Friday, September 7, 2012

552. Potensi.

Suatu hari, seorang pensyarah masyhur di sebuah universiti terbaik naik ke dalam perahu untuk menyelusuri sebatang sungai yang indah. Beliau lalu bertanya kepada pendayung sampan tersebut.

"Kamu pandai membaca dan mengira?" tanya pensyarah tersebut.

"Tidak, tuan." jawab pendayung sampai itu, sambil tersenyum.

"Kalau begitu, kamu akan hilang separuh daripada hidup kamu. Membaca dan mengira adalah asas untuk hidup." kata pensyarah itu, angkuh. "Kamu pandai berbahasa Inggeris?" tanya pensyarah itu lagi.

"Tidak, tuan. Saya hanya boleh berbahasa Melayu." jawab pendayung sampan itu, mengerah sekuat tenaga melawan arus sungai.

"Kalau begitu, kamu akan hilang separuh daripada hidup kamu. Bahasa Inggeris adalah sangat penting sekarang, kita tidak boleh berharap pada bahasa Melayu sahaja." jawab pensyarah itu lagi.

Pendayung sampan hanya mengangguk-anggukkan kepalanya. Tiba-tiba, dia sedar air mula bertakung dalam sampan yang mereka naiki.

"Tuan pandai berenang?" tanya pendayung sampan itu dalam kekalutan. Pensyarah yang tadinya berlagak tenang, mula kalut dengan paras air yang naik mendadak dalam sampan itu.

"Tidak, saya tak pandai berenang!" jawab pensyarah, cemas.

"Kalau begitu, tuan mungkin akan hilang keseluruhan hidup tuan kerana perahu ini akan tenggelam tak lama lagi!" kata pendayung sampan, sebelum sampan mereka tenggelam sepenuhnya.

***

Moral : Jangan pertikaikan potensi orang lain. Jom tenung dan lihat potensi diri sendiri, dan try enhance mana yang patut. Semua orang punya potensi masing-masing, sama ada dah revealed atau tak, pasti ada potensi tersendiri. Pasti! =)

Jangan pesimis sangat, Anis.

No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...