Friday, October 12, 2012

566. Demi kerana anak.





Sewaktu tengah 'sibuk' mengunyah roti tampal bersama Aqlili, saya dikejutkan dengan satu panggilan.

Pelik. Nombor yang pelik. Macam bukan nombor Malaysia, tapi takkan sahabat dari oversea yang call pula.

Takkan mesin panggilan yang selalu ada kat kampeni-kampeni besar, yang call saya pula?

Saya beranikan diri untuk angkat.

"Assalamualaikum sister. I'm from Singapore and is this sister Anis?"

Saya pun terkial-kial menjawab. Erk. Singapore? Kenapalah agaknya ni, ada buat salah kat sana ke ni~

"Ok, I would like to ask you about the Heroes Conference. May I know the rate for kids under 12 yrs old?".

Tetiba saya berfikir-fikir sendiri. Erk. Memang tiada rate untuk kids under 12 sebab mereka memang tak digalakkan join conference ni. InsyaAllah bakal disediakan Kids Zone di bahagian luar CAC [Cultural Activity Centre], UIAM Gombak.

Setelah menjawab pertanyaan seorang bapa muda [muda agaknya, mendengar suara], saya pun mematian talian. Aqlili pelik melihat saya tiba-tiba speaking di tengah2 orang ramai kat gerai Pak Lah tu.

As usual, saya pun tertegun setagal sendiri. Heh. Epic, for today. Jum'ah Mubarakah.

Tak tahu kenapa. Tiba-tiba rasa terharu. 1st, sebab saya teringat kat ayah saya [ok, next week balik rumah, yeay!].

2nd, saya terharu sendiri sebab dapat panggilan daripada Singapore, di pepagi [pagi-pagi] hari ni. Walhal ramai lagi committee tegar yang sepatutnya mendapat panggilan itu, dan saya bukanlah orangnya.

3rd, saya terharu sebab mendengar [sebab call kan] kesungguhan si bapa muda ni bertanyakan untuk anaknya [errr, mungkin] untuk ke Heroes Conference, insyaAllah bulan depan. Orang Singapore kot. Nak datang UIAM Gombak for the conference. Tiba-tiba [lagi] rasa macam, "Ok, memang international university kot."

Tapi kesungguhan si bapa lagi menyengat saya la. Macam tengah trend, semua orang suka ke wacana-wacana ilmiah, walaupun berbayar macam ni. Macam Twins of Faith semua. alhamdulillah~

Yang paling best, mereka pergi satu keluarga~ Kalau dilihatkan di konferens atau konvensyen, rata-rata ibu bapa pergi membawa anak-anak dorang juga. Bukan pergi sendiri-sendiri. Penerapan ilmu dan habit macam ni dah semakin kukuh. Ibu bapa sekarang pun dah rajin bawa anak-anak pergi masjid sekali. Phew, semoga bi'ah ini berterusan, dan dapat resultnya nanti, bila anak-anak mereka dah besar nanti.

Biiznillah.

................................................

Bukan senang kot nak pergi konferens kat oversea, walaupun sekadar Singapura-Malaysia je.. Siap bawa anak lagi. 
Kita? orang kita?

Semoga saya dan anda yang membaca bakal menjadi ibu bapa yang cemerlang macam tu juga. ameen~

P.S Jangan selesa sangat dalam bi'ah ni boleh?

No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...