
Bismillah.
Sepanjang cuti lebih kurang 3 minggu di rumah, hampir senantiasa menemani ibu. Di bilik, dapur, ruang makan, ruang tamu, keluar rumah dan seumpamanya. Yup, best quality time with her. And of course, bila emak dan anak perempuan bertemu and spending time together, maka banyaklah cerita yang akan dikongsi bersama. Kenyit mata.
Al-kebetulan, sempena eid yang lepas, ramai yang berkunjung ke rumah, dan kami pun berkunjung ke rumah saudara dan sahabat handai keluarga segalanya. Maka, banyaklah updates2 terbaru, cerita manis, pahit, payau semuanya ada.
Tapi saya banyak mendengar berita kegoyahan rumah tangga. Banyaknya, yang retak menanti belah.
Tiba-tiba saya macam TER'reflect' to my own world. Dalam kehidupan belia umur saya. Di mana ramai yang mungkin sedang menganyam angan-angan dan impian setinggi langit untuk membina baitul muslim berlandaskan syarak, yang indah bersama imam yang kacak etc etc etc.
Alangkah berbezanya!
Berbeza dengan golongan2 ini yang mungkin sedang menghadapi fasa-fasa sukar dalam kehidupan berumah tangga. Tatkala ini, mungkin bukan perkara yang enak dan best untuk menghayati dan mengenang semula 'saat mula2 berkenalan dan bertunang lalu bernikah dahulu'. Oh tidak. Past is past, kata mereka. Kalau dok kenang pun, buat sakit hati je. Erk.
Disebabkan banyaknya cerita sebegini [yang terbaru, isteri curang. memang tengah trend agaknya], maka ibu pun selalu membentangkan hujah-hujah bernas dari pihak ibu sendiri kepada saya. Ibu selalu berpesan, "hidup berumah tangga ni, yang manis-manis, yang indah-indah, sekejap je. yang lain, semuanya bergantung kepada iman kita untuk MEMPERTAHANKAN rumahtangga kita."
Gulp.
Sangatlah paradox kan?
Bila dikaji, di renung, hikmah Allah menyuruh kita memilih agama dahulu, ternyata bermanfaat untuk kita. Frasa "Takpe. Dia dah berubah. Saya kahwin dengan dia untuk bimbing dia." memanglah sangat berisiko untuk kita. Memang Allah dah bagi guideline, panduan hidup kot, nak pilih pasangan pun siap bagi lagi 4 ciri, pilih AGAMA yang utama, tapi still, manusia ni nak rebel. Haih.
Waktu sebelum kahwin, semua nak yang indah-indah. Nak yang kacak bergaya, yang berkepimpinan, yang pandai berkata-kata, yang cantik putih mulus gebu, yang berbadan kerengga, yang bergaya so nanti kita banggalah dapat pasangan lawa-kacak ni. Terlupa tang agama. "Alah, agama takpe la. Setakat bertudung tu okey lah kot."
"Alahhh, setahu saya, dia solat tak pernah tinggal. Lagipun, saya kan ada untuk sentiasa ingatkan dia?". Err.
Bila kehidupan rumahtangga dah goyah, baru terfikir guideline Allah bagi. Baru terkenang kejahatan dan masa lampau pasangan yang diketahui memang tak berlandaskan syarak. Baru nampak segala kesalahan yang selama berkenalan dulu disorok/tak ditunjukkan. Baru rasa macam nak mengungkit segala benda walaupun benda tu dah basi. Tapi, kehidupan in present harus diteruskan jugak. Fuh.
Jadi, ibu selalu pesan. Saya punya masa yang, insyaAllah, panjang lagi. Pengajian pun berbaki 2 tahun lagi. Masih punya masa untuk saya persiapkan diri, dan mencari jodoh yang terbaik, untuk diri saya. Yup, terbaik untuk saya, dan bukan untuk pandangan orang lain :)
Ibu selalu pesan, cari yang beriman, yang soleh. Bila agama teguh di hati dan dalam kehidupan, insyaAllah segala badai, ribut dan petir dapat diharungi dengan bijak, berhemah, dan waras serta matang. Amek, pakej kot :D
"Tak payah cari yang hensem-hensem. Nanti hati akak selalu bimbang tak habis-habis. Perempuan sekarang ramai yang desperate!" luah ibu. Erk.
Emak HZ pun siap pesan hari tu, dia kata tak perlu kahwin waktu belajar. Nanti terganggu pulak segala study plan bagai. HZ pun mengangguk, akur :P
Saya pun angguk setuju. Sangat betullah. Memang tersemat kata-kata orang tua dalam hati ini. Tak tercabar lansung dengan orang yang bertunang, ataupun yang bakal berkahwin. Itu yang tertulis untuk mereka :)
Apatah lagi untuk yang bercouple. Wahaiii, lansung tak terkilan pon. ;)
Bak kata HZ, "Takpelah, i tunggu dapat 4 flat lah baru nak fikir pasal kahwin." Haha. Maksudnya, tidak mustahil tapi portion mustahil tu ada sikit ;)
insyaAllah ^^
............................................................................
#Penat dah cakap pasal ni. Tapi keadaan sekeliling memaksa saya untuk meluah kat blog. Pandangan peribadi ^^
#Tahukah anda, Samsung Galaxy Tab adalah stalker terhebat kat FB? Seriously, orang komen apa and pada siapa pon boleh trace ok! :P
#Seriously, memang tak cari yang hensem-hensem pon la ni. yang beriman, dan punya stability sikit. cukup. [oh ye, MATANG!] :)
###Lamunan terhenti. Ada hikmah, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment