Wednesday, February 5, 2014
660. Of technology.
Teknologi kini serba mudah ; terlalu mudah hinggakan boleh jadi kita sendiri keliru dengan definisi sebenar 'privasi'.
#1
Hari ini walimahnya.
Saya tidak berkesempatan untuk ke walimahnya, ada musyaqqah lain (wah gitu ayat). 'ala kulli hal saya ada mendoakan lewat statusnya usai sah diijab-kabulkan dengan jejaka pilihan.
Saya pun turut 'kagum' kerana pada hari walimahnya (yang of course ramai tersangat orang tu), dia masih mampu LIKE pada setiap tagged post yg memenuhi wall FB-nya (sebab kerap keluar di Home saya). Saya macam "Wow..", mungkin smartphone dia setia di tangan, sambil-sambil melayan tetamu kot!
Kot laa. Asumsi tak tentu hala.
Itu belum lagi deretan status sepanjang pre-, semasa, post- wedding. Mantap!
Zaman masa kini.
Baru saya faham NIKMATnya 'rahsia'.
#2
Saya suka yang ini. Suka yang sentap-kan diri sendiri, dan boleh di ambil contoh, sambil mengambil 'ibrah, tak semua teknologi itu 'buruk'. Mungkin boleh jadi 'buruk', disebabkan pengamalnya.
Buka Whatsapp group ODOJ 10 ; yang sentiasa ber-update. Sentiasa membuatkan hp saya berkelip-kelip :') Subhanallah!
Tiba-tiba terbaca,
"Tak dapat odoj harini.. dlm labor room nak tunggu bersalin.. doakan.."
Waaaaaaaaa nanges! T_____T
Saya cukup malu kalau tak dapat habiskan 1 juz before 8.30 malam setiap hari (benchmark group odoj saya, berbeza mengikut group, mungkin). Akhawat lain sangat bersemangat! Kadang-kadang baru nak check Whatsapp, dah ada akhawat yang dapat 'berlian' sebab habis juz di awal pagiiiiiii! Allahu Akbar!
Yang buat lagi malu sebab, tak semua masih single. Ada yang dah berkahwin dan beranak pinak. Sehinggakan di dalam labor room pun boleh update ODOJ lagi. Allah Allah. Memang tak tau la kalau tak terasa kan (diri ini) T_____T
#3
Selfie.
Ah!
Faham-fahamlah nak update apa kan.
"Tau la baru kawen, tengah happy. Kita pun tumpang happy, tapi janganlah sampai memualkan sampai memenuhkan Home orang!" keluh seorang sahabat.
Allah. Sedih kan kalau kita sendiri di-kata begitu?
Janganlah sampai orang benci kat kita baru nak berubah #reflection
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
End of Q2 2026
In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...
-
In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...
-
ihsan gambar Ramadhan kali ni, memang bermakna. Especially untuk hari ini. Setakat hari ini. Alhamdulillah. Saya diberi pilihan -> Masjid...

2 comments:
zaman la ni kan kak, live update org lain yg tlg buatkan,kawan2 yg pegang fon, tu dia sempat like sana sini... =)
Ayuni : Lagi laaa takde privasi, sampai hp pun orang pegang-kan! Oh no....
Kalau org tolong operate kan profile FB kita masa Pilihanraya Kampus (ini cerita benarrr) lainlah. Ni walimah kot. Tapi tak tau la kan. Masing-masing.
Huhu.
Post a Comment