alhamdulillah.. hari ni tergerak nak beli dua akhbar atau tabloid ILuvIslam sekaligus, utk dua versi yang tertinggal.. seperti kebiasaannya, macam2 topik yang ada setiap minggu.. dan semua topik dikupas dengan 'best' nya.. :)
cuma kali ni, utk versi 18-24 Jun, saya tertarik dengan satu kolum ni.. saya tahu, melihatkan tajuknya saja, kita selalunya akan buat muka [muak.. saya lah selalunya..] tapi, selalunya orang bercerita mengenai Ciri-ciri isteri idaman.. daripada pihak perempuan sendiri, kalau ditanya perihal ciri-ciri bakal suami idaman, mesti cakap, "macam biasalah..", "mestila beriman, baik, bla bla".. habis tipikal je jawapan.. baiklah, mari merenung sikit ciri-ciri yang ada dalam bakal korang nanti.. harap boleh jadi panduan.. :)
- Kuat pegangan agama
lelaki begini akan tetap memelihara solat fardunya walau sesibuk mana pun dirinya. Selain itu, dia akan sentiasa mentaati pegangan agama. Contoh terbaik, lihat sahaja bagaimana Rasulullah SAW menerima pinangan Saidina Ali untuk puterinya, Fatimah.
- Akhlak yang baik
Tegas namun mampu bertolak ansur dalam pelbagai perkara. Namun kesopanannya terserlah sebagai gambaran peribadi dan kemuliaan hati :) . Terlalu menghormati warga tua selain mudah dibawa berbincang.
- Tegas mempertahankan maruah
Kejujurannya terserlah ketika melindungi maruah wanita. Namun, dia juga tidak pernah menjatuhkan maruahnya dengan mengunjungi tempat2 yang dipenuhi maksiat.
- Mampu menjaga amanah
Perhatikan sekiranya seseorang lelaki itu pernah MENGABAIKAN TUGAS yang DIBERIKAN KEPADANYA dengan sengaja. Atau adakah dia sering MENYALAHGUNAKAN KUASA YANG DIBERIKAN. Jika ya, lupakan sahaja dia.
- Tidak boros
Sifat pemurah sememangnya dimiliki seorang lelaki BUDIMAN. Namun dia tidak pula boros ketika membelanjakan wang dan hartanya. Dia menggunakannya dengan bijaksana.
- Menjaga pandangan mata
Sentiasa perhatikan ke arah manakah dia menghalakan pandangan matanya. Apakah matanya liar memandang wanita-wanita yang sentiasa lalu-lalang. Jika benar, lupakan sahaja.
- Pergaulannya terjaga dan terbatas
Sebagai lelaki, dia tahu bahawa dia tidak mudah menjadi fitnah orang tetapi dia tidak akan mengamalkan gaya hidup yang bebas.
- Rakan pergaulannya
Perhatikan bagaimana watak rakan-rakannya. Rakan memang boleh mempengaruhi seseorang. Rakan-rakannya adalah cermin bagi dirinya.
- Bertanggungjawab :)
Rasa bertanggungjawab dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibu bapanya hidup melarat, sedang dia hidup hebat, nyatalah dia bukan bertanggungjawab orangnya.
- Tenang wajahnya [like!]
Apa yang ada di sanubarinya, kadang-kadang terpancar pada air mukanya. HATI YANG TENANG, SETENANG WAJAHNYA sama ada ketika dia bercakap atau bertindak..
mengenai imam yang 'cacat' itu, sebenarnya kolumnis ini telah mendengar satu ceramah mengenai tajuk ini di sebuah masjid.. ciri-ciri imam itu adalah..
- seorang yang bakhil. kedekut dalam memberikan senyuman kepada wanita yang bukan mahramnya.. malah, lelaki ini bakhil utk menghabiskan wang ringgit kepada wanita yang tidak sepatutnya.. bagaimanapun, dia begitu pemurah ketika meluangkan masa dengan Allah, tegas dalam kemurahannya mempertahankan akidah, serta menghulurkan nasihat beserta teguran..
- papa kedana dalam ilmu2 yang tidak bermanfaat
- miskin dalam perkara melakukan maksiat
- mereka yang bisu. bisu daripada sebarang pujuk rayu yang manis dan bisa menggoncang iman..
- seorang yang buta. buta daripada melihat perkara-perkara maksiat dan tidak berguna.. kedua-dua matanya buta daripada memandang aurat wanita yang tidak halal baginya. malah, dia mengalihkan pandangannya untuk menikmati kebesaran Allah daripada mempesonakan matanya memandang perkara yang haram..
cukupkah ciri2 itu wahai bakal2 sekalian? tepuk dada tanya iman..
No comments:
Post a Comment