note-to-self #1
Dalam mendepani kerenah (mtrbi), saya selalu menganggap 'What goes around, comes around'.
:)
Apa yang saya pernah/selalu buat kat murabbi waktu liqo', begitulah yang akan saya hadapi bila time liqo' saya dengan adik-adik.
Dan sungguh, itu terjadi. At least untuk diri saya sendiri.
Semalam, seorang adik saya yang diamanahkan untuk bercerita (kupas) tentang Saidina Uthman ibn Affan r.a, telah bercerita dengan penuh semangat! Saya yakin para nuqaba' lain pernah menghadapi perkara ini, tapi saya rasa bersyukur sebab she made her way through. Siap buat mind map, dan semua usrahmate lain teruja dengan semangat dia. Nak fotostat mindmap dia bagai.
Campur la saya sekali :')
So ini antara peringatan untuk saya, untuk buat yang terbaik dalam usrah. Sebab perasaan sebagai murabbi tu, bila adik-adik buat task dengan sungguh, ya Rabbi..
Allah sahaja yang Mengetahui..
Semoga Allah terus membimbing mereka, dan saya untuk menjadi muslimah solehah pendamba syurga. Ameen ameen!
***
note-to-self #2
Saya di-peringatkan..
"Katakanlah : "Aku berlindung kepada Tuhan manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam manusia. Dari jin dan manusia."
Sesungguhnya..
"Dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepadanya."
(an-Nahl, 114)
Sebab,
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmatKu, maka sesungguhnya azabKu sangat pedih."
(Ibrahim, 7)
Kuot kata kakak-kakak,
"Akhawat ni, kena sentiasa prepare. Bersedia. Walaupun tak tahu, kena belajar. Kalau tak pandai bawak kereta, tapi kerana dakwah kena belajar jugak. Kalau tak pandai cakap depan orang ramai (public speaking), kena belajar and kena bagi taujihat jugak. Sentiasa willing to give!"
Kuot kata pak cik RM,
"Just do it. Lillahi ta'ala!"
Terima kasih Allah. Atas nikmat-nikmat yang telah Kau bagi yang aku sendiri asyik terlepas pandang nak syukuri. Allah Allah. T_T

No comments:
Post a Comment