti aku.
Dalam kumpulan itu, ada sepasang yang berpasangan.
Menikmati dunia mereka sendiri. Gelak penuh manis. Tidak
menghiraukan ‘aku’ yang keseorangan di meja sebelah sini.
Di meja yang paling dekat, juga berpasangan. Belia juga, melihat pada rupanya.
Senyap. Hampir tidak menuturkan sebarang kata. Atau, aku yang tidak terdengar kata-kata mereka?
Aku tunduk. Berharap, sambil senyum seorang diri.
Aku berdoa dengan diam, dalam hati.
“Semoga bakal suamiku tidak bersuka-sukaan dengan bukan
mahramnya yang lain, pada waktu ini.”
“Jadikanlah dia seperti diriku, ingin menjaga dan terus
menjaga, dengan izinNya, sampai waktunya tiba nanti.”
Tapi.
“Kalau mungkin dia sedang bersuka-sukaan pada waktu ini atau
terdahulu. Jika dia punya masa lalu yang sebegitu, Engkau usaplah hatinya
supaya mendekatkan diri kepadaMu. Terimalah taubatnya, dengan sebaik-baik
taubat. Jadikanlah dia seorang bakal imamku yang soleh.”
“Sesungguhnya aku hanyalah insan kerdil, yang hina, yang
juga tidak dapat membimbing diriku, apatah lagi dirinya, tanpa izinMu. Aku juga
tidak mahu menjadi hambaMu yang menzalimi diriku sendiri, dengan menzalimi
orang lain.”
Semoga yang terbaik menjadi milik kita.
Ameen.
.......................................................................................................
"Bagaimana kau mahu yang soleh dan solehah sebagai pendamping, sekiranya diri sendiri tidak kau jaga dan nafsu pun kau tak sekat?"
"Bukan enggan, juga tidak memusuhi fitrah. Tapi cuba memahami dengan kata-kata, "Cintaku tidak semurah dosa."
Tak fikir. Tak juga melupakan. Cuma terlintas.
-Monolog seorang 'aku'.
-Monolog seorang 'aku'.

No comments:
Post a Comment