Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu
Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa
Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan
Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya
in the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful..
subhanallah, Alhamdulillah, wa la ilaha ila Allah, Allahu Akbar..
baiklah, saya ingin buat pengakuan di sini..
Bahawasanya, saya sebenarnya masih menjalani pengajian di Centre for Foundation Studies, untuk semester terakhir..
Maaf dipinta sekiranya saya seperti menyembunyikan atau menafikan pernyataan ini. Tapi, percayalah, sehingga minggu kedua pembelajaran ni, baru saya dikurniakan kudrat dan keberanian untuk memberitahu, secara umum, di sini.
Saya masih ada dua subjek, yang masih belum ‘disentuh’ selama saya di CFS, iaitu Computer 2 and Bio Lab 2. Diingatkan, bukan repeat =)
Saya minta maaf kalau ada yang terasa hati kerana tidak memberitahu lebih awal tentang perkara ini, tapi saya mohon untuk memahami kondisi saya ketika ini.
Perkara ini, tidak dipinta, jauh sekali di doakan. Tapi inilah kehidupan, ini takdir saya, yang saya yakin, ada seinfiniti hikmah di sebaliknya.
Bukan mudah untuk saya semudah ini menjalani kehidupan di CFS, tanpa rakan2 tercinta, apatah lagi keluarga FSCC yang hanya tinggal Amin dan Liyana dan juga mungkin Ikhwan di sini. Tapi yang lain, semua sudah membawa haluan sendiri.
Saya masih ingat, 30 Mei yang lalu. Padahal, saya dan Amalina baru sahaja menjenguk CFS pada hari sebelumnya. Tapi, 30 Mei itu, saya sekali lagi mengangkut barang ke CFS, untuk melanjutkan pelajaran untuk semester terakhir.
Saya yakin, mungkin ramai yang terkejut. Tapi saya harap korang semua memahami keadaan saya di sini.
insyaAllah, kalau saya masih dikurniakan umur yang panjang, kita akan berjumpa lagi paling lambat November ini. Yep, November.. [tak tahu kenapa bulan ini sungguh signifikan untuk saya]
Anis, yang baru..
Saya masih menetap di Mahallah kesayangan, Mahallah Khadijah.
Pertama kali, selepas cuti intersem yang lalu, saya dapat lihat ‘peninggalan’ Taaruf Week di sini. Banners, buntings, tak cukup dengan itu, khemah2. Flowchart nak mendaftar. Semuanya! Semuanya ada di sini.
Dan yang paling best, nama biro Residential, Discipline and Welfare, yang di’terajui’ oleh sahabat baik saya, Haziqah Zulaikha, di setiap penjuru di CFS ni. Especially setiap hisbah, dan dalam lif, serta on the way nak ke tandas! Pergh! Mantap.
Saya tak berapa pasti kemeriahan Taaruf Week yang lepas, memandangkan Haziqah sendiri tak cerita secara detail kat saya. Huhu.
Ok, junior 2010/2011 memang sangat ramai! Ditambah pula dengan kehadiran budak2 Laws ke yang berpindah ke PJ, dari Nilai. Memang packed lah kat sini!
Mesti tertanya2 kan macam mana budak Laws? Saya tak perlu jauh, bilik depan saya sahaja didiami pelajar undang-undang. [bunyi cam hebat sikit kalau translate into BM =) ]
Tapi jujurnya, saya tak dapat cam lagi pelajar undang-undang ni bagaimana. Tapi saya dah berjumpa dengan junior Baksis saya, Shazwani dan Farah, dan mereka jemput saya ke Mooting. Hehe. Apakah itu Mooting? Mooting tu ala2 praktikal laws atau ‘mahkamah bayangan’ la konon. Dengar kata mereka bakal buat kat Lecture Hall, dan semua boleh hadir. Hoho. Best tengok debat2 nih. =)
Baru seminggu kat sini, kelab Debat UIA diaktifkan semula di PJ, menunjukkan kewujudan student Laws itu sendiri. Sebelum ini, kelab Debat di Nilai je, tapi kali ni PJ pun ada. Dan, Alhamdulillah, sambutan sangat2 menggalakkan. Pada malam pemilihan tu, saya baru pulang dari kelas Computer kat Annexe, dan nampak audition tuh. Budak Medic dan Sciences tak kurang hebatnya la! Mungkin depa ni budak bahas dulu kat sekolah kot. =)
Ouh, saya ingin bercerita tentang kelas saya.
Kelas Computer 2, saya masih mengikuti kelas under Sir Mahmoud, well-known and might be the only lecturer for Computer 2, SCM 1514. Dan beliau sangat terkejut dengan kehadiran kami, 9 orang yang belum mengambil subjek ini. Beliau ingat semester lepas merupakan semester terakhir mengajar subjek SCM 1514 ni, kerana beliau in charge untuk mengajar C++ language untuk pelajar engineering. Tapi, kami masih ada 9 orang. Huhu. Dan kelas saya sangat best. Hanya 5 jam seminggu. Selasa 5-7 malam [waktu kemuncak pasar malam, Alhamdulillah, memang tiada alasan nak pergi pasar malam..], Rabu 8-10 malam [1st time ada kelas malam, untuk saya] dan Jumaat 11-12 tengahari [saya harap ianya bertukar]. Itu sahaja. Waktu yang tak ramai orang. Sangat aman untuk ke kelas. =) kelas pula hanya di Comp Lab Annexe. Lagi la!
Kedua, kelas Biology Lab 2.
Kelas ini amat ‘ditunggu-tunggu’ oleh saya. Dan, sekali lagi, Alhamdulillah, kelas saya semuanya perempuan! Dahla Miss Shafiyyah, lecturer Biology kesayangan saya yang ajar. Ouh, sungguh sweet! Beliau pun tak terkejut dengan kehadiran saya yang lambat 5 minit, Isnin lepas. Tetapi awas! Saya sekelas dengan junior FSCC saya, iaitu Amin dan Ku Abdullah. =p
Tapi mereka masuk kelas lain, lecturer je sama dengan saya.
Mungkin Allah permudahkan lagi, saya hanya perlu buat 7 experiments sahaja, berbanding 12 experiments sebelum ini, oleh rakan-rakan saya! 5 experiments akan dilakukan dalam kelas SHF 1425 dan lagi 2 experiments akan dilakukan dalam kelas Biology Lab 1 bersama junior 2010/2011.
Begitulah ceritera kelas saya. Seronok? Alhamdulillah setakat ini, saya masih seronok di sini. Walaupun agak kekok, masuk kelas junior, tapi mereka baik2 je. Dan saya tekad nak join je dengan diorang, sebab saya tak nak jadi macam senior saya dalam kelas lab physics dulu. Huhu. Nak jadi senior yang baik. Senior dari segi umur je, masuk ke Kuantan, sama je kot. =p
Peperiksaan akan dilakukan secara berasingan dan private. Wah, special. Bukan lagi di AMF. =p
Apa lagi yang boleh dikongsi di sini?
Ouh ye, borang untuk FSCC 2010/2011 Session dah keluar. Siapa2 yang berminat, boleh ambil borang kat STAD, kat tempat GCU lama.
Setiap kali menggunakan lif, saya akan baca iklan untuk nomination FSCC ni. Saya akan teringat bagaimana saya dengan ‘tekad’nya ambil borang kat STAD dulu. Haha. Kenangan yang tidak akan pernah saya lupakan!
Melihatkan senarai posts beserta Exco, dari President sampai ke Entrepreneurship and Sponsorship Bureau, saya akan recall muka masing2, dalam saf pimpinan FSCC 2009/2010. Both PJ and Nilai Campuses. =)
Of course, yang paling ‘tak boleh blah’, jawatan Secretary itu. Kerusi panas Mainboard =p
Kalau dilihat, entri blog saya sejak pertengahan tahun lepas, ada sahaja yang berkaitan FSCC. Begitulah influence FSCC terhadap hidup kami, ahli-ahlinya.
Ternyata, saya amat rindu kat keluarga FSCC saya.
Apatah lagi melihat iklan mencari nominations untuk 2010/2011 line up ni. Siapa tak terkesan? Patah tumbuh, hilang berganti.
Kak Noni, kat Café mahallah Khadijah ni, yang amat kenal dengan saya, tegur saya.
“Adik ni, tak pernah akak tengok tak busy. Asyik busy je memanjang!” tyme tu saya tengah membungkus makan malam, agak lewat, nak dekat pukul 9 malam. Saya turun ke Café, dengan menyarung blazer hitam FSCC. Saya sekadar senyum je.
“sem ni FSCC lagi ke?” Tanya Kak Noni.
“Taklah. Ni final sem. Kalau nak join, kene ada dua sem kat sini. Lagipun, taknak dah. Penat!” jawab saya, jujur di situ.
Dia ketawa kecil.
Memang pun, penat jangan cakap! Tapi, itulah. Saya yang nak, bukan kerja2 tambahan tu datang bergolek kat saya.
Tapi, Alhamdulillah. Saya happy dan tak menyesal dengan semua itu. Jujur ni!
At least, saya ada something untuk ‘dijual’ bila mencari kerja kelak. =)
Semalam, 8 June, saya menghadiri Mahallah Briefing, buat kali ketiga di sini. It was compulsory. So nak tak nak, kene datang. Lagipun, tak tahu nak buat apa kat bilik. =p
Di situlah, saya jumpa Farahin, junior FSCC jurusan Undang-undang. Rajin dia jadi committee. Happy sungguh jumpa semalam. Dalam pada busy2 tuh, sempat lagi “Kak Anis!!!” bila jumpa. Rasa popular sekejap semalam, kat depan main entrance AMF. =p
Di situ juga, saya berkenalan dengan seorang junior 2010/2011. Ini bukan kali pertama.
Best jugak. Teringat kenangan ber’public relations’ dengan students dulu. Memang best layan kerenah orang ni, walaupun kadang2 memeningkan kepala. Tapi, itulah teladan yang kita dapat. Free2 jah!
semalam saya di uji lagi.. kali ni, saya dan seorang sahabat berangan nak ke kelas debat anjuran Kelab Debat Bahasa Melayu UIA.. ok buat pengetahuan umum, Abg Daud, pendebat terbaik UIA tu jadik pelatih kitorang.. ianya diadakan di Seminar Room..
hati ini, nak mengikuti.. saja nak mengubah cara pemikiran dan meningkatkan keyakinan diri yang makin merudum nih.. tapi, dek kerana, seseorang yang saya kenal dalam Seminar Room tuh, menyebabkan keyakinan saya jatuh balik, dan saya pun pulang ke bilik semula..
minta maaf semua, atas kesilapan menutur atau menulis kata, kalau asyik berdalih perihal 'cuti'.. saya minta maaf.. saya sendiri pun, sedang memulihkan semangat di sini..
saya mendoakan kejayaan para sahabat untuk semester pertama 2010/2011 di Main Campus.. tunggu saya, di semester kedua korang, yang berada di Kuantan.. insyaAllah..
asif asif!
wallahu'alam..
3 comments:
habis tu anis x amik short sem ke hari tu?
dyna pening kejap.
yelah..kau baru tahu ke?
~mungkin ada hikmahnya..
stp kali bace ape2 psl fscc (espcly yg ni), tetibe rs cpt btol mase brlalu. cpt sggh2
mmg btol, fscc mmg satu influence yg kuat. aku rindu ke'busy'an itu. :')
p/s:lagu fav tuuu.. selamat berjuang! :)
Post a Comment