Minggu ketiga menghampiri akhir. Minggu keempat bakal tiba.
Serasa sedikit lelah masih berbaki :) Tahan sikit, belum habis satu bulan lagi.
Kalau difikirkan rasa penat, melayan rasa malas, dan mengambil bulat-bulat semua sangkaan negatif, tak tentu lagi hidup akan rasa aman. Tapi jika difikirkan rasa nikmatnya berukhuwwah, rasa nikmat iman yang manis, rasa ingin berkongsi, rasa ingin memberi, maka semua alasan-alasan picisan tu pasti ditolak ke tepi. At least, inilah yang saya rasa, buat masa ini, alhamdulillah.
Hari ini, tanggal 28 September. Kalau diikutkan kalendar jahiliyyah dahulu, tersemat indah tarikh ini bersama ingatan birthday favourite actor. Blergh. Mesti korang pun meluat teringin nak baca ;-)
Saya tak nak lah berkongsi perihal itu di sini, sekadar ingin menaip seberapa banyak yang mungkin, untuk menjadi peringatan kepada diri, dan juga kepada orang lain kalau nak sama-sama mengambil manfaat, tak gitu? Eceh.
Hari ini, sahabat a.k.a kenalan saya since my first semester yang very noob di CFS PJ, dah menjadi doktor gigi a.k.a dentist peribadi saya. Wee huu!^^ Ini antara nikmat-nikmat yang ada di UIAM Kuantan la kot kan, buat sesiapa yang rasa macam UIAM Gombak tu jauh lagi best daripada kat sini. Eh, sila gali dalam-dalam dulu sebelum buat statement, ok?
Nak jumpa doktor, ada. Ok fine, CFS PJ pun ada klinik sendiri, free lagi. Tapi kat UIAM kuantan ada specialist. Ha.. orang luar pun berebut-rebut nak datang sini, kita? bila-bila masa je boleh pergi. Ikut kehendak, rajin atau malas je nak menapak ke Kuliyyah of Medicine tu ;-) Ok, bukan ini yang nak diperkatakan atau ingin diperdebatkan. Sekadar nak berkongsi pengalaman berjumpa dentist :-)
Rupanya Kuliyyah of Dentistry memang sangat osem. Subhanallah! Bila masuk and melakukan treatment kat situ, rasa macam bukan di UIAM. Rasa macam the other part of UIAM, kot? :-)
Selama ini hanya mendengar, hari ni baru berpeluang menikmati segala jenis mesin canggih yang ada kat clinic tu. Dan servis yang diberikan, pheww~ Memang macam dentist la kan
:-)
The best part, or should I say, the RARE part for me, is the Plaque Score. Haha. Serius korang kena pergi buat treatment kat KOD [for UIAM students] or any dental clinic kalau nak tau apa yang score tu. Menarik sangat! Hehe.
Bila dah pergi jumpa dentist, mulalah merasakan "Mulai hari ni, saya akan take care of my oral cleanliness!" macam tu kan. Adatlah tu, bila jumpa doktor, mulalah rasa nak makan makanan yang sihat, nak senam 25 minit untuk setiap sesi. Itu adalah cita-cita, yang diharapkan dapat dihadam oleh unconcious mind untuk bertindak ^^"
Alhamdulillah, tanpa saya sedari, Allah memang dah bagi saya suatu rasa, walaupun takdelah concern mana, terhadap oral cleanliness. Dan Dr.F, which is my personal dentist sekarang [ehem], dah buat satu scaling treatment untuk saya tadi. Dan boleh tak saya cakap saya sangat happy harini! Alhamdulillah! Rasa macam "Okay, mulut saya bersih!" macam tu, dan nak kecoh kat semua orang, "Silalah pergi buat treatment kat klinik dentist tu!". Bukan marah, jauh sekali nak berlagak, tapi nak menyeru. Ok, kecohnya Anis.
Banyak ilmu yang dapat dikutip kat KOD tadi. Bukanlah ilmu setaraf ilmu dentist, tapi cukuplah untuk menjadi bekalan untuk diri sendiri, dan mungkin boleh share dengan orang lain, pada waktu yang sesuai. Kenapa pentingnya oral cleanliness ni? Sebab sangat terkait dengan impression orang terhadap kita kan? :) Especially kalau 1st impression, bab ni yang kena jaga ^_^
Ok, masuk chapter first impression :-)
Ini bukan kali pertama, dan memang bukan kali terakhir, pun saya akui. Sebab kita akan selalu berta'aruf dengan orang yang baru, dan persekitaran yang baru, kan? :-)
Dah menjadi kebiasaan, saya mendengar telahan demi telahan orang bergurau [eh, bergurau ke?] dengan saya, "Kak Anis ni, garanglah..." atau "Seriuslah kau ni, Nis...". Oh my *Senyum manis*
Dan.. dan.. inilah antara perkara yang saya memang nak UBAH! Nak tambah gula dalam senyuman! So, please ingatkan saya, boleh? ^^
Biasalah dalam proses-proses nak berubah ni, macam-macam kita terlepas pandang kan? :-)
Maafkan saya :-)
Damainya gambar kat atas ni. ^^
Indahnya bila kita selalu ingat syurga Allah tatkala penat berhadapan dunia ni.
:)
..................................................................................................
Alhamdulillah, after all, I feel blessed.


2 comments:
salam'alayk adek :)
akak tak sabar nak jumpa anis nie, yg sgt byk tolong anis (rumet akak). kekeke.
alhamdulillah, Allah mudahkan jalan utk anis sama2 jd subcom heroes. mg besar ganjaran pahalanya, insyaAllah.
may Allah bless u, adik!
:D
luv,
kak umai :D
Alaykum salam, kak umai! :-)
terharunya saya, akak komen kat sini. asif jiddan, saya memang SELALU terlepas pandang komentar kat blog ni. tapi di FB, hapdet sungguh! :)
errr, mana ada tolong banyak pun kak, sekadar nak sharing dgn kawan2 di uiam kuantan, betapa osemnya prog n speakers Heroes ni~ semuanya dikembalikan kepadaNya jua.
insyaAllah kak, doakan! kalau akak tak sabar nak jumpa, anis lagi tak tak tak sabar nak jumpa! hehe.
may ALLAH bless us akak.
barakallahu feek~
Post a Comment