Monday, May 30, 2011

kenapa?

bismillahirrahmanirrahim.


asid asid asid.

takde kerja lain agaknya orang ni.



ibu : Akak, nampak berita banyak pasal asid ni. Tak boleh nak keluar sebarangan dah lepas ni. Especially kat area KL Sentral tuh. La ni kat Johor pulak. Ya Allah, dunia tak selamat dah. Takutnya ibu!

saya : ......... *berfikir kenapa orang suka main acid?*


betul lah. orang ni dah takde kerja ke sampai nak baling asid sesuka hati kat public? dia tak tahu ke kalau baling acid ni bukan sahaja membahayakan, malah MEMUSNAHKAN HIDUP SESEORANG?

Ya Allah, jauhilah aku, keluargaku dan rakan2 ku dari orang2 seperti ini. amin~~~~






Actually, ada dua benda yang 'mengigau'kan saya. Benda yang, tak terjadi pun [nauzubillah], tapi sebab terbaca, jadi macam terfikir2 pulak.


1. Mengenai simbah menyimbah asid nih. Dulu jadi trend [a.k.a fenomena] isteri simbah asid kat suami yang gatal nak berpoligami. Sekarang main simbah2 melulu je.

2. Saya sedang meng'kaji' buku La Tahzan. Ada terbaca satu bab. Saya lupa bab yang mana. Tapi dia ada cakap perihal seksaan yang dikenakan Kerajaan China satu masa dulu untuk para banduan. Banduan diletakkan bawah paip air. Pastu ada air menitik2 dari paip tu. Dan, hampir semua banduan akan menjadi GILA apabila dipenjarakan bertahun2 lamanya. Bayangkan, duduk bawah paip [konfem sempit], pastu ada air menitik2 dari paip yang amat annoying. Bila membayangkan, saya rasa macam, "Ya Allah.......". Itu namanya seksaan secara halus.


Saya pun tak tau kenapa asyik fikir dua perkara di atas nih. Ya Allah, selamatkan kami dari ancaman bahaya seperti ini. T_T

No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...