Thursday, July 13, 2017

137. Kecemasan.

"Perbaharui taubatmu. Mungkin imanmu saat ini tidak mampu membentengi dugaan-dugaan ini."
Tarik nafas.

"Perbanyakkan ibadah-ibadah sunat, dari situlah kekuatan akan datang."

Aku hampir lupa nasihat ini T_T
Aku hampir lupa apa yang patut, perlu aku buat tatkala iman merudum macam ni.

Segera aku mencari hikmah hikmah yang tercicir.
Lalu Dia gerakkan aku untuk kembali blog walk.

"Hikmah itu adalah barang mukmin yang tercicir. Carilah hikmah di sebalik setiap ujian ini. Allah sedang merancang sesuatu yang baik buatmu."
Tatkala kau berharap bagai nak rak - sekali Allah timpakan ujian.
Ujian untuk kita melihat, adakah kita masih mengharapkan Dia, atau manusia.

Harini aku belajar sesuatu (lagi).
Perancangan manusia tak pernah menjadi sekiranya Allah tak izinkan.

Mulalah aku berkira-kira dalam diri, adakah ini petunjuk Allah bahawa perancangan aku itu lansung tidak baik bagiku?
Adik mula membisik, sebelum kami solat Maghrib di Balai Pelawat Hospital Ampang.

"Mungkin bukan sebab tiada jodoh. Mungkin belum masanya lagi"

Adik cuba positif.
Aku sudah menebak takdir.

Adik bongsuku, Ariff dikejarkan ke wad kecemasan kerana disengat binatang yang dia sendiri pun tidak mengetahui.
Aku sebagai kakak, mutarabbi yang ada jilsah, dan juga pembantu yang dijadualkan syura pada malam ini terpaksa memillih antara semuanya.
Sudah tentu adik menjadi prioriti-ku.

Dalam pada aku terus memilih untuk bersama adikku, aku terus berkira-kira tentang perancangan aku untuk harini dan esok.
Astaghfirullah. Moga Allah ampuni.

Aku terlupa, aku mungkin mampu merancang. Sebaiknya aku merancang.
Sebab perancangan aku ini bakal memberi impak pada hidup aku nanti.

Cuma, belum masanya lagi.
Mungkin.
Atau Allah punya Perancangan yang Maha Baik.

Sejujurnya. Aku bersyukur sebab Ariff was all okay. Dengan izin Allah.
Banyak perkara yang aku belajar sewaktu 4 jam berhempas pulas dengan peristiwa mencemaskan tadi.
Yang utama, bersyukur punya badan dan akal yang sihat.

Bersyukur dan terus bersyukur.
Sekurangnya kita masih mampu hidup mandiri tanpa pertolongan orang lain.

Cukup buat aku tersentak - patutkah aku bersedih?

Mungkin, aku perlu lebih bersyukur.

Perancangan hidup aku?
"Tahulah" Allah rancangkan untuk aku.


Anis
Yang berharap.

2320hrs 


No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...