Macam kena hempuk dengan buku tatkala baca JOM edisi 6 T.T
Setelah sekian lama tak baca JOM. Bukan tak mahu, tapi selalu ada selingan dengan buku lain. Haih. Alasan lagi.
Bertambah-tambah kena 'lempang', bila baca post Inche Gabbana untuk hari ini. Nak tau tajuk apa? Sila check sendiri :-)
11 Oktober 2012
Seorang sahabat, yang saya kenal sejak di sekolah menengah, untuk Upper Form [ceh], menelefon saya dari kejauhan untuk sesi luahan. Well, kami tak tidak melakukan sesi ini dengan kerap, just a few moments, especially hard times, akan menyebabkan kami call each other, updating and comforting one another, lepas tu masing-masing akan berlapang dada dengan pendapat masing-masing. Itu kebiasaannya, alhamdulillah.
Sejurus selepas dia mematikan talian, saya ter'senyap' sendiri.
Tiba-tiba terfikir dengan apa yang saya cakap pada dia, pada akhir-akhir talian.
Antara luahan dia pada saya, adalah berkenaan hati. Err. Saya tahu saya tak pakar pun bab-bab hati dan perasaan ni. Tapi dengan pengalaman dan pengetahuan yang secebis cuma dan hampir tiada ni, saya cuba memberitahu dia tentang makna perihal-perihal 'tersebut', bagi saya. Personally.
Suka untuk saya sentiasa ingatkan diri saya setiap kali berbicara tentang ini, dengan kata-kata yang saya quoted dari Hilal Asyraf.
Kata-kata yang bagi saya, memang membuka mata, tentang makna 'ia' sebenarnya.
"Sekiranya benar cinta, mestilah hendak bersama ke syurga. Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya."
Quoted.
Lagi satu, analoginya. Logikkah kita sayang seseorang, lepas tu kita tendang dia ke dalam api?
Mestilah tak kan! ~
Tak tahu kenapa, bila saya ungkapkan pandangan saya pada dia, tiba-tiba suasana jadi macam cricket sounds.
Saya pulak yang cuak!
Tiba-tiba bila talian dimatikan, saya pulak senyap sendiri, untuk memaknakan dan mengiyakan apa yang saya cakap kat dia tadi.
"Tak tahulah macam mana. Tapi aku rasa aku suka dan setuju dengan ayat Hilal Asyraf tu [dah cakap sebelumnya]. Aku sedih sendiri bila aku fikir balik, boleh ke aku jumpa balik dengan family aku, kawan-kawan aku, ahli usrah aku, dia, semua orang yang aku sayang, dalam syurga nanti? So bagi aku, kalau betul aku sayang kat dorang, aku akan pastikan apa yang aku buat untuk diri aku dengan dorang, akan membawa ke syurga. Jadi aku kenalah jaga syariat dan batas-batasnya. Benda yang mahal, kena beli dengan harga yang mahal. Kalau betul kau suka/cinta dia, kau doalah semoga Allah bagi petunjuk. Sebab tak naklah buat dengan sia-sia, taknaklah bazirkan masa dengan perkara yang tak tentu/tak konfem. Biarlah Allah yang pacu semuanya, guide kita, semua kerana Dia!".
Ok, ayat edit sikit, lupa the exact words mumbled.
Mujahadah memang payah. Tak sikit, banyak kot!
Mulakan jom! Sikit-sikit. Takyah altimet sangat pun takpe. yang penting, SABAR! :-)
Perjalanan menuju ke syurga, dengan langkahan mencari redhaNya. Senyum.
Tatkala menginsafi cara saya menyayangi orang-orang sekeliling, lagu Doa Rabithah by Izzatul Islam memang boleh buat air meleleh-leleh keluar dari mata. Tiba-tiba je.
Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…
Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu
Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela
Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami…
Ya Rabbi bimbinglah kami…
Ya Rabbi bimbinglah kami…
Islah balik cinta kita. Di mana Dia dalam hati kita? Kenapa? Bagaimana? Apa visi dan misi kita?
Ruginya kalau bukan kerana Dia.
.........................................................................
Cinta sebagai ujian, untuk menguji siapa yang lebih beriman, dan kita imani. Makhluk, atau pemilik makhluk.


No comments:
Post a Comment