Saturday, September 7, 2013

"Untunglahh."

"Aku dapat kerja kat ________. Huhu."

"Wahhh. Hurm, untunglahhh."

Krik-krik.

It was yesterday when I read someone had blogged about this not-so-fancy quote of "Untunglahh..". And that I realized that I'm not that alone who had this feeling of *blergh* and *not-not good* when people says this quote, even not to myself. If it happens for a person to say it to me, then the effect will be doubled. Heh.

I'm not so sure from where and who had quoted this word at first, but it happens to be a phenomenon that certain people used to love quoting this word over and over again. And this word is soo famous everywhere, in Malaysia, I guess.

You see, that "Untunglahh" word usually said with you-know-that-tone of uneasy, like a jealous tone or something, but it does really makes me feel uneasy too, after heard that word. I don't know what to re-act when people said that to me, and the same goes to other people too, I can feel that. It does make people stop and stare, and thinking twice on how to respond, or better not to. 

This quote also reminds me of a famous hadith of Rasulullah S.A.W,

"Speak good ; or remain silent."
(Bukhari and Muslim)

We can't control what other people want to think about us ; especially our uttering words that came out from our own mouth. But yes, we obviously can control on what the people can feel, or the memories that they will keep with us. We are human beings ; normal ones. Yet we can't be too husnuzhon all the time right? So please do take care of our words ; for they might had turn other people to feel uneasy about us. 

Words can do a lot of things ; be it to hurt, or inspire people.

It may be a thoughtless comment on something without ill-feelings, but yes, let's hope that everyone that talking to you will stay thinking good (husnu-zhon) of you despite of your words :)

Why don't we changed it to "Alhamdulillah.." then? It is more sweet and nice to hear right? :)


P.S peringatan untuk diri. doakan.

-thanks diyanah for inspire me to blog about this ;)

|iium kuantan|
maghrib yang sejuk.
menunggu roommates pulang.

Monday, September 2, 2013

638. Peralihan.

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, Allah izinkan lagi untuk menghirup udara bulan September. Hari ni, 2 September. Bermakna tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kaki ini melangkah masuk semula ke UIAM Kuantan, menyambung pengajian berbaki 3 semester. Cepat kan masa berlalu? Yup, sangat pantas! Rasa macam baru masuk Main Campus. Tapi kini, seorang demi seorang sahabat se-matrikulasi, KPM dan UIAM dahulu kala, especially di UIAM Gombak, meninggalkan Taman Ilmu dan Budi ini. Alhamdulillah jua, Allah bagi kesempatan untuk mengecapi hari-hari setelah internship. Yup, internship saya sudah berakhir. Tak pasti kenangan apa, manis pahit kelat masin yang tinggal di NIOSH, tapi sampai di situ sahajalah cerita saya, di NIOSH :) 
Jumaat lepas, merupakan hari terakhir saya berpraktikal di sana, dan pada masa yang sama NIOSH mengadakan rumah terbuka untuk semua staff dan client kesayangan mereka. Dan saya, menghitung detik-detik akhir menantikan pukul 5.15 petang yang merupakan waktu punch-out saya, yang terakhir. Semuanya, yang terakhir. Walaupun di hari akhir, tapi ada beberapa detik yang merupakan satu kebetulan, dan awal-awal perhubungan atas dasar sefikrah, terbina. Subhanallah. Dalam pada saya sedih sendiri, dan terkilan sebak di surau, doa dipanjatkan memohon petunjuk Allah serta memohon supaya Allah memujuk hati, saya dipertemukan dengan seorang staff yang tiba-tiba mahu berbual dengan saya. Al-kisahnya, dia sudah lama memerhatikan saya dari jarak jauh, dan merasakan saya seorang yang berfikrah, makanya tidak memulakan perbualan sebegitu mudah dengan saya. 
Saya pun tidak berapa mengenalinya. Cuma pernah mendengar cerita tentangnya sahaja. Encik D baru sahaja bertunang dengan salah seorang staff di situ juga, Kak R. Dalam pada tidak menegur, saya juga dapat merasakan Encik D seorang yang berfikrah, walaupun dia mungkin tidak se'kapal' dengan saya.
"So, macam mana kerja di NIOSH?" tanya beliau, selamba. Iyelah, umur baru mencecah 27 tahun. Saya menjawab seperti saya sudah mengenalinya, ada rasa selesa di situ.
"Takpe, saya faham nature budak UIA macam mana...", subhanallah. Kalau sahaja saya mengenalinya sejak awal berpraktikal dahulu lagi. Serius, rasa macam jumpa 'saudara' sendiri, walhal dia adalah orang yang asing, bukan jua ahli keluarga saya.
Paling saya ingati, dia memberi nasihat untuk saya, "Saya nasihatkan Anis plan masa depan Anis macam mana ; nak sambung belajar atau nak kerja terus. Tapi pendapat saya, kalau perempuan ni, better sambung belajar dulu. Bab Baitul Muslim, Anis dah boleh fikir sebab Anis nak masuk Final Year dah. Tapi plan masa depan macam mana." kata Encik D. Yup, dia juga merupakan bekas pelajar UIAM, tapi jurusan insinyur :) Lebih mengejutkan rupanya adik kami saling mengenali dan bersahabat baik di USM Kubang Kerian. Subhanallah, rasa sangat sangat happy dapat berjumpa dan berbual dengan beliau. Kerana fikrahnya, masha Allah, saya dapat rasakan Allah pertemukan kami untuk memujuk hati saya yang agak lara pada waktu itu.

Di akhir masa, saya tak dapat menahan dari mengalirkan air mata tatkala ingin berpisah dengan N, sahabat dari UPM, yang saya selesa bila bercakap, berbahasa dan ber'gosip' (halal) ;) Dia yang happy go lucky, sangat se'kepala' dengan saya yang tak berapa nak thiqah, tapi okaylaa ni. (ceh perasan) Teringat sewaktu mula-mula berkenalan dengan N dahulu kala. Tiba-tiba saya rindukan dia dan office-nya serta officemates nya yang lain. Sangat happening, baik, polite dan semuanyalah! Occupational Safety Division :) -TH- Antara nasihat yang dia berikan pada saya, "Semoga terus berusaha untuk tegakkan syiar Islam di bumi Allah ini." Masha Allah, dalam pada kami ber-ketawa bersama, itu nasihat berguna yang dia berikan kepada saya. Macam tau-tau sahaja cerita debaran saya. Semoga ukhuwwah ini kekal hingga ke syurgaNya, ameen.

Menjelang semester I 2013/2014
Hanya Allah yang mengetahui isi hati paling dalam diri ini. Cuak, takut, penuh harapan, excited, semuanya! Tapi saya lebih berdebar untuk menggalas tanggungjawab yang bak kata sahabat, Asywirah Afifah, "... jawatan tu kalau kena lelong pon orang tak nak..". Di sebalik rasa-rasa negatif yang sememangnya boleh meracuni fikiran saya, saya tertarik dan tergerak untuk memandang sudut positif dalam setiap perkara, especially perkara ini. Yup, bukan mudah. SEHARUSNYA tidak saya pandang sebelah mata dan enteng, insha Allah akan saya berusaha sebaiknya untuk lagi satu sesi bersama akhawat tercinta. Saya selalu terfikir sejenak, mungkin ini 'hadiah' Allah untuk saya, dan panduan dari Allah untuk saya lebih memperbaiki diri, dalam segenap segi. Mungkin selama ini saya boleh rasa berbelah bahagi untuk berubah atau berhijrah, tapi bukan kali ini. Mungkin tanggungjawab ini bakal membuka ruang atau titik tolak kepada saya untuk tanggungjawab yang lebih besar dalam kehidupan, di masa akan datang.
Saya dapat rasakan.
Doakan saya.

-anis-
hulu langat, macam nak hujan, usai Zuhur.


Tuesday, August 20, 2013

637. Hari-hari akhir.

Bismillah..

Alhamdulillah, masih bernafas pada Syawal ke-13 :)

Seriously rasa bersalah pada blog ini ; dan juga diri sendiri. Hasrat dan harapan kononnya nak activate your life pada blog ni tatkala menghadapi internship, tak kesampaian. Sekadar hasrat je. Takpe, busy kan (konon). 

Pray for Egypt.


Alhamdulillah jua, diam tak diam, saya sudah berada di minggu ke-10 berpraktikal. Seronok? Hurm, biasa. Ada beberapa orang staff yang cuba mengorek-ngorek rahsia hati saya tentang praktikal ni. Ecewah. Soalan FAQ untuk minggu ni, dan bakal jua minggu hadapan, "Apa perasaan praktikal kat sini? Sedih tak nak habis praktikal?". Oh my Allah, I need to find for the perfect answer :)

Pada hari-hari akhir sebelum Ramadhan, saya mula menampakkan something yang I will be missed here, at NI__SH. Baru rasa, "Hurm, best jugak lah intern kat sini.". Ah well, biasalah tu. Dah nak habis baru nak feeling2 la kan. But I will stay with macho-ness kan, tak nak sedih2. insha Allah :)

Untuk minggu ke-10, apa yang saya belajar adalah, something. Saya baru nampak REALITI kehidupan bekerja, yang sangatlahhhhh berbeza dengan kehidupan student a.k.a pelajar. Kononlah tak sabar nak kerja kononnya tak sabar nak ber-gaji, tak nak hadapi exam2 dunia ni whatever. Student JAUH lagi best kot. Tak perlu nak fikir banyak, fikir study je. Ye, saya rindu nak sambung belajar sekarang.

What I miss the most sekarang adalah, kehidupan saya sebelum internship. 

Saya harap saya dapat 'cari' balik feel itu, Anis yang saya kenali, kembali rapat dengan al-Quran dan saya harap saya tinggalkan something kat tempat intern saya tu.

Saya harap.

Dan saya tak meninggalkan nama dan belang je, tapi yang lebih bermakna dari itu.

Of course, bukan hati saya.

:)




Wednesday, July 24, 2013

636. Diam itu jawapan abstrak.


Untuk minggu ke-6 ini, saya telah reveal my other part.

Untuk situasi yang 'tak terduga', diam adalah cara saya. Best juga rupanya menjadi seorang pendiam ni. Heh.
































Kalau sahaja mereka-mereka boleh baca hati saya melalui diamnya saya,

kan mudah?

Kalau sahaja segala persoalan yang ditanya itu tak berjawab,

lalu didiamkan dan dilupakan segala persoalan itu,

kan lebih mudah?


Diamnya saya, juga adalah sebuah jawapan. Jawapan yang tak tertafsirkan, mungkin. 

o Allah, berilah kefahaman kepadanya supaya tidak terus-terusan mengganggu konsentrasi. Ameen.


635. Teguran Ramadhan.





Subhanallah. Memang dah lama tak tracking blog ni. Sibuk konon.

Sibuk, meng'hisab' diri yang hampir-hampir 'kecundang' dalam meneladani manusiawi kat luar. Meng'adapt' diri lagi. Allah.

Kehidupan internship. dan Ramadhan. Ramadhan selalu berbeza berbanding tahun sebelumnya. Untuk diri saya, selalu punya cerita tersendiri. Dan 'tegurannya', masha Allah, rasa malu sangat nak bercerita atau berkongsi dengan orang lain. Pengajaran dan himmah yang diberi sangat-sangat-SANGAT dahsyat, at least untuk diri sendiri. No wonder dianggap bulan madrasah.

:'(

Hujung minggu dirasakan bagai sekelip mata ketika internship. Ketika bersekolah dulu pun, tak rasa sekejap macam ni. Mungkin hati ini yang sakit. Kot.

Di pagi 12 Ramadhan ini, cuba untuk merenung diri. Bagaimana mutaba'ah amalan yang saya janjikan bersama adik-adik dulu? Bagaimana jua mutaba'ah mereka (lama tak bertanya khabar. ya Rabbi)? Bagaimana tilawah aku? Khusyuk ke terawih aku selama ni?

Momentum Ramadhan, for most people akan menjadi kurang menjelang pertengahan Ramadhan. Dan saya, honestly, antara yang hampir-hampir terkena tempias sindrom orang-ramai itu. Allah.

Oleh yang demikian, terus terang mengakui, saya rindukan rakan seperjuangan, rakan sefikrah, sahabat baik, bi'ah solehah dan SEMUANYA.

Setiap hari, saya akan pastikan saya mesej, atau call, kalau rajin, beberapa member seperjuangan sebagai 'penguat' untuk saya. Saya rindukan bulatan untuk menge'cas' iman saya. Kalau sahaja iman ini boleh diukur dengan satu alat pengukur khas, maka saya akan melarikan diri dari semua orang dek kerendahan nilainya, pada hari-hari tertentu.









Bisik seorang rakan, "Cuba ingatkan satu sama lain." Tampak mudah, tapi hakikatnya susah. Padanlah semua yang sefikrah selalunya duduk sekelompok dan sering ditegur dan difitnah sebagai assobiah. Walhal mereka MUNGKIN tidak berniat. Mereka hanya ingin mengecas nilai-nilai positif supaya dapat kembali menjelma dalam 'orang ramai' seperti biasa. 

Dan serius, tak mudah.

Oleh yang demikian, diri ini cuba sedaya upaya mencari kaeda lain untuk mengecas nilai-nilai positif dalam diri. 

Aku dan intern

Ramai jua rakan dan sahabat bertanyakan perihal tempatku melakukan praktikal. Mungkin dari kejauhan, terbit rasa kagum dalam diri mereka, walhal saya di sini seperti menghitung hari menantikan detik 30 Ogos untuk tiba di alam realiti. Tak seronok? Tidak juga. Ibu sering mengulang dialog yang sama pada saya, hampir setiap hari apabila saya menceritakan kisah-kisah saya di tempat praktikal, "Alaa... nanti akak rindu tempat tu..". Yup, tak dapat nafikan, itulah saya. Apabila tidak berada di depan mata, barulah mencari. Bila sedang menghadapi, mahu menjauhkan diri, menghitung hari bukan main-main.

Alam kehidupan internship, mungkin tidak perlu menelaah setiap hari. Untuk kuiz, tiada juga mid-term, apatah lagi final exam. Cuma mungkin dilawati pensyarah saya di UIAM. Tapi sehingga kini tiada berita siapa yang bakal melawat saya dan A di tempat praktikal kami. 

Ketika internship berlansung, baru saya sedar akan ragam-ragam manusia yang pelbagai, lagi bervariasi dari pelajar UIAM sendiri :) Saya terpaksa berhadapan dengan kerenah manusia yang masih bergelar mahasiswa, yang masih di alam diploma, yang masih merangkak study untuk MUET (maksudnya muda lagi) dan tak ketinggalan, kakak-kakak dan encik-encik staf di situ. Kalau tidak mempersiapkan diri dengan 'kekebalan' bernama SABAR, saya tak rasa mudah untuk hidup di situ.

Saya yakin sahabat-sahabat se-internship yang lain mengalami perkara yang sama. Seringkali bila samples sampai TERLALU banyak, saya sentiasa ingatkan diri bahawasanya saya ini hanyalah pelajar praktikal. Dan saya masih boleh berkata PENAT untuk mengambil masa untuk berehat. Serius, kegembiraan sendiri perlu dicari. Tiada siapa akan meng-cater kegembiraan, kesedihan, kepenatan kita, kalau bukan kita, dan Pencipta kita sendiri.

Prinsip saya : Tertutup tidak jumud, terbuka tidak hanyut and buat apa yang Allah suka, bukan manusia. Kerna hidup waktu praktikal ini takutnya tidak ketemu keikhlasan. Sangat cuak kalau hanya buat itu ini kerana mereka yang bernama manusia. Walhal redha Dia yang kita cari, bukan mereka.

Aku, budak uia.

Terkenang saya tatkala mula-mula melangkah masuk ke bahagian di tempat praktikal ku. Hampir semua staff berpaling kepada kami yang baru mendaftar sebagai pelajar praktikal, dan mereka semua kepingin tahu siapa di antara kami merupakan budak UIAM.

Bangga? Tipu lah kalau saya berkata tidak. Itu adalah keadaan normal, tapi kami, saya dan A sedikit sebanyak rasa kurang selesa jugak. 

Tetapi, itu tidak menafikan kami dari sunnatullah manusia untuk terlupa dan melakukan kesilapan. Keadaan menjadi kurang enak bila saya dengar ada bisikan-bisikan halus menerjah telinga mengenai perbandingan 'budak antara uni' *peluh besar*






Aku, dan akhawat.

Dan saya tak sabar untuk berjumpa akhawat, Sabtu dan Ahad ini. :)

Saya tahu, cerita intern dan Ramadhan saya tak habis di sini. kesudahannya pasti menarik, biiznillah.

Doakan.





Toodles.
Malam 16 Ramadhan.

Sunday, June 23, 2013

634. Amali.


Assalamualaikum.

Subhanallah. Memang dah teramat lama tak update blog. Busy? Mungkin. Bulan lepas bertarung dengan Final Exam. Alhamdulillah, result sangat baik. Seperti biasa, perancangan Allah, unexpected happens! ^_^ Rasa macam dah bakal adding subjek 'lebih' next semester, tapi tidak. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Malah lebih baik lagi :)

Segala puji bagi Allah, seminggu telah berlalu. Minggu pertama untuk latihan industri sudah tamat dengan jayanya. Insha Allah, berbaki 9 minggu. Erk, lama kan? Agakla. Memang lama. Tapi kalau dah pejam celik insha Allah masa berlalu cepat. Hmm.

Sempat cuti selama seminggu lebih di rumah, usai Final Exam lepas. Ada slot melawat CFS IIUM PJ :) Bersama rakan se-FSCC dan Inche Presiden. Woah, last time saya bertemu dengan Inche Presiden di CFS adalah pada tahun 2010. Dah 3 tahun kot. Dan dengan STAD (Student Activities and Development Department) yang dah berubah menjadi Department of Law, tersangatlah janggal rasanya.

Kini, saya ber-latihan industri di NIOSH HQ, Bandar Baru Bangi. Ramai sahabat yang SMS, tak kurang yang bertanya di FB, macam mana perasaan berlatihan industri di tempat yang erm, entah tak pasti femes ke tak ni. Saya pula dengan kekeringan kredit kadang2, dan juga kerja yang diberikan mostly di bahagian lab menyebabkan rasa nak balas SMS terbatas. Iyelah, nak balas SMS mestilah kena bukak glove bagai kan. Haish, malas. Makanya most of the time, saya letak hp dalam beg di bahagian office. Mohon maaf kepada semua rakan yang sangat baik hati nak update kerja saya yang tak seberapa ni :)

Serius. Memang penat. Saya akui, sahabat2 yang intern di tempat lain pun mengalami nasib *ceh* yang sama. Semua banyak kerja. 1st day dah ada kerja. Sudahlah di lab kan. Memang seronok juga sebab mesin2 yang state of the art memang letak macam tu je. Kalau di UIAM memang terbatas jugaklah untuk kami ; student biasa2 ni pegang. Budak postgrad je kot yang boleh. Kot.

Alhamdulillah, minggu pertama ni memang adaptation. Mula nak mapping di mana tandas, cafe, surau, shortcut menuju ke kereta (untuk balik, heh). Yang pastinya, saya berasa seperti berada di alam lain ketika berada di tempat praktikal. Bila keluar dari bangunan, dan berjalan menuju ke kereta, baru rasa, "Oh, aku masih hidup di KL ni. Alhamdulillah." Nangis.

Alhamdulillah, saya rasa sangat berjodoh dengan UIAM kerana ada beberapa orang bekas pelajar UIAM di sini (walaupun saya tak kenal mereka, kuang kuang). Tapi takpe. Pada minggu pertama, saya dipertemukan Allah melalui wasilah Madam Humaiyah dengan seorang bekas pelajar UIAM, tapi dia course Engineering dulu di Gombak, Bro. D. Bro. D merupakan seorang MSCC (older version of FSCC) sewaktu dia di asasi CFS dahulu kala. So sembang punya sembang, dapatlah rasa attachment sikit di tempat internship. Macam "Okay, ada juga budak UIAM kat sini." Insha Allah, I'll be safe. Haa macam tu. Aduh, kenapa rasa macam ni ye? Entah, rindu UIAM mungkin :(

Perkara pertama yang saya seek from the internship place is, "Sesuai tak dengan jiwa (minat) aku sebenarnya?". Seriously, I hardly found the answer for the question. Saya tidak menyalahkan keadaan atau tempat internship, tidak. Cuma, hanya mencari dan cuba mengecam minat saya yang sebenar. Asbab NIOSH merupakan antara tempat terbaik untuk student yang amik concentration industrial health untuk menjalani praktikal. Makanya, saya cuba mengecam kembali adakah ini minat saya yang sebenar, supaya latihan praktikal saya tidak lah membazir macam tu je. Next is, saya mencari kebaikan dan hikmah berada dalam bidang industri ni. Umum mengetahui, industri sangat berkaitan dengan 'lelaki'. Pada mulanya, saya anggap sebagai statement biasa-biasa je supaya 'perempuan pilih concentration lain la industrial bagi kat lelaki la ceqq.'. Tetapi, ternyata benar. Supervisor saya merupakan seorang lelaki, mungkin berusia 30-an dan sudah berkahwin. MLT yang bertugas di lab, antara yang banyak membantu saya dan labmate lain 'membuat kerja', juga merupakan seorang lelaki bukan Islam, orang Sarawak, dan sebaya dengan saya. Hm.

Saya mungkin fikir saya boleh handle kerja walaupun bukan dengan sejantina saya kerana saya seorang yang 'put a line' in work, especially with the opposite gender. Tapi mungkin saya kena fikir zillion times after this disebabkan satu reaksi oleh the opposite gender di office saya yang menyebabkan saya 'kurang senang' untuk pejabat lagi for the next 9 weeks. 

Sob.






"Dah ada boyfriend?"

Seriously, saya tak pernah ditanya dengan soalan seperti ini. Waima di sekolah, pusat asasi, apatah lagi di Main Campus. Ok, ditanya oleh sahabat-sahabat perempuan yang gedik nak tanya itu ada, tetapi dari seorang lelaki lain, masha Allah, tak pernah.

Dan jujur, saya rasa pertanyaan ini sangat tak best, dan tak ada apa nak dibanggakan pun kalau ditanya sebegini. Rasa marah dan benci lagi ada.

Pada minggu pertama ini juga saya cuba mencari program-program tarbiyyah yang berdekatan Bangi ni, kot-kot lah ada kan. Rasa macam sangat kering. Bak kata ukhty SS, "Mutaba'ah amal berterabur." T___T mesti 'emak' marah bila tau ni. Insha Allah this upcoming week bakal okay, promise promise!

Betullah, medan nak prektis itu jauh lebih susah daripada hanya mencatit nota ketika ber-usrah atau pelatihan. Susah, memang payah. Disebabkan di tempat internship saya kebanyakkannya office-mates lelaki (6L : 4P) makanya saya terpaksa menjaga batas-batas pergaulan saya supaya hati saya sendiri terjaga. Tempat internship saya jadikan HANYA sebagai tempat untuk saya menimba ilmu luar kuliyyah, dan bukan untuk mencari kenalan baru oh tidak tidak! T_T  Mungkin saya kena lebih strict, dan tak perlu nak senyum kambing lagi pada minggu kedua hingga kesembilan! -_-"

Ya Allah, kuatkan aku.







Saya terbaca satu statement Sheikh Yawar Baig cakap, "Stress is only can be feel when our connection with Allah is weak." Kurang lebih macam tu la ayatnya. Tapi sangat menampar diri. Mungkin saya kena lebih bermuhasabah sorang-sorang dalam lab, dan ponder and react to overcome my weaknesses.

Mohon doakan saya.
Jzkk.


-Anis-
2.28 ptg
Hulu Langat dan Cheras yang jerebu teruk.

Thursday, May 30, 2013

633. Mereka di sekeliling kita.

Bismillah.

Hari ni tammat paper second last - sebelum paper akhir untuk semester ke-5 saya di UIAM ni. Subhanallah, paper kali ni memang tough2 dari sem-sem sebelum ni. Memang menguji kesabaran, dan keimanan [eh?]. Kalau kecundang memang parah. Namun iman harus dikuatkan, tambahan pula musim imtihan ni memang ujian dari segenap aspek. Waktu2 ni lah student/resident nak komen etc etc etc [malas nak letak kat blog. heh]

Memang terasa sangat sangat ke 'turun' an dan iman yang yazid wa yanqus, waktu exam ni.  Mudah je nak melenting, sensitif ter-lebey (wtv) dan rasa ragu-ragu dan culas dengan usaha diri sendiri, menyebabkan rasa nak sorang-sorang je. Mujur ada kawan/sahabat/teammates/roommates yang saling back-up mem back-up tatkala rasa down menerpa.

Alhamdulillah :')

Dan bila ada 3 hari gap menjelang paper akhir, rasanya hari ni (dengan segala kepenatan semalam) bolehlah kita bermuhasabah sebentar, barulah tergerak nak baca taujihat2 yang bersifat ruhiyy kat alam maya ni.

Rasa rindu nak usrah. T.T

Kalau adik-adik saya mesej untuk adakan usrah before habis sem (despite of tengah final exam ni), apatah lagi saya.... 

Terfikir jua tajuk yang hendak dibawa.... Mengenangkan diri sendiri pun macam tak settle lagi, memang akan rasa 'down'. Tapi bila terkenang muka-muka yang bersemangat, yang khusyuk mendengar, yang rajin mencatat, yang tak culas bertegur sapa, yang mudah meluahkan, saya rasa kuat. Perlu, rasa kuat!

Bila terkenang sahabat-sahabat sekeliling yang sentiasa memahami, saya rasa kuat. 

Bila mengenangkan segala peristiwa suka, duka, masam, manis dan pahitnya ukhuwwah, 
saya rasa kuat.

Dating dengan Shiba and Amal. Erk, sorry mal gambaq ni ja dalam hp den :) With them, rasa macam dalam zaman CFS. Bila balik mahallah, baru tersedar, "Eh, aku kat main campus dah rupanya."
How I missed my CFS time so mucho. I missed my friends, my groupmates.
The place, where I knew a word and its affiliates ; tarbiyyah. :')


Bila dapat mesej/phone calls, mendoakan, mengucapkan all the best untuk final exam ni, rasa dihargai. Serius!

Allah calitkan sedikit kekuatan bagi saya, melalui mereka.

Tiba-tiba semalam, waktu study sorang-sorang kat library, dalam pada melayan rasa mengantuk study waktu petang, saya kirimkan mesej kepada yang bertuah. Eceh ;)

Tiba-tiba rasa puitis dan romantis itu datang. Tiba-tiba rasa nak meluahkan :)
Syok rupanya, bila orang kata "Sweet..". Heh.


"Thanks to the real sender of this message. I spread the 'love' to my other friends too. Takpe kan?"
;)






Uhibbukunna fillah ~

Semoga sampai syurga. Ameen.

A sip of reminder,

"Beri perhatian banyak-banyak pada 'amalmu. Sebab ia kan hidup lagi panjang dari dirimu."
-Akh. Salim A. Fillah




#see you next semester  #all the best for internship   #alamak, FYP!

Monday, May 27, 2013

632. Patience.

Bismillah.

I had this inferior feeling everytime I'm about to go to meet dentist, hurm, particularly, Kuliyyah of Dentistry.

I don't know why, but maybe because of their at-par instruments, and maybe because of their clinics, and most probably I'm not belong in there. Heheh. Cliche.

So yes, I need to go for a check up due to my kinda pain and uncomfortable feeling I had since last week. See? I bear to kept calm throughout the week just because I felt lazy to walk across to KOD. But not today. I bravely went to the outpatient clinic [since my private dentist, FA was too busy filled up her requirements for Year 4 clinical thingy] and register up my name there. And then, something was happen. I... hope, really hope that I will tell some of my fellowmates who will be the medical or health science practitioner about this *tak puas hati, kind of*

I went straight away to the counter and the person behind was asking for my I.C. I gave her and she checked my name for any previous data about me. And there was this other person, also behind the counter suddenly asked me, "Awak sakit gigi sangat sangat sangat ke?".

.......

3 times kott! I was like, "wah 3 kali, nak afdhal la tuu."

Then I replied, and I'm not really sure how my face looked alike of course.

"Takdelah sakit sangat, cuma sakit la. Kebetulan saya tengah exam.."

Seriously, if it was not pain, I don't really give a da*n about it. I don't even care to walk to the Kuliyyah just to wait and staring at the floor with some kids made noises and me handling notes to read through. No. Patient is going to the clinic obliviously for a treatment, and we do have our own precious time especially in this fatrah exam. And we are good enough to think and practice that prevention is always better than cure. If it's not, then we will wait until deathbed to meet the doctors.

Ya Allah, sabar je laa.

Alhamdulillah, thanks to Allah I don't wait any longer for my turn. After about 15 minutes, the machine called my number out. And I frantically went into the room to meet the dentist. Praises be to Allah, she is very kind and gentle. :) *happy*  She told me that my wisdom tooth on my right side is growing out. I felt like I was a kid. Serious -.-
She also added up that my teeth are okay and I didn't need any treatment, but she did some scaling to my teeth and I was happy :)

See? Most of the time, the incident will always be like this. The person behind the counter and the dentist/doctor ; at 2 different worlds. I don't know why those people behind the counter must be reacting like that? Are they having some kind of bad mood or Monday's blues? 

Clearly, patience is again killing me.

And, it is kaffarah dosa for me, indeed.

I know. Astaghfirullahal 'azim.

Sunday, May 26, 2013

Friday, May 17, 2013

630. Masa Itu Bakal Tiba Jua.

Bismillah.

Saya dan sahabat se-course ada buat toxicity testing the other day. 
Kami test copper II sulphate and zinc solution ke atas ikan seluang dalam 10 ekor. So group saya ditugaskan untuk test copper II sulphate ke atas ikan2 seluang yang kechil-kechil itu.

And here's the result.



The fishes were started to swam scatterly throughout the beaker. Like gasping for air!



After 1 hour, only 1 survived, out of 10 fishes. Sad T_T


Saya terdiam throughout the experiment. Yeah, I was the bio student who did that experiment. Biasalah kann. Tapi ada satu 'ibrah yang saya dapat untuk experiment ini, dan mahu dikongsikan bersama.

Sepanjang 1 jam tersebut, sementara saya dan groupmates memerhatikan behavior dan life duration ikan-ikan tersebut, malaikat maut juga 'berkeliaran' sambil melakukan tugasnya ; ingin mencabut nyawa ikan-ikan tersebut.

Boleh sangat kalau ....................................................... (habiskan ayat sendiri)

Insaf.

isi post ini berlegar2 dalam ingatan sejak lab tersebut, sampai 'dimuntahkan' semula dalam blog ini.

astaghfirullahal 'azim.


Monday, May 13, 2013

630. Pasca.


Alhamdulillah.
Allah beri peluang yang sangat pelbagai. Mengundi buat kali pertama. Menghabiskan masa dengan family (sampai tak ter-semak notes2 yang dibawa balik ke rumah). Ke mukhayyam, walaupun preparation sangat singkat dan flow kerja biro saya sangat kucar-kacir, tetapi alhamdulillah, Allah nampakkan hikmah kenapa saya be a part of those meaningful events. :)

Mudahkan lidah mengucapkan alhamdulillah, tanda penghargaan dan berterima kasih atas nikmat yang Allah berikan.

Jom didik diri kita jadi orang yang cuba mencari hikmah dalam setiap perkara, waima baik atau kurang baik dan hargailah orang-orang di sekitar kita.

Quotes :

"Eh, awak punya dakwat tak hilang lagi (setelah 5 hari mengundi). Saya punya balik rumah je dah hilang. Mana boleh kata dakwat kekal. Kat dunia ni mana ada yang kekal.." bro.S, security unit.

"Macam mana peserta, itulah refleksi committee-nya. Banyakkan muhasabah." kak.P, post mortem mukhayyam.


Tarbiyyah.



End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...