Assalamualaikum.
sebelum memulakan bicara [ceh], nak tegas kat sini hanyalah perkongsian biasa. dan semua yang dicoret, diharap dapat memberi peringatan kepada si penaip sendiri. insyaAllah.
29 April yang lalu, semua pakat duduk depan tv. daripada before Asar, dok mengadap ntv7 sampailah nak dekat Maghrib tu. majoriti. mostly. ah, especially perempuan. kecuali saya. :)
[dan beberapa orang yang mungkin malas nak tengok].
[ibu saya tengok. itu fakta]
apehal semua duduk depan t.v? sampai rekod yang menonton, mengalahkan semasa pertandingan akhir bola sepak FIFA 2010 tu? pheww. bayangkan.
tapi kalau diikutkan logik, boleh je kalau nak tengok. sejarah kot. mane la tau, nanti2 dah tua2. anak cucu tanya, "ibu tengok tak Prince William [yang mungkin dah jadi Raja tyme tu] kahwin dengan isteri dia?" , ha, sape nak jawab?
"err.. ibu malas nak tengok. takut cemburu." ppfftt. [jawapan saya, barangkali].
disebabkan malas nak tengok, saya pun sibukkan diri buat benda lain, sapu luar [yang makin jauh dengan tv] dsb. ibu pulak seolah tak hiraukan saya [sebab concentrate tgk tv]. hehe. mengada.
cemburu lah, kot. prince charming idaman dunia tuh.
pastu dahla kahwin, dapat liputan seluruh dunia. buat semua orang tertanya2, gown sape yang bakal dipakai Kate pd waktu tu.
soalan utama, apa perasaan dia ek? kahwin semua orang tengok. kalau setakat dalam taman je takpe, ini satu DUNIA.
soalan kedua, apa perasaan anda berkahwin dengan orang yang paling diidam2 kan gadis seluruh dunia?
"err."-poyo.
saya paling suka gambar ni. saje nak tayang cincin tunang [Princess Diana punya]. tapi memang smart kot. waktu tangkap gambar ni, semua orang shoot kat cincin dia. halamak. dah lah bersilang tangan dengan orang yang berkarisma. phew. to be honest, saya tengok 'sikit'. AMAT sikit. sewaktu dia baca oath bagai dalam West Abbey. seriously. saya pula yang berdebar. [ceh]
jealous? oh tidak. saya tau bakal imam saya jauh lagi hebat dari William. mungkin bukan idaman dunia, tapi idaman UIA?
ok, gurau.

[ambil gambar ni sebab warna sweet pink] lol.
jealouskah anda tengok Kate Middleton tu? perlu ke cemburu. alah, bukannya dia orang Islam pun. kahwin tak bawak ke mana.
cemburu sebab dia pakai gown lawa. naik kereta kuda. bersanggar di Hotel Goring, before ke Westminster Abbey. alahai. macam rapuh sangat jawapan2 itu.
saya tak minta semua itu. naik kereta kuda JE. paling tidak Mercedes jenis Brabus JE. pakai pakaian Vera Wang [tak tutup aurat]. bersanggar di hotel2 terkemuka.
oh tidak2.
senang je pilihan ibu. "baik dan beragama mukmin bertakwa].".
saya tambah sikit, "pandai dan berkerjaya" :p
saya baru baca blog sahabat. perihal yang ni juga. hurm. tak tau dah nak tulis apa. macam2 artikel dah tulis itu ini. yang penting, faham dan kenali our own state of heart.
[wah, geli nak taip]
'ala kulli hal, bersabarlah. pasti akan jumpa rijal sekacak William [mungkin], atau mungkin yang lagi hebat darinya.
next week ada walimah. dua pupu. umur 21 tahun. terima kasih.


No comments:
Post a Comment