bismillahirrahmanirrahim..
done with my reunion with previous FSCC kat Selesa Hillhomes, saya berkejar pulang ke rumah untuk 'menikmati' detik2 terakhir with my little sister [little ke] sebelum dia ke Matrikulasi Selangor semalam.
KMS terletak kat Kathong, Banting. Well, me myself tak pernah sampai ke Banting before. Oh ye, ke Morib je. Itu pun sebab Induction FSCC dulu XD
selain daripada tu. tak pernah. tapi tempat tu femes jugak kan, sebab tempat kejadian pembunuhan pemilik Nouvelles Visages tu.
erm.
Tiba hari yang ditunggu-tunggu. Setelah lebih 5 bulan bercuti kat rumah, adik saya agak excited nak ke Matriks. Tak sabar nak sambung belajar katanya. Hehe. Sila lah ke Matrik. packed woo.
tepat pukul 640 pagi, saya adik dan parents bertolak ke Banting. biasalah kalau hari pertama ni selalunya busy dan packed. bayangkan, satu Malaysia mai kot.
Pendaftaran bermula pukul 830 pagi. kami tiba 815 pagi. saya menemani Misya [panggilan adik] ke kaunter pendaftaran. rupanya mereka ada flow sendiri. so adik pun meninggalkan saya terkontang kanting di tempat menunggu untuk para ibu bapa. parents saya pulak keluar semula mencari sarapan, sebab ayah saya ada gastrik. so saya pun join ibu bapa lain dalam tempat menunggu tu.
tidak dilupakan, mata saya, walaupun lowering the gaze, tapi still meliar mencari sebatang tubuh yang sebelum ni hanya dilihat melalui gambar di FB. :D

punyalah lama tunggu Misya amik turn, dan saya keseorangan. gambar ni je saya sempat snap?
macam mana keadaan kolej?
erm, tak perlulah saya bandingkan dengan CFS PJ yang kalau digabungkan dengan CFS NILAI pun belum tentu dapat mengalahkan keluasan KMS nih :P
luas, saujana mata memandang. tapi masih panas, sebab banyak pokok tak ditanam. macam Putrajaya di awal2 pembukaan dulu :)
adik saya ditempatkan di Kolej Polaris. hehe.
pulang semula ke rumah, saya macam 'kosong'.
aiseh, tangkap leleh suda.
T_T
sebab Misya tak pernah masuk asrama. paling lama dia tinggalkan rumah, adalah ketika mengikuti Kem Tahsin Qur'an selama 2 minggu. itu paling lama. itu pun, wiken boleh balik. tapi tidak kali ni.
ayah pun semacam.
ibu pun nangis, malam sebelum hantar dia ke matrik. ini info dari ayah :D
semua berubah. saya senyap, rumah jadi makin senyap.
"baru akak tau macam mana rasanya ditinggalkan. selama ni akak asyik tinggalkan rumah [pergi asrama since form 4]."
err. salah saya ke?
macam ni rupanya. serius. saya takde mood untuk semuanya.
nasib baik saya tak bercinta.
huh.
No comments:
Post a Comment