Wednesday, June 30, 2010

bila siswa berbakti..




bismillah..

dah nak masuk 4 bulan saya dan geng Baktisiswa meninggalkan Kg. Pulau Manis, Serada, Terengganu Darul Iman :)

tapi la ni baru berkesempatan nak mencoret beberapa kenangan dan peristiwa di Terengganu.. hmm..

pada 27 Februari yang lalu [macam S/U tulis report pulak] kami, team FSCC bersama dengan berpuluh lagi peserta terpilih ke program Baktisiswa yang diadakan di tempat yang telah saya tulis tadi. Program ini tidaklah baru untuk pelajar asasi UIAM, tapi disebabkan batch saf pimpinan 2008/2009 tak sempat menjalankan program ini pada semester lepas, so, saf 2009/2010 telah memperkenalkan kembali program siswa berbakti ini kepada para pelajar, khususnya yang menjalani sem 2009/2010.

plan asal untuk tempat bagi program ini adalah di sekitar Kedah Darul Aman [sobs!].. tapi dek kerana kurang pulak orang Kedah kat asasi ni kan, berbanding dengan jelata negeri Serambi Makkah tu, maka plan asal dibatalkan [sobs lagi!]. Pihak atasan bersetuju untuk mengadakan program ini di negeri pantai timur. Tapi dek bangkangan daripada Bendahari dan Pengarah Program untuk dilakukan di negeri Merah Putih, maka berjalanlah program di negeri Penyu ini. :)

so, pergilah kami ke Terengganu. nan indah.

setelah menghadiri program induksi 24-26 Februari, kami telah berangkat ke Terengganu dengan dua buah bas. satu muslimin satu muslimat. jauh? agak jauhlah. sebab dari Bandar Indera Mahkota, kami lalu jalan kampung. so, lalu segala Felda di antara dua negeri itu.

kami telah disambut dengan meriahnya oleh penduduk kampung itu. meriah sunggoh. sunggh meriah. vice versa :)

setelah itu kami dibawa ke dewan [foyer sekolah] sekolah rendah serada. di situ, berlakulah majlis perasmian dan juga majlis penyerahan anak2 angkat kepada parents angkat masing2. di situ lah, ukhuwwah mula tertaut antara saya dan Umizatul Khaliesah [Liesa] serta keluarga angkat kami :)

setelah majlis penyerahan, kami dijamu dengan jamuan ringan. bermula petang tersebut, kami memulakan hidup di suasana baru, iaitu rumah orang dan juga di negeri orang.

first time utk saya, bermalam di rumah orang lain, yang tiada ikatan darah, cuma saudara seagama dengan saya. mungkin sahabat2 lain pernah, tetapi saya tidak. bukan tidak mahu, tetapi tidak menjadi kebiasaan. jadi, ini merupakan pengalaman pertama saya.

syukur dipanjatkan kepada Allah, kerana keluarga angkat saya ini, tiada anggota lelaki di dalamnya. ketua keluarga sudah lama menemui Ilahi, malah anak-anak lelaki beliau semuanya sudah berumahtangga dan tinggal di tempat lain, tapi masih di Terengganu. plus, rumah keluarga angkat saya ini berhampiran sangat dengan Masjid kampung ini. memang termakbul la doa saya. ditambah pula dengan Ketua Keluarga ini dahulunya merupakan bekas imam masjid tersebut :)

rumah kami [saya dan Liesa] juga merupakan yang terhampir dengan Operation Room untuk Baktisiswa ini. jadi, kami tiada masalah untuk ke sekolah atau O.R bila2 masa pun. hanya berjalan kaki sahaja.

pelbagai perkara baru yang saya belajar di sini. especially tentang culture negeri ini sendiri. banyak jugaklah vocab baru sy belajar. terbaiklah kan.

saya juga punya makanan kegemaran terbaru. siyes sedap, cubalah! rasanya roti ini hanya ada di Terengganu. Roti Khamat :) sedap woo.. plus, oh yea, lupa nak kenalkan nenek yang mengambil kami jadi anak angkat. Che Khatipah namanya, kami panggil 'cik'.. beliau rajin masak nasi dagang lauk ikan tongkol feveret saya nih. memang piyor lah rasanya..

di sini juga, pelbagai perkara baru saya cuba terapkan dalam diri, terutamanya berkaitan ukhuwwah dan muamalat. biasalah, bila kita berada di tempat orang. dalam suatu kumpulan, campur pulak lelaki dan perempuan. Muamalat dirasakan macam sewenang-wenangnya dan dianggap enteng juga. bukan untuk kesuluruhannya, tetapi sebagiannya.

bagaimanapun, apa yang penting, adalah kita menjaga diri kita sendiri. TERAMAT PENTING! jaga diri, jaga nama, jaga nama mak ayah, jaga nama universiti, jaga MARUAH, dan jaga nama ISLAM itu sendiri. itu menyeluruh. pesanan untuk diri saya sendiri!

sebab kita tak tau, apa yang bakal jadi. kita juga tak dapat menghidu, malapetaka, apatah lagi di tempat yang kita tak biasa. maka, jagalah diri. sentiasa ingatkan diri ini terlalu bernilai untuk hal yang 'remeh'. jangan disebabkan fitnah dan gosip, nama baik sendiri tercalar. nauzubillah.

di sini, kami sentiasa diingatkan tentang 'motif' kedatangan kami di sana. untuk kami, bakal siswa dan siswi berbakti untuk masyarakat yang tak kenal erti lelah, membayar cukai, dan menampung pengajian kami. itulah MOTIF nya. walaupun, sumbangan atau bakti yang kami curahkan dalam masa 10 hari itu, tak mampu nak membayar keseluruhan 'harga' pengorbanan, tapi diharap dapat menyenangkan hati masyarakat di situ.

tapi, masyarakat Ganu memang best! dok rok cetong la! :D

insyaAllah, banyak plan nak berkunjung ke sana lagi. dengar kata, nak pergi time musim duku, which is in this upcoming September. tapi itu hanya perancangan. insyaAllah, tunggu seruan Yang Maha Merancang.

haisy, tak sabar pulak rasenye nak ke sana lagi. dapat jumpa umi dan abi [mak ayah angkat keluarga terdekat].

insyaAllah :)


No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...