Tuesday, October 30, 2012

573. Blessings in disguise.




Hari ni, memang les miserable.
Kalau dihitung, ‘ujian’ hari ni kuat sikit. Mencabar, walaupun sikit.

Kepada pemilik payung coklat-gelap-lawa, terima kasih kerana bagi pinjam payung tu. Bermanfaat kepada peminjam, untuk ke kelas di KOS tadi. Semoga dibanjiri pahala :)

Kepada bakal doktor gigi yang menelefon semalam, maaf sangat si pesakit ini sudah ada appointment dengan bakal doktor gigi yang lain :) Walaupun kita pernah 'dihubungkan', tapi kalau kita masih bertegur sapa sehingga ke alam universiti ini pun, serasanya takkan menjadi pesakit awak kot. Hihi.

Kepada pembeli sneakers, ibu, terima kasih sebab belikan pemakai sneakers. Tak penat sebab berjalan jauh-jauh hari ni :)

Kepada yang menyapa ‘hai’ dalam perjalanan, pak cik anon, terima kasih sebab menyedari pejalan kaki dalam hujan yang berjalan seorang diri. Sapaan anda amatlah dihargai, tanda diri masih hidup, dan menyedarkan jasad supaya sentiasa berada dalam alam realiti.

Kepada pemilik asal dan yang menempah waffle perisa marjerin+chocolate, minta maaf atas ke’rabun’an pembeli yang perasan ini. Dia terlupa dia punya seseorang yang berkongsi nama. Maaf ye Naazira, sudahlah penat bertugas di klinik gigi, saya buat hal pulak -.-“







Kepada yang membuat saya terkilan semalam, errr saya maafkan. Hadoi, nak tidur kena maafkan semua orang ye. Dan awak menyedarkan saya betapa perlunya untuk sentiasa bergantung harap pada Dia, dan sangatlah rugi kalau saya berduka sebab makhluk Dia, sampai lupa yang Dia ada sentiasa!


Semoga kita terus dikurniakan kekuatan, untuk menghadapi hari-hari esok. Amin.




Take home message : Jangan putus asa oke!

No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...