alhamdulillah. dapat lagi nak ber0n9 hari ni :) hari ni juga saya ke sekolah memandu saya terdahulu, menghantar adik perempuan untuk menduduki exam driving hari ni. heh. dulu saya. sekarang turn dia pula.
ubat periuk.
oh, korang pernah minum tak air rebusan ubat periuk ni? :|
kalau tak lagi, cuba tanya mak2 korang. apa rasanya ubat periuk ni.
kalau tak kerana khasiat yang terkandung dalamnya, jangan haraplah saya nak minum.
eh, boleh ke cakap macam tu?
tak tahulah, dari ibu saya melahirkan adik saya dulu, saya asyik dengar je nama ubat ni. tapi baru kelmarin saya 'berpeluang' malah 'terhengen' nak minum. kenapa ek? mungkin sebab dah 21 tahun kot. eheh.
antara khasiat air 'manis' nih.
- bersihkan darah kotor [esp utk ibu selepas bersalin]
- mengecutkan rahim [bagi wanita]
- mencegah perut kembung [kadang2 kita makan makanan tak menentu. so perut mudah kembung]
- membuang angin dalam badan
sebenarnya khasiat air rebusan ni lebih menjurus kepada kaum Hawa. perihal kewanitaan dan sebagainya. sebab tu kot, ibu syorkan saya minum. sekali sehari. selepas lunch [selepas makan kebiasaannya]. khasiat nya sama seperti jamu dan ma'jun. cuma, dalam bentuk minuman la, tak seperti jamu yang lebih kepada makan.
cakap pasal jamu, teringat jamu mak dara.
saya agak 'keberatan' pada mulanya. saya agak 'kurang' dengan supplement2 nih, especially Vitamin C dan Calcium. alamak. saya ni jenis pemakan orangnya. saya bimbang kalau kadar vitamin C dan calcium sudah cukup dan bakal terlebih2 kalau makan supplement lagi.
ini pun dikelaskan dalam supplement juga. walaupun tradisional, saya takut dia bakal efek hati [liver]. ye lah, semua yang kita makan, akan diproses via hati kan. orang melayu mudah betul kena penyakit hati [liver, bukan qalb] disebabkan pemakanan. oh ye, hampir SEMUA penyakit berpunca daripada perut. ye, apa yang kita makan!
tapi ibu cukup menyakinkan saya, dia kata ubat ni dah zaman berzaman orang makan. -.-
ok lah. kerana terlalu yakin dan bersangka baik dengan ibu, saya pun dah start prektis minum air rebusan nih.
heh. cuti2 ni memang perihal 'makan' je la kerjanya.
next, baru-baru ni, tersebar di dada2 akhbar, perihal nasi lemak hanya 1-2 kali sahaja boleh di jual di sekolah.
phew, nasib lah dah tak sekolah! :D
itu antara usaha Kementerian Kesihatan nak kurangkan bilangan pesakit Diabetes, Darah Tinggi dan Jantung [3 serangkai] dalam kalangan rakyat Malaysia amnya, dan PELAJAR/REMAJA khususnya.
itu usaha kementerian? peringkat keluarga?
bukankah apa yang di makan lebih banyak di rumah, berbanding sekolah?
pesanan untuk diri sendiri, khususnya. makan biarlah ikut sunnah. :)
No comments:
Post a Comment