"Saat kamu yakin dengan Allah, maka setiap perkara yang kamu putuskan bukanlah atas kehendak kamu, tapi atas kehendak Allah."
-status kak Ro'ai :)
Alhamdulillah,
hari ni dapat berkenalan dengan ramai adik-adik baru. Err, bermesra barangkali.
Sebab tak dapat nak berkenalan one on one dengan mereka. Hehe
Bagi saya,
program tadi was a blessed. And bliss! ^^
Seronok kot, Alhamdulillah, semuanya
turn out well. Minta seinfiniti maaf kepada semua ahli JKKKKKK yang bertugas
bersama sebab makanan sampai lambat dari masa yang ditetapkan. Kami hanya merancang,
Allah yang menentukan =) Tapi yang buruk dan silap tu memang dari pihak
catering sendiri. Minta maaf ye semua!
Of course,
bak kata Syatila dalam perkongsian dalam LDK bersama adik-adik tadi, ada
dinyatakan perihal hikmah. Hikmah, harta milik setiap Mukmin yang Nampak simple
dan mudah didapati tapi hakikatnya, tak semua orang boleh Nampak dan grab
hikmah dalam semua situasi.
Ye, semua situasi.
Untuk
program ni, saya rasa saya belajar something, at least untuk diri sendiri buat
masa ini. Program yang melibatkan ramai peserta. Fasilitator dalam kalangan
akhawat, tak kira junior atau senior, semuanya membuatkan saya seronok sendiri,
melihat telatah masing-masing, yang ‘asyik’ dan focus ketika menjalankan
program.
Saya
sedar, saya bukanlah orang yang tenang. Cool pun macam tak je. Dan mungkin
disebabkan itu, ramai sahabat-sahabat yang saya senang, semuanya beridentitikan
tenang. Relax. And chill sudah! =)
Ketika
program ni, walaupun bukan program yang melibatkan pihak UIAM dan sijil apatah
lagi merit tambahan untuk ko-kurikulum, mengajar saya untuk tenang. Tenang yang
dimaksudkan, tidak menggelabah ketika berbuat kerja. Err, dah banyak kali buat
program baru nak perasan ke, Anis? =O
Mungkin =)
Sebabnya,
sepanjang saya menjadi AJK bagi sesuatu program sebelum-sebelum ni, saya rasa
macam saya tak tenang pun. Saya rasa saya mempraktikkan ‘rushing’, ‘mendesak’,
serius tak kena tempat, dan tak mudah berlapang dada ketika berprogram. Err,
teruknya.
Untuk
program ni, saya belajar something. Saya perasan, kalau saya mempraktikkan
etika-etika yang tak berapa nak hensem seperti yang dinyatakan tadi tatkala
berprogram, bukanlah smooth mana pun kerja saya. Dan bila mana saya tenang
[eceh, bukanlah tenang sangat, tapi tak rushing dan menggelabah tak tentu
pasal], resultnya insyaAllah lagi better. Dan yang paling penting, saya happy
untuk diri saya sendiri, dan mungkin juga menyenangkan orang lain. Ehhe! ^^
Bekerja
dengan orang yang kita kenali, Nampak pada surface dan awalnya macam mudah,
tapi hakikatnya mungkin payah sedikit sebab kita kena banyak berlapang dada. It’s
like, berlapang dada, or persahabatan kita mungkin ….? Naudzubillah!
Tapi
itulah, dalam pada umur 22 tahun, sepatutnya kematangan kita lebih terserlah. Maka
hal-hal picisan seperti tak sependapat sepadannya boleh diatasi semampu boleh.
Alhamdulillah, rakan se’biro’ untuk catering amat mudah dilayan =D Kalau tak
sependapat pun, untunglah dia, sebab saya sedang belajar untuk berlapang dada.
Hehe. Kidding.
“Mak saya
dulu masak sambal lain sikit.”
“Oh, ibu
saya ajar saya masak sambal memang macam ni. And saya pun suka makan sambal
yang macam ni.”
Rasanya
apa yang patut kita buat kalau kita berada dalam situasi di atas? Sama ada nak
cakap,
11. “Ibu saya ajar
saya masak sambal macam ni. And saya pun suka makan sambal yang macam ni. Awak tak
suka ke? Tak sedap ea?”. Atau..
22. “Ibu saya ajar
saya masak sambal macam ni. Awak tak suka ea? Nanti saya tanya mak awak resipi
dia masak sambal ye.”. Atau…
33. “Ibu saya ajar
saya sambal macam ni. Saya rasa sedap je. Ke tekak awak yang tak pandai merasa?”
SSambil-sambil
fikirkan jawapan, jom lah kita merenung kembali sifat berlapang dada kita. =)
***
Tadi saya ada sesi khas bersama Chief Facilitator saya. Saya baru kenal. Biarlah saya namakan beliau Dr. S. Seorang lecturer di Kuliyyah of Dentistry. Dia hadir ditemani isteri beliau, yang juga memegang amanah sebagai Chief Faci untuk CCAC [Credited Co-Curricular Activity] di UIAM Kuantan. Mereka berdua berasal dari seberang, which made me more keen and curious and looking forward [eh, banyak pulak] to know them :-)
Tetiba saya macam terharu sendiri.
Serius, saya suka tengok mereka berdua. Dan pendirian serta peribadi Dr. S dan isteri menyebabkan saya suka dan ingin jadikan mereka contoh, sebagai bakal murabbi, insyaAllah. Dr. S, walaupun kehidupan sibuk, lecturer kot, tapi sangat pantas membalas SMS saya. Dan ketika bagi briefing tentang Study Circle 2, dia sempat menyelitkan beberapa peringatan khusus kepada saya dan rakan faci yang lain, sebagai seorang student, manusia, hamba Allah dan bakal murabbi. InsyaAllah.
Nampak mereka sangat komited. Sebaik sahaja azan Maghrib bergema, beliau lalu mengundur diri sambil menyatakan yang mereka perlu mengejar masa sebab dah masuk waktu Maghrib, dan beliau risau keadaan anaknya yang ditinggalkan sekejap di rumah.
Alhamdulillah, setakat ni dua orang Chief Faci saya sangat bagus orangnya. Chief Faci sebelum ini pun bertanggungjawab orangnya. Juga sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Nak jadi seperti mereka, walaupun dah berkahwin, tapi masih mengambil berat dan meluangkan masa untuk kerja-kerja dakwah sebegini. Walaupun tidak dibayar gaji dan dijanjikan kesenangan, tapi orang yang betul-betul faham, pasti nak grab seberapa banyak ilmu sebegini.
P Pengalaman :-)
***
Seperti gambar di atas, saya rasa sangat 'mengena' dengan keadaan diri sekarang. Banyak perkara yang perlu dibuat, yet, kita kena enhance diri kita sebagai hamba Allah, manusia, anak perempuan, sahabat, mutarabbi, student, tapi yang side-side 'dishes' tu tak boleh dilupakan jua. Rasa penuh masa-masa kita, dan selalunya menyebabkan penat. Tapi, disebabkan hikmah Allah yang Maha Luas, rasanya takpe kot spend masa untuk kehidupan masa hadapan dan Sana yang lebih abadi.
Kalau fikir kita buat semua kerja untuk meraih redha Allah, mungkin kita menangis-nangis sebab tak cukup, kan?
Dah tahu masa itu sikit, kalau tak niatkan HANYA KERANA ALLAH, alangkah ruginya saya, kita T_T
Tak nak lah berpenat-penat sekarang, tapi bila kat Sana nanti, bila Allah play kan balik semua CCTV, lepas tu Allah tanya apa yang kita dah buat untuk Islam, kita pun tunjuk lah bukti-bukti kita rasa ampuh, tapi akhirnya terbang macam debu-debu je. Naudzubillah tak nak! T_T
Tak nak!
. .............................................................................................
Apa agaknya 'ibrah entry ni? :-)

No comments:
Post a Comment