Sunday, June 20, 2010

perjalanan yang masih jauh..


in the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful..

alhamdulillah.. masih dikurniakan nafas utk dihirup pada bulan Allah ni :)

dah banyak profile Facebook rakan2 yang saya jengah.. dan juga banyak blogs rakan2 yang sy walked-thru..
semuanya, hampir mengatakan kepada perkara yang sama..

Intake Main Campus, Kuantan dan Gombak.. awal bulan Julai nanti :'(

semua status dan entri blog menyatakan "kepenatan" mereka, membeli belah menjelang kemasukan ke universiti nanti.. masyaAllah..

by this moment, saya tahu, perjalanan saya masih jauh lagi..

satu semester di centre for foundation studies.. dan insyaAllah, hanya lebih kurang 3 bulan lagi. walaupun ada ura2 mengatakan masuk ke Main Campus pada 8 Disember nanti.. tapi wallahua'lam..

perjalanan yang masih 'kabur'

kabur sangat.. entah hidup lagi ke tak.. wallahua'lam..
saya bakal menghabiskan 4 tahun [insyaAllah] di Bandar Indera Mahkota, Kuantan. kalau sebelum ini, hanya 2 tahun di PJ, di mana sangat dekat dengan rumah. tapi ini 4 tahun. agak lama..

dan memang saya akui, saya dan rakan2 agak takut utk memulakan hidup baru sebagai pelajar Universiti.. mestinya pelbagai cabaran dan rintangan, baik fizikal dan jasmani, apatah lagi emosi yang bakal dilalui..

ramai juga rakan2 yang sudah menginjak 20 tahun.. rasanya baru semalam kami mendaftarkan diri di CFS..

20 tahun, tua ke?

tua hanya pada angka, tapi semangat masih muda.. beliawanis kot :p

untuk diri saya sendiri, agak BANYAK perkara yang berlaku, setakat 6 bulan pertama ni. pelbagai perkara yang disangka, tak tersangka berlaku.. lebih best, sebab tahun ini, saya dan rakan se `90 bakal berumur 20 tahun..

semakin umur meningkat, semakin saya sedar ujian dan dugaan itu makin 'berat', seiring dengan usia, walaupun kita diuji dengan 'ujian' yang Allah Tahu, kita mampu utk menghadapinya..

mengumpul daya, membina pemikiran, mengorak perjalanan..

bagi saya, umur saya ini amat kritikal.. bukan kritikal kerana usia ini adalah segala 'penyakit' kronik datang melanda, dan juga nauzubillah bukan usia datangnya sindrom 'menopause'.. tapi, umur saya ketika ini adalah bagi saya, umur kemuncak segala daya, kekuatan baik dari segi pemikiran dan emosi, usia yang penuh dengan ranjau, dan selok-belok, dan sesiapa yang 'tak mampu' mengharunginya, atau dalam erti kata lain, tidak mempunyai 'ilmu dan keimanan' yang teguh di dada, maka kita akan mendekati jalan 'kemusnahan'.. nauzubillah min zalik..

ketika daya berada di pundak inilah, sepatutnya kita mencari ilmu dengan tekun, bukan sekadar balik kelas, pergi kelas, makan tidur dalam hostel..

ternyata, semakin menghampiri detik nak masuk Main Campus, semakin rasa gusar menguasai diri..

"kuatkah saya?"

"teguhkah keimanan aku ni?"

"bersedia ke nak duduk jauh2 ngan family nih?"

"mampukah aku belajar science stream nih?"

dan bermacam lagi..

bukan sekadar silibus menjadi igauan, tetapi 'cara hidup' saya selama 4 tahun itu menjadi kerisauan juga.. mungkin kerana pemikiran 'susah-nak-terima-perubahan' itu masih ada dalam diri..

sesungguhnya, kerisauan hari esok adalah 'pembunuh' dalam senyap. itu yang saya dapat daripada pembacaan majalah Solusi, edisi keberapa, saya pun lupa.

tiba-tiba, saya rasa agak 'ketinggalan' semenjak dua menjak ini.. saya rasa saya perlu aktif semula ke majlis-majlis ilmu, di mana suatu masa dahulu saya 'kurang' menghadiri, dek kerana taklifan lain yang menuntut masa ini. ilmu di dada yang sememangnya 'cetek', perlu ditambah dan diperbaharui agar tidak ketinggalan dengan rakan seangkatan yang lain..

suatu petang, ibu pula bertanya..

"akak, yakin ke pergi Kuantan?"

soalan yang ... saya pun speechless mendengar soalan itu, apatah lagi nak memikirkan jawapan.. sememangnya, entri sebelum2 ini, saya ada menceritakan perihal pertanyaan ayah tentang course BioMedical yang insyaAllah akan saya pelajari di Kuantan..

buat pengetahuan semua, ayah saya sebenarnya ingin saya further dalam bidang Business Admin atau Accounting..

dan bukan saya tak minat sebenarnya, tapi dek kerana minat terhadap komposisi biologi itu sendiri menyebabkan saya memilih bidang Sains..

"insyaAllah.. kalau ada rezeki, adalah.." jawab saya ringkas.. sebenarnya dalam niat untuk tidak memanjangkan topik itu sendiri..

**

semakin dewasa, semakin saya sedar yang ilmu ini hanya bukan dalam kelas. ilmu yang saya pelajari bukan hanya di SMAWP, LY, ANNEXE [blok2 akademik dan pelajar di asasi UIAM PJ] atau di library.. istilah mencari ilmu itu sendiri hadirnya melalui kuliah-kuliah agama, majlis ilmu, talaqqi,dan melalui pembacaan buku-buku atau novel ilmiah.

aktif dalam persatuan pun dikira sebagai mencari ilmu..

selagi bersandarkan niat kerana Allah, bukan sahaja pahala mencari ilmu yang kita gapai, tetapi juga, dikira sebagai ibadah.. so sweet..


kehidupan sebagai Muslimah.. mampukah diriku menjadi sayap kiri perjuangan?

di UIAM, saya makin 'bersatu' dengan perkataan Muslimah.. bukan sekadar melalui poster2 yang banyak ditampal di seluruh pusat asasi nih, tetapi gelaran yang diberikan oleh murabbi, lecturers, dan juga kaum 'setentang' membuatkan perkataan ini begitu common la ni.. :)

mendengarkan perkataan itu kadang2 rasa rendah diri pun ada.. rasa tak layak pun ada..

mendengarkan perkataan 'sayap kiri perjuangan' sahaja dah cukup buat rasa ketaq..

mampukah?


umur menerima lamaran..

:)

masuk bulan ini, dah tiga kali saya dengar rakan baik saya yang memang baik, dilamar orang.. seperti musim pulak gamaknya.. jodoh masing2 kan, wallahu'alam..

dan ketiga-tiga memberitahu, yang saya merupakan orang pertama yang mengetahui kisah mereka itu.. terharu pun ada.. pelik pun ada.. macam saya dah ada 'pengalaman' pulak kan..

masing2 bertanyakan perihal yang sama kat saya..

"macam mana ni weyh?"

"kau rasa aku patut terima ke tak?"

"aku tak nak kahwin masa belajar.. itu memang konfem la!"

"kau rasa camne?"

"aku takdela kenal dia sangat.. gitu2 je la.."

dan bermacam lagi.. rasa kelakar pun ada.. yang bestnya, perbualan ini berlansung melalui medium YM.. ouh, berjasa sungguh YM bagi remaja2 kala ni yek.. :D

jawapan saya yang takde pengalaman ini pun, simple jugak.. buat solat sunat istikharah.. kalau hati rasa tenang, dan Allah seolah2 permudahkan 'jalan' kepada orang yang di doakan tadi, maka si dia lah orangnya.. kalau semua benda buat, serba tak kena, pastu banyak pulak sangkak yang melanda [sangkak=halangan, bahasa Johor i guess], maka tutuplah dulu hati tu.. bukan dia la tuh.. maybe ada yang lebih baik.. :)

senang cakap, senang tulis, tapi nak decide, memang payah.. saya akui benda tuh.. tapi itu semua terpulang kepada empunya tuan badan..

haih anis.. 2014..


No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...