(i)
Cara memaknakan kehidupan 1: Mempunyai matlamat
Hendak memaknakan kehidupan, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mempunyai matlamat.
Kehadiran matlamat membuatkan kehidupan mempunyai makna yang signifikan. Kita ada target yang hendak dicapai, kita ada sesuatu untuk dilakukan. Untuk menjadikan perkara ini lebih berkesan, maka kita perlu mewujudkan dua matlamat.
Matlamat jangka panjang.
Matlamat jangka pendek.
Matlamat jangka panjang adalah apa yang kita hendak capai di akhirnya. Manakala matlamat jangka pendek adalah perkara-perkara yang perlu kita capai untuk mencapai matlamat jangka panjang.
Hidup tanpa matlamat, samalah seperti main bola tanpa gol. Bosan, tidak bermakna, tidak mencapai apa-apa. Hidup punya matlamat, samalah seperti permainan bola yang mempunyai gol. Matlamat jangka panjang kita adalah hendak memenangi perlawanan, maka matlamat jangka pendek adalah kita perlu menjaringkan gol ke gawang lawan, dan menjaga gol kita dari dibolosi.
Kita tidak perlu suka mewujudkan matlamat jangka panjang dalam kehidupan. Hal ini kerana, Islam telah menyediakannya.
“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadah” Surah Ad-Dzariyat ayat 56.
[kopipes dari Hilal Asyraf Official FB]
Matlamat jangka panjang = Syurga Allah.
Matlamat jangka pendek = Perkara2 yang kita perlu capai untuk mencapai matlamat jangka panjang = berorientasikan Islam, Muslim, Ehsan, Iman.
custom made.
(ii)
"Kata nak jadi bermanfaat untuk orang lain, tapi bila kawan minta tolong, dah mula nak mengeluh bagai bagai bagai....."
"Errrr."
(iii)
"Harapan akan hilang bersama sebab-sebab untuk meletakkan harapan." Macam pernah dengar ayat ni. Ataupun realnya macam ni, "cinta akan hilang bersama hilangnya sebab-sebab untuk mencintai."
Walaweh, geli la nak sebut perkataan C ni -.-"
Masih mengharap?

1 comment:
yup masih mengharap =)
Post a Comment