Wednesday, March 2, 2011

prektis-prektiskan :)


bismillahirrahmanirrahim.


perasan tak, kalau kat hotel-hotel, or even kalau kita sedang belajar etiquette kat meja makan, kita mesti akan makan buah pada penghujung sesuatu sesi makan, yakni, lepas makan nasi/ makan makanan berat?

walhal Nabi S.A.W makan buah sebelum makan makanan berat kot. hmm.

indah kan Islam. tau tak kenapa?

sebab dalam buah ada zat yang cepat rosak berbanding zat-zat dalam makanan lain.
so seeloknya kita makan buah lah dulu kan? sebab kalau kita makan makanan berat dulu, perut kita akan hadamkan makanan berat dulu. bila hadamkan makanan berat dulu, maka, zat pada buah akan beransur-ansur rosak.

bila kita makan buah dulu before heavy meal, sistem penghadaman perut akan menjadi lancar dan penyakit2 pelik macam sembelit akan jarang atau tidak berlaku.

pastu takyah la makan julap ke ape, atau nak makan Eno bagai, sebab perut merasai fullness.

hai, indahnya Islam :)











p/s : alhamdulillah sekarang prektis makan buah [betik esp] atau ayaq kosong [kalau takde buah] before makan. perut rasa smooth je.

thanks pak cik awan sebab perkenalkan kita dengan buah betik :)


Tuesday, March 1, 2011

mind-setting.

bismillahirrahmanirrahim.

awas kalau anda belum melangkah umur 20 tahun. sebab entri ini hanya layak di baca untuk mereka-mereka yang dah 20 tahun :p


melawak.


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah, Allah menciptakan isteri-isteri bagi kamu dari jenis kamu sendiri, agar kamu dapat hidup tenang bersama mereka. Kemudian Allah menciptakan kasih-sayang di antara kamu (antara suami-isteri)"
[Surah Ar-Ruum: 21]


tak sempat pergi daurah. sobs.

minggu lepas, saya mendapat jemputan untuk menghadiri daurah Baitul Muslim di pejabat IKRAM, dekat je dengan UIAMK ni. tapi kebetulan, bila dapat mesej tu, mind setting dah nak balik ke rumah dan pergi Gombak. kebetulan ada asbab musabab yang saya kena 'balik' rumah pada hari Khamis lepas. walaupun daurah itu hari Ahad.

dengan yakinnya berkata dalam hati, "sempat kot...".

tapi tidak.

punyalah kecoh [bukan kecoh, sekadar jadikan status FB] . last2 tak dapat pergi. pujuk hati, takpelah, takde rezeki. next2 baitul muslim kan ada. entah2 time cuti panjang satgi IKRAM buat lagi kat pejabat HQ kat Mines. haa.. time tu pergi dengan PASANGAN pun takpe! [joking] :p

dah reda. dan redha. tiba2.


"nanti share la hasil daurah BM tu ye..."

alamak!

takkan nak cakap "tidak boleh.." pulak. kekantoian la satgi.

tak boleh jadi tak boleh jadi.

;)





[sengaja pilih gambar ni, sebab lelaki ni nampak 'segak' ketika berjubah putih *kuang3*]

*segak la sangat*

sebab tak nak kalah [mengada] dan tak nak tunjuk lemah [gedik], saya pun terpaksa lah bersungguh bertanya input2 dengan orang yang pergi ke daurah tu. terpaksalah nampak macam desperados sekejap. mesti kawan2 tu hairan, pasepa anis ligat sangat nak tahu? dah nak bina masjid kah?


oh tidak tidak. anis kalau nak bina masjid, dia kena design dulu. bagi cantik dan pergh macam masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur :)

so, antara calon2 yang ditanya yang bertuah adalah, Isdiyantie dan Syahidah! yeah. ^__^


ber'talaqqi' dengan syida and yantie~

kebetulan, baru tau yang bagi isi daurah tu ialah doktor melur. nama ni agak femes juga, tapi saya takleh nak habaq banyak pasai dia, sebab saya tak pernah bersua muka lagi dengan beliau. tapi nama ni agak masyhur dan harum la. yang penting saya tahu suaminya seorang akauntan :)

ok ok. first sekali, tajuk daurah ni ialah "Setulus Cinta, Sekilas ke Syurga".

wah tajuk.

"Perhatikanlah sikapmu terhadap suamimu, kerana ia bisa menjadi syurga ataupun neraka" [riwayat al-Tabrani]

pernah dengar tentang maratibul 'amal?

  1. individu muslim/ fardhu muslim
  2. baitul muslim
  3. mujtama' muslim
  4. islah huumah
  5. khilafah
  6. ustaziatul 'alam
so, kita ni dah pada level pertama kejadian, iaitu individu muslim. tak salah kan kalau nak view or browsing level yang kedua? :)

lepas tu, siapakah kita? pandai jawab...

hamba Allah serta pemuda pemudi yang sangat berharga pada agama.

apa matlamat kita, hidup sebagai seorang muslim?

-beribadah
-taat
-mencari redha Allah


so, boleh lah kahwin teruih?

kalau rasa mampu, kahwinlah.

antara rules yang kita kena overview..

  • tidak lari daripada matlamat
  • seluruh kehidupan mukmin adalah untuk beribadah
  • bersama Allah, dan mendirikan rumah tangga demi meraih redha dan cinta Allah
  • dakwah dan jihad tidak menjadi 'warga asing' dalam kehidupan berbaitul muslim
  • suasana ubudiah.
  • sentiasa mengejar syurga Allah
korang pun pernah dapat kan pesanan daripada ustazah2, or ibu bapa or sape2lah pendakwah ke etc, untuk bersedia, berdoa seawal mungkin supaya dijodohkan dengan orang yang soleh dan terbaik untuk diri kita :)

dalam pada berdoa, selitkan juga rasa keyakinan yang tinggi kepada Allah :)

[pesanan buat diri sendiri]

teringat satu hadis daripada Nabi junjungan S.A.W, "Apabila datang melamar kepadamu sesorang yang kamu redha akhlak dan agamanya, maka kahwinilah dia. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadi fitnah di atas muka bumi dan kerosakan yang luas."-hadis ni menjadi pegangan dan prinsip saya, sejak baca dalam buku Pemilik Cintaku.


Yantie juga berpesan, suruh saya mindset siap2. "bila anis nak kahwin?"

hehe. yantie yantie. soalan 'membunuh' :)


tiba-tiba, tengah berjalan pulang ke mahallah dengan kak Nazihah and Syida, dorang buka cerita pasal "ikhwah atau tidak?".

erk.

pernah, malah selalu saya khabarkan kat sahabat2 saya, masuknya saya ke dalam sistem tarbiyah, adalah bertujuan untuk mengaut ilmu serta sebagai pemberi peringatan. tak pernah terdetik dalam hati, untuk mencari 'calon' dalam sistem yang sama. serius.

cuma, pemikiran saya sedikit terbuka bila berbual dengan yantie, serta kak Nazihah and syida malam tadi.

selama ini, saya ingatkan, pemilihan calon berdasarkan ikhwah atau tidak, adalah tidak 'berapa' penting. rupanya....

"tak... yantie fikir sebab ini bakal jadi permaslahatan yantie.. mengenai dakwah.."

:')

serius lagi. saya tak pernah terfikir pun. saya ingatkan, sistem tarbiyah ini hanya melibatkan DIRI SAYA dan usrah. hal-hal dengan bakal suami atau suami itu tak perlu dikira. rupanya, bakal jadi permaslahatan jugak..!

"nanti kalau dah kahwin, kalau suami anis bukan dalam kalangan ikhwah atau orang yang biasa menyertai usrah, dia nak bagi anis pergi ke usrah2 camni lagi?"

betul jugak ek. kenapa selama ni tak pernah terfikir =.="

patutlah adanya khidmat baitul muslim ni. ada orang perantaraan bagai.

sesungguhnya sahabat2 saya ni lebih jauh pemikiran nya..

tiba-tiba hati saya menyimpul lagi satu syarat, atau sebagai requirements. tapi saya tak kisah dia dalam sistem tarbiyah yang sama atau jemaah lain.

*pak cik awan pun ikhwah*

atau yang lebih ringkas, dia mestilah tak kisah kalau saya join usrah mana2 ke kan? :D

lagi baik kalau seorang ikhwah, dalam sistem tarbiyah yang SAMA, pergh. insyaAllah. amin :) markah bonus akan diberi pada yang layak ;)


'ala kulli hal, masing2. saya sangat tidak kisah kalau orang nak bukak cerita dengan saya mengenai perkahwinan ni sebab saya dah ada hujah saya sendiri. tak loose, dan tak lah grip sangat berprinsip. saya sangat sederhana, dan berharap kekal sampai ke akad yang real nanti :D

saya pun tidak memandang rendah bagi mereka yang berkahwin awal. sudah bersedia, apa salahnya? hati lagi terjaga. tak payah susah2 nak jaga pandangan, sebab konfem korang takkan pandang yang lain bila dah ada yang 'halal' kan?

masing2. tepuk dada, tanya iman dan hati.

inspired by iman and qalb :)




siapalah bakal menerima sepasang baju raihan biru muda pujaan saya nih?



^_____^v


Monday, February 28, 2011

hatiku milikMu..




bismillahirrahmanirrahim.


tipikal kan tajuk entri tu? macam biasa tgk je kat semua poster :p
tapi apa-apa pun, itu antara wadah nak menarik minat pelajar ke talk2 or ta'alim. harapannya, berkesan :)


"Jauhi maksiat, bercouple@apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah bahawa kalian berdua amat berani menderhakai Allah. Dosa semalam pasti menjadi IGAUAN hari ni, esok dan selamanya.."-Ustaz Hasrizal.


nauzubillah. takutnya kalau dosa yang kita tanggung, di delay2 kan sampai kita meninggal. tak mahu.

oleh yang demikian, akak2 ICC 4th year Pmacy telah mengadakan taalim bertajuk seperti entri yang di atas, tadi. kat lecture hall KOP. speaker by my beloved akak naqibah, Kak Shima, medic 2nd year :)

1st, kita kena kenal dulu dengan manusia. siapakah mereka, apakah potensi mereka?

  • nafsu
  • akal
  • jasad
semua tu memainkan peranan penting dalam menentukan aspek dan hal keperibadian manusia. begitu juga dengan hati. ada 3 jenis hati, tanpa kita sedari.

  • qalbun mayyit [hati yang mati]
  • qalbun sahih [hati yang sihat]
  • qalbun maridh [hati yang sakit, bukan sakit hati]
boleh rujuk ayat 88 hingga 89 dari surah as-Syua'ara..


penting kan hati ni? betapa pentingnya kondisi hati kita, sampai setiap ta'alim kebanyakannya akan membincangkan perihal hati. hati manusia. kenapa? sebab dengan hati, akan menentukan tindak tanduk kita.

so, nampak bosan, tapi harapannya, tajuk kupasan pasal hati ni dapat mere-new dan muhasabah balik kondisi hati kita yang selalu gi kelas je nih. :)

ada banyak racun yang menyumbang kepada penyakit hati. contohnya banyak bicara, tak menjaga pandangan [sigh], banyak makan [sigh sigh], berkawan dengan teman yang tak berapa nak baik.

tapi tu lah, sunnatullah kan. Allah turunkan penyakit, mesti Dia turunkan penawar jugak. :)

sebab tu lah ada wording, Tazkiyatun Nafs.

derived from word za-ka-wa, yang bermaksud :-
  • membersihkan sesuatu yang kotor
  • untuk meningkatkan
antara tazkiyatun nafs yang Kak Shima cadangkan [dan seperti yang kita baca dan belajar] :-

  1. taubat dan istighfar
  2. solat
  3. puasa
  4. baca Quran dan maknanya
  5. perbanyakkan zikir
  6. muraqabah [takut buat salah]
  7. berteman dengan yang soleh/solehah
  8. sucikan hati [sedar diri kita sebagai penuntut ilmu, perlu hati yang suci lagi bersih]
Ibrahim bin Adham berkata, "...sesungguhnya kemaksiatan itu jauh dari orang yang lapar dan dekat dengan orang yang kenyang..".

bab kita sebagai penuntut ilmu, jangan sampai kita jadi istidraj. buatlah maksiat sebanyak mana, kejayaan tetap menimpa.
Allah tutup hati kita sepenuhnya! tak mahu!

:(

selain daripada menerapkan kesucian hati ketika belajar, hati yang bersih sangat penting untuk menguatkan semangat pemuda, dan izzah kepada agama.




semoga kita thabit ye. amin.


Sunday, February 27, 2011

terminal darul makmur.

bismillahirrahmanirrahim.


alhamdulillah, panjang jodoh saya dengan UIA Kuantan ni. wah. ayat.

mendebarkan jugak balik ke rumah, dan ke UIA kali ini. beli ticket on the spot dekat terminal Pekeliling, nasib baik ada tiket. Allah tu Maha Hafiz.

naik je bus, berdoa dalam hati supaya dipermudahkan urusan dan perjalanan. janganlah tetiba jantung ni berdegup laju pulak dalam bas ni. kat mana saya nak cari flat surface untuk baring. walhal masa mula-mula masuk bas, jantung dah rasa lain =.="


bertahan. ya Allah bagi aku ketahanan.

akhirnya sampai kuantan. laju rupanya bas Plusliner ni. hanya mengambil masa 3 jam. rasanya driver bawak steady pace je. hmm.

sampai je di terminal. subhanallah.

rasa asing sangat. boleh.

tiba-tiba rasa, saya lebih berani berseorangan dan terkial-kial nak balik di KL sentral atau perhentian Putra or Pekeliling, daripada stranded berseorangan di Terminal Darul Makmur ni.

dikelilingi oleh orang-orang yang semacam, lagak seorang psycho, cukup menyeramkan. tapi bila fikir balik, ini lah dunia kan?


yang paling menginsafkan, bila ada seorang pak cik, membuka satu tong sampah ke satu tong sampah yang lain, mencari tin2 kosong. :(

yang menjadi persoalan di benak, pak cik itu kelihatan sihat wal afiat. muka pun tidak kedutan yang melampau, masih jernih, petanda takde sakit kronik lagi. tapi itulah. dia lansung tidak mempedulikan mata2 yang memandang. hanya terus fokus dan fokus, mencari tin2 dalam tong sampah.

tiba-tiba terdetik dalam hati, "macam mana kalau aku tak pandai belajar? macam ni jugak ke nasib aku? suami aku ke?"

nauzubillah.


sementara tunggu wan atikah sampai, tiba-tiba kat depan saya ada seorang hamba Allah ni. lelaki. umur macam dah 40-an. berkaca mata. tercegat je berdekatan dengan saya, walaupun dia tak mengadap saya. but still, dekat. dan cuba mencari orang.

lama betul boleh.

=.="

macam psycho pun ada. dia asyik tengok perempuan je.

tak jauh dari dia, ada sekumpulan. lelaki jugak. lagak pakaian macam gengster mana entah. siap hisap rokok bagai. dengan rantai and skinny jeans, membuatkan hati ni tak sabar2 nak suruh wan pick up cepat.

itu belum lagi nak menjawab pertanyaan para pemandu teksi, "dik nak teksi?" tak habis2. tapi yang ni takpe, kita tahu dia nak cari rezeki. yang buat sakit hati ni yang berkeliaran tak memasal ni. adoi.

tangan kat jam tak habis ditengoknya.

banyak jugak kumpulan2 pelajar berbaju batik sekolah lalu depan saya. tengok punya tengok, ada tulis SBPIK kat baju batik warna biru tu. ouh, budak SBPI. :)

tiba-tiba terkenang waktu skolah dulu. balik dari overnight. penat kot. itupun ibu yang hantar. budak2 ni? balik sendiri. buat malu kat dorang je.


dalam pukul 530 petang macam tu, wan akhirnya sampai. saya tak kisah pun, ini dah cukup menyusahkan dia. dia dahla tak berapa sehat [sorry wan!] tapi disebabkan akak2 delivery tak reply dan tak boleh amek saya, maka, terpaksalah guna khidmat delivery wan :)

ouh kuantan. aku akan bersama dengan mu untuk 4 tahun akan datang. be nice with me ok :)








Friday, February 25, 2011

ni yang makin thabit nih.. :)



bismillahirrahmanirrahim.

subhanallah. alhamdulillah. Allahu akbar.

firstly, say deepest SORRY to Shazlenna Puteh for dissappointing her about those name appear on my YM. duh, sorry sorry sorry. seriously it WAS my fault. ok, deepest concern here. i'll treat you in Kuantan. insyaAllah :)


secondly, safely arrived at home. :)
after a musings day at Gombak, a night where i had a heavy meal before sleep. chit chat with UKS and HZA. with HZA's roomies. ouh semuanya sangat best.

ceritanya begini ye.

perjalanan Kuantan-KL [Gombak specifically] mengambil masa 2 jam. bertolak pukul 1 petang, dan alhamdulillah selamat sampai kat tol Gombak pukul 3 petang. hujan rahmat yang teramat lebat menyambut ketibaan kami kat situ. wah. ayat. :)

seronok Bushra yang teman perjalanan saya. seronok sampai Gombak. seronok sampai Selangor. meninggalkan negeri Pahang yang terchen-.

masuk je gate Gombak, excited tak hengat boleh. sangat rindu. last mai sini, November lepas. memorable *winks*

then, sebab hujan yang sangat lebat, tak tau nak stop kat mana. ingatkan HZA pergi kelas yang katanya sampai pukul 7 petang. then tawaf Gombak 2 kali, semata-mata nak cari parking, nak lepak mana-mana, before HZA or UKS habis kelas. sebab habaq kat dorang je yang saya mai Gombak. tiba-tiba tengah tawaf, SK mesej, cakap terjumpa orang sejibik macam saya. best2. she got instinct yang saya datang Gombak ke?

lepas tu call UKS. dia sedari tadi dok mesej kat mana kat mana. call2, dia suruh fetch dia kat Engine. ha sudah. kene tawaf sekali lagi sebab saya kat HS waktu tu. takpela, alang2 hantar dia balik bilik teruih.

jumpa UKS yang memang asyik connected kat FB je. teehee.

lepas tu, pusing sekali lagi, sebab nak ke IRK, nak drop Bushra yang nak jumpa kawan dia kat masjid. bagus anak mak. lepas drop Bush, terus g bilik UKS kat Mahallah Asiah. best kot. bilik besar.

hujan kat luar masih menderum. tak menunjukkan bukti yang kukuh nak berhenti.

then, story mory la dengan UKS. bukan mengumpat ye. masing2 meng-update cerita masing2, life masing2, kat dua kampus UIA yang berbeza. sama tapi tak serupa. itulah kami :)

then, tanya UKS pasal kawan-kawan lain, especially our beloved teammates, tapi UKS cakap dia jarang jumpa dorang. sobs. ok fine takpe. tapi.....

"aku jumpa FA! selalu jugak. hari tuh aku join Charity Works kat hospital selayang.. sekali dia perasan aku.. dah lama, baru perasan aku kat situ... etc etc etc etc" you know her bila dia dah bukak cerita :)

I can't help myself, I can't stop smiling. sangat.

saya sangat teruja mengenai HOSPITAL ye. everything about medical related thingies, memang menjadi minat saya. sebab harapan terbesar adalah end up kerja kat bahagian2 situ pun.

what do you expect bila orang buat charity works kat hospital? bahagian PAEDIATRIC pulak tuh? buat theatre kat budak-budak?

SUBHANALLAH ♥.

FA pulak tuh. ya Allah. *mengucap panjang*

ye, saya belittle dia before. saya cakap dia macam tak friendly dengan budak-budak, walaupun disangkal oleh teman baiknya sendiri. *wiping tears*

"FA baik. dia sangat baik. dia baik sangat. sangat-sangat baik... etc etc etc" ucap UKS. saya harap dia niat dia baik untuk cakap macam tu. well, macam mana dia ada instinct yang tau saya nak latest update pasal FA? :)

tak tau lah kan. itulah words yang keluar dari mulut dia. kalau betul, alhamdulillah. kalau salah, innalillah.

ok, lepas habis chatting dengan UKS, saya terus ke bilik HZA. dia tak pergi kelas sebab hujan yang amat lebat itu. itulah kekurangan Gombak, kalau lebat sikit je, students dia jarang gi kelas. hehe.

so, Bushra amik barang2 dia, then balik bersama kakak dia. then saya terus naik Mahallah Asma' terchen-. buka cerita sikit, bagi muqaddimah. lepas tu ke HS cafe yang kononnya nak makan roti nan and tandoori, tapi tak jual pulak hari tuh. takpelah. takde rezeki. saya end up makan roti telur dan HZA makan tosai. puas hati? balik bilik balik.

balik bilik, memang riuh sungguh la hai. dengan HMH, MAR and NAFMN lagi. mereka-mereka ni amat sporting and kelakar. HMH buat Shake Party dengan Coach Herbalife dia. habis satu bilik makan Herbalife. minum shake bagai. huhu.

saya pulak, dok baca notes MGT memandangkan nak exam minggu depan. wuhu. mereka2 dok explain pasal Herbalife kat targeted customers. ouh, macam2. biarkan mereka. kemudian, saya dan HZA hantar HMH dan coach dia ke stesen putra, sebab dorang nak g LCCT, nak ke Terengganu hari ni.

ok, move on to hari Jumaat ye.

pagi hari dimulakan dengan bismillah. target hari ni, nak jumpa SK. dan FA kalau boleh :)

kami mulakan dengan menapak ke Azman Hashim Complex. huhu. biasanya orang tau kot kenapa ke bangunan tersergam ni :)

lepas tu menapak kembali ke bahagian tengah masjid SHAS, dikenali dengan Student's Bazaar. ronda-ronda, dapat belikan sepasang jubah untuk ibu. sangat happy, impian termakbul, sempena gaji kerja sekejap kat UIA harituh. alhamdulillah.

kemudian, jam menunjukkan pukul 11 pagi. terus bergerak ke AIKOL. tau2 je la, bila gi AIKOL mestila jumpa SK. sekali dapat pakej jumpa NFMS sekali. tapi SRAB tak dapat join. kesian. dia ada kuiz. takpe dik.

tiba-tiba SK bukak topik pasal FA. again *sighs

saya buat muka biasa. buat muka tak ada apa-apa jadi. aduih. penat la dengar nama ni. agaknya dah takde nama lain kat UIA nih. =.="

[ceh, tadi suka, ni benci pulak. ouh, hati manusia.]

tak tahu kenapa SK galak bukak cerita pasal FA. ok fine tak kisah. tapi saya kisah bila HZA pelik je dengar kami usik2 pasal FA. woah. goosebumps.

bila nampak lain macam je, saya react macam KAKAK ok. HZA terus tanya saya nak jumpa FA ke? [takkan cakap tak?] saya kata boleh jugak. then dia suruh saya call FA sebab FA memang ajak jumpa semalam pun.

then call. ouh tidak. FA takde kat Kuliyyah ****************, dia kat bilik. ada test sekejap lagi. only available after 2pm. ok.

*muka redha takde rezeki*

keluar AIKOL, kami masuk library. *garu-garu kepala*

then kami adjourned kat library je.

masjid pun dah bergema dengan orang mengaji, menandakan panggilan untuk Friday prayers. saya dan HZA berlalu balik ke bilik.

lepas packing, saya terus ke bilik besties kat PJ, Farahin Latiff. alhamdulillah dapat jumpa dia. seronok sangat. saya rindu sangat2 kat dia. selalu teringat2. wah, macam orang bercinta. begitulah kuatnya ukhuwwah fillah.

"kalau kau ting toing kat kuantan, or having second thoughts, call la aku, ok?"

sweet la dear ♥ i will insyaAllah.

lepas tu terus berlepas ke rumah.

sweet sangat. masa berlalu amat pantas. fast pace life kat Gombak. semoga sahabat2 saya cemerlang kat bumi tu, amin.




jaga diri. jaga diri. jangan sampai kena fitnah. jangan hampiri perkara2 yang menimbulkan fitnah. kejar kejayaan. jalan luas terbentang di hadapan mata. brush up your abilities. kembali bermuhasabah about your disabilities. jaga hati. jaga hati. jihad lawan nafsu.

kalau begini lah hikmah yang terselit setelah bersabar selama 4 bulan, apakah agaknya hikmah yang Allah nak beri sekiranya saya bersabar untuk 4 tahun?


insyaAllah. thabit.




Wednesday, February 23, 2011

when HE gives me 'signals'..

bismillahirrahmanirrahim.


Allahu Allah. lama kot tak bukak blog. semua ELECTION punya pasal. server down. hmm.

dalam pada senyap tak berlagu, begitu juga lah senyapnya dunia saya sekejap. kembali bermuhasabah. kena bermuhasabah. especially bila result Molecular Biology diumumkan. =.="

what have you learnt for the mid semester.

minggu lepas amat amat amat PACKED. ok, saya akui semua kawan2 saya ada packed schedule masing-masing. tak perlu bertegang urat dengan saya, siapa lagi busy, kau atau aku? tak perlu. saya bagi awak kemenangan itu.

tapi, saya tetap nak cakap saya busy, untuk schedule saya. untuk jadual belajar saya. untuk kehidupan saya, untuk puaskan hati semua pihak. hmm.

mungkin juga kerana terlalu busy, si Dia bagi saya signs.

perlu saya maklumkan, Khamis malam Jumaat yang lepas, nenek saya telah mengharungi operation membuang darah beku di otaknya. kalut. tetiba je dapat berita dia masuk hospital, family saya di KL terus datang ke HTAA Kuantan.

saya pun pergi melawat keadaan beliau kat ICU. ternyata. teruk.

oleh disebabkan family di sini, so saya seperti bertanggungjawab untuk cater them. walaupun terang lagi bersuluh saya ada kelas MGT dengan Dr. Rin pada hari Sabtu itu.

penat.

balik dari kelas MGT pada pukul 630 ptg, terus ke bilik, solat asar, dan bergegas ke Jalan Gambut untuk dinner dengan family. usai solat Maghrib kat Masjid Negeri Pahang [masjid sultan rasanya], bergegas kembali dengan ibu dan adik dan mak cik, berjalan ke Kuantan Parade, amek gambar yang baru di cuci.

kemudian, ibu ajak ke pasar malam. ye, jalan kaki. 0.o

balik ke bilik hotel. penat. sangat exhausted. ya Allah, undescribeable.

itu satu petanda.

esoknya, hari Ahad, tengok keadaan nenek yang stabil sikit, family bercadang pulang kembali ke KL. selepas menghantar saya kembali ke Mahallah, mereka pulang. sekali lagi, kepenatan saya tak hilang. pelik. mula berkira-kira untuk study UNGS. isnin esoknya exam kot. ok.

tak ambil lunch. setelah berehat, saya kembali study UNGS. sambil minum drug, kafein.

drug addict. bukan saya.

kemudian saya berhenti sekejap untuk solat asar. ketika tahiyyat akhir, saya rasa 'semacam' . jantung saya berdebar. usai salam, saya terus berdoa, kepala berpinar sekejap.

ligthheadedness.








Allah.

dada menjadi ketat. fullness. towards the center. oh sesak nafas.

terus habiskan doa. bangun sekejap. shortness of breath.

bukak telekung, capai air mineral di meja study. saya kurang minum air hari tu. baru perasan.

duduk. minum air. seteguk dua.

tiba-tiba bahagian belakang saya seperti stiffness sekejap. Allah.

macam ada arousal. mungkin a rush blood to the head.

heart pounding. berdegup laju gila.

terus baring. Allah. saya capai tafsir Quran di sebelah, letak di dada. serious. saya kena tenangkan.

"nak mati ke?"

mulut saya terkumat kamit kalimah 'astaghfirullahal'azim'.

pejamkan mata. saya tiba-tiba ingat amalan saya. isy, cukup ke????????

tiba-tiba berkata, "ya Allah, bagi la aku can nak amek exam je esok..". itu pulak yang dipikirnya. tiba-tiba muka family yang baru balik KL tadi menerjah minda. alamak.... janganlah. menyusahkan dorang je nak datang KL balik. teringat muka kawan-kawan. Allah. ingat muka dia [surprisingly]. Allah. sedihnya. sad. sad. :'(

saya mula conclude sendiri. heart attack.




petang tu jumpa Farihin. cerita semua benda. dia kata ok je. tak tau lah. saya tak berani makan apa-apa pun. sorry sha. aku tak g dinner dgn kau. :'(

esoknya, hari Isnin, saya bertekad untuk ke health care center. tak kira.

alhamdulillah. Doktor kata situasi itu berlaku sebab oksigen tak cukup di kepala. dia pesan untuk tinggikan bahagian kaki, daripada kepala, ketika di perbaringan, kalau ianya terjadi sekali lagi.

happy nya! doktor kata heart rate saya normal. 80.

situasi ni juga berlaku ketika stress, penat yang teramat, dan kurang minum air. dan doktor juga habaq, saya terlalu muda untuk heart attack! :p

itulah signal Dia. Allah bagi hint. Allah.

saya terus buang stok kafeina kat bilik. tinggal air koko je.

ibu pesan banyak makan buah-buahan.

saya dah tak kedekut beli air mineral.

ya Allah, peringatan yang sangat sangat sangat mengubah saya! saya tak nak gamble hidup saya sebab benda2 remeh macam penyakit ni.

dan yang paling penting.

saya SAYANG JANTUNG SAYA.

saya nak berbakti lagi. saya tak habis berbakti lagi kat dunia nih.

"akak jaga kesihatan kak. akak kene fikir akak muda lagi. kata nak kahwin, nak ada anak. jaga kesihatan. JANGAN MINUM KOPI LAGI!" kata ibu, menyusup dalam hati.




saya doakan rakan-rakan saya juga. korang, jaga kesihatan. take care.



kesihatan ialah nikmat Allah. :)


Friday, February 18, 2011

pilihan raya?

bismillahirrahmanirrahim.

ehem. yep, I meant it :)

22 February akan menyaksikan pilihanraya kecil buat pertama kalinya dalam hidup saya. wah, pilihanraya kampus, pastu bulan March nanti pilihanraya betul pula. bak kata Hafs, "sebagai persediaan sebelum pergi mengundi yang betul2.." hehe. seryes betul.

tapi kat kampus Kuantan ni, tak semenggah pulak perang poster nye. bukan sekadar perang poster, tapi aktiviti2 calon-turun-padang bagai. kalau kat Gombak, siap buat page sendiri kat FB, tekan LIKE untuk vote bagai. tapi kuantan? calon-calonnya hanya letak sebagai gambar profile, dan mengharapkan orang ramai untuk tengok dan baca ke? itupun kalau dorang bersahabat dengan calon itu. kalau tak?

padahal PRK tu minggu depan? hurm.

saya pun tak paham nape situasi macam ni berlaku. mungkin ada orang kat luar sana nak explain? tafadhaal.

saya dah LIKE satu page. calon dari KENMS. sebab calon kuantan takde. =.="


suasana kat Kuantan pun macam 'relax' je. English proficiency test pun buat dengan amannya kat KOM. sunyi. macam pilih untuk presiden amerika pulak.

saya dah boleh bayang, kalau kat gombak, mesti buat kat expressive corner. tengah2 dunia, tempat yang semua orang sangat POSSIBLE nak lalu dan tengok. haha. pelik bin ajaib.

mari sama-sama saksikan 22/2 nanti. kita tengok hingaq tak hingaq kuantan nanti. :)





p/s : dah tau nak undi sape. *winks*

Monday, February 14, 2011

bersaudara~

bismillahirrahmanirrahim.


kita selalu dengar yang umat Islam itu bersaudara kan?

tapi, kita apply tak? hmm.

kita selalu cakap, "Ukhuwwah fillah, abadan abadaa" siap,

but do we meant it?


hehe. provokasi semata. semua soalan tu ditujukan untuk penaip ni sendiri. tapi saja UMUMkan, mana lah tau kot-kot anda pun terfikir benda yang sama :) no heart feeling.

maksud Ukhuwwah dari as-Syahid Hassan al-Banna : "hati-hati dan ruh2 yang terikat dengan ikatan aqidah ( Titik homofili dalam aqidah Islamiah)".

begitulah. hebatnya penangan ukhuwwah kan, hati dan ruh yang terikat kepada satu matlamat yang sama, kesempurnaan iman dalam mencapai mardhotillah (redha Allah) kan.

peh.

tiba2 timbul tajuk ni, sebab last week, antara minggu yang saya rasakan, nikmat ukhuwwah itu hebat. bayangkan kalau kita hidup sehari-seharian tanpa kawan? wehh.

tapi yang paling touching kan, semalam.

hari ni 14 februari, kira lebih 2 bulan genap saya kat UIAM Kuantan ni. kira saya dah tinggal di bilik yang baru ni pn dalam jangkamasa yang sama. dalam bilik saya ni, ada 4 compartment. dua orang kos Biomedic dan lagi dua, senior 3rd year amik kos Dietician.

kira, saya diapit oleh dua2 senior tersebut.

tapi saya agak malu dengan senior dua orang ni. yang sorang ni okay. peramah, murah senyuman sume. comel pulak tuh. ada kesempatan, kami bertegur. walaupun kesempatan itu amat jarang :|

tapi yang sorang lagi. kira sejak saya pindah ke bilik itu, macam sekali dua je kot bertegur. bukan tak nak tegur, saya dah puas senyum dah, bagi initiation awal petanda nak berbual atau atleast bertegur sapa, tapi dia tak bagi sebarang reaksi. tapi selalu je saya dia tegur sorang lagi senior tu.

bayangkan, dua bulan kot. padahal kompartment kami bersebelahan.

banyak kali juga, kami tinggal berdua dalam bilik, tapi masing2 buat hal masing2. takde sebarang perbualan berlansung.

pernah jugak terfikir, dia tak suka kat aku ke? tapi waktu mula2 masuk bilik tu dulu, dia lah orang pertama yang saya jumpa. ok je. maybe dia sorang yang pemalu. dan dia jugak busy orangnya.

bayangkan, punyalah jarang bercakap, sampai nama dia pun saya tak tau sangat. tau nama panggilan je. teruk tak saya? :|

sekali, nak dijadikan cerita. lepas mid break hari tu, ada satu nekad di hati, walau apa pun yg jadi, saya nak initiate jugak, tegur dulu, walaupun dia wat tak layan je. lantaklah. saya dah puas senyap dalam bilik nih.

tapi, baru 1st week start half sem, dia dah pergi course kat Terengganu. halamak.

semalam, maghrib, dia dan sorang lagi senior baru tiba dari Terengganu. dan tak semena-mena, tinggal kami berdua dalam bilik sekali lagi.

sedang tangan ni betulkan headset, sambil nak lipat baju,

"Anis.. nak keropok lekor tak? meh la ambik, akak beli banyak nih.."

wehhhhhhh :')

waktu tu kan, rasa terharu bagai nak luruh jantung kot. saya dah tersengih2. excited! walaupun perut kenyang, baru makan nasi putih dan tom yam utk dinner, tapi demi pelawaan untuk mengeratkan ukhuwah, saya pergi jugak ke compartment dia amik keropok lekor. peh, lepas tu terus mintak nombor telefon.

serius terharu. terharu sangat sangat :')

betul lah, niat baik selama ni, Allah kabulkan, on the spot! dan akak tu pun baik sebenarnya, cuma takde ape nak initiate perbualan antara kami. dia pun busy buat projek untuk course dia selama ni. tapi alhamdulillah, keropok lekor pengikat kami. :)



lepas ni, mudahlah kalau saya nak mulakan perbualan dengan dia. suka2! ^_^


one in a million ♥

^_________________^







dah. tak perlu sangat nak fikir lain. [poyo, hang je pikiaq lain].
saya tahu hari ni hari kekasih seluruh dunia. hehe. ampa celebrate ka? dak aihh. mana buleh. kita nak celebrate pasai St. Valentine pasepa pulak. kenai pun dak. nak sayang pasepa.

ok, takde motif tetiba nak kecek Kedah. dan juga tiada MOTIF antara kekasih+Valentine+Kedah ye! *winks*


semenjak dua menjak ni, kat hp asyik lagu One in A Million je. dendangan Ne-Yo. saya antara peminat dia la dulu. suara dia, heh. paling best, lagu Miss Independent :)

kenapa minat dia? ouh, sebab rentak R&B dan Soul macam yang diperjuangkan Ne-Yo dan click nya, Usher, antara yang mendapat sambutan kat telinga ni. so, benda2 yang dah sebati ni, kalau nak tinggalkan memanglah. amat. susah. :)

tapi insyaAllah, nasyid masih mendominasi playlist saya. lagu One in a Million ni antara lagu kat dalamnya. so, boleh kira lah. ok AAK. :p

ouh, pertama sebab rentak. keduanya sebab mesej yang disampaikan sendiri. kalau anda2 perasan, lagu2 Ne-Yo banyak menjurus ke arah memuji perempuan yang INDEPENDENT. wehh. serius kot. mungkin spouse dia independent habis. :D

e.g lagu OIAM ni, walaupun tajuk dia camtuh, still, dia puji habis tak hengat perempuan yang independent atau INDIE nih. bukan genre INDIE tu tau, independent in real life.

so, sebenarnya, saya suka nak tujukan lagu ni kepada insan-insan yang hebat dan saya SAYANG. tapi, 'ala kulli hal, saya rasa ibu saya paling layak untuk lagu ni kot. *sweet2*

gambar di atas adalah ibu saya dan mak cik saya. antara orang paling veteran {tapi ayah saya lagi veteran, but mak cik MORE more veteran} dalam isi rumah.

kenapa mak saya {or ibu, saya panggil ibu}? bukan sebab birthday dia hari ni. dan jugak bukan sebab valentine, tapi ibu saya antara orang yang paling INDEPENDENT yang saya kenal.

:')



punyalah sayang nya saya kat ibu saya, dia berhajat nak pergi ke Melbourne suatu hari nanti. insyaAllah, kalau rezeki saya atau saya dan suami {:)} mengizinkan, saya akan bawak dia, insyaAllah. ^__^

kenapa saya cakap dia independent, sebab dia tak harapkan lansung sebarang pertolongan dari ayah saya. bukan lansunglah, tapi, most of the house chores akan di buatnya sendiri. plus, ayah saya pun seorang yang komited terlebih, so dia pun jarang ada kat rumah. so most of the time, ibu saya takkan harapkan lansung any types of help from my dad. dan most of the time jugak, dia lah ibu dan dia lah ayah.

selalu jugak saya dengar perihal ibu dan ayah kawan2 saya, macam so sweet lah, saling bantu membantu lah. tapi saya tak. bukanlah nak cakap saya renggang dengan ayah saya, tapi saya memang terlebih rapat dengan ibu saya. kiranya kat dunia nih, ibu dan adik perempuan saya adalah yang paling rapat dengan saya, yang tahu dan kenali saya, luar dan dalam. ha. begitulah. :)

oleh yang demikian, sebagai anak sulung, saya selalu rasa terpanggil untuk stay je kat rumah, instead of pergi kerja, ketika cuti2 yang panjang e.g lepas SPM, intersem dsb. sebab ibu sangat sangat sangat sangat memerlukan saya kot. dahlah kami takde maid. so, memang saya kena komited sikit untuk tolong dia.

since umur 8 tahun, saya dah di ajar untuk tolong ibu, mana yang patut. saya tahu kawan-kawan lain pun mesti buat perkara yang sama, entah2 lagi muda dari itu kan? tapi ini perihal saya, so sejak sekolah rendah dah diajar itu ini. bayangkan kemas rumah? siapa la nak kemas rumah tatkala kawan2 seumur lain dok sibuk main kat luar rumah. lepas tu iron baju. nasib baik yang bersekolah masa saya primary hanyalah saya dan adik perempuan, di suruhnya saya iron baju kedua-duanya. kadang campur baju ayah sekali. haihh.

kat dapur jangan cakaplah. pantang ke dapur, mesti diajaknya saya sekali. ayat famous dia mesti, "kena mula dari sekarang, nanti dah besar nak kahwin, takdelah mak mertua marah!". pulak. umur 8 tahun cakap macam tu.

waktu2 camtu memang rasa tak puas hati tu mencanak kot. kalau fikir2 balik, berdosanya aku. ye lah, adik duduk depan tengok t.v, kita lah yang busy dengan ibu. hurm.

tapi bila fikir2 balik, ya Allah, bagus gila cara ibu tarbiyah camtu. memang sekarang ni, susah kot nak tengok even the slightest thing, orang mengemas rumah. saya tak cakaplah saya ni perfect atas tarbiyah ibu, cuma saya dah nampak implikasi kalau tak melentur buluh biar dari rebung. :)




itu baru satu. kadang-kadang dia marah kalau saya tak buat apa yang di suruh. dan dia sangat marah kalau saya BERTANGGUH. peh. carik lah pasal. kalau saya kata "kejap2", memang dia kata," kejap tu bila?". waktu tu, kalau tak terasa, memang tak normal lah kan. tapi kalau saya fikir balik, cuba kalau orang buat macam tu kat kau, marah tak? aah kan. memang lah marah. kena2 pulak, benda yang di suruh buat tu bukan suka-suka, tapi untuk kebaikan kita jugak.

itu waktu dia muda-muda. makin berumur, makin sporting pulak mak saya nih. tapi still, kalau bertangguh jugak, dia takkan harapkan saya dah. dia kata, "ibu malas nak suruh banyak kali..". so, kita tau lah dia tengah terasa dengan kita.

saya ingat lagi, masa form 4. saya dapat kemasukan ke SBP. masa tu, Tuhan je yang tahu betapa happy nya saya! tanpa mengetahui realiti kehidupan di SBP. ibu antara orang yang paling happy dan bangga lah time tu. dia beriya-iya suruh saya masuk. takde sebarang bantahan, semuanya "YES!".

tapi, result SPM saya? pheww. ibu kecewa kot saya tak dapat straight.

tapi dia tunjukkan kekecewaan tu. tapi terus memberi semangat baru untuk saya since dapat masuk UIA.

:'(



ibu memang full time house wife. dan alhamdulillah dia menjaga rumah dan isi rumah dengan baik. dia selalu tanya kat anak-anak dia, "ibu ni dah bagi yang terbaik ke?". kami mesti senyap. pastu cakap," mestilah...". saya pun tak tau lah nak jawab macam mana kadang2.

semua warisi sifat ayah, malu untuk menunjukkan sayang :|

dan dan, ibu yang paling penyabar lah yang saya paling kenal. ya Allah, saya tak jumpa lagi orang yang paling sabar dengan kerenah ayah dan adik beradik, selain daripada ibu. mungkin kerana ibu yang melahirkan, membesarkan, tapi bersyukur sangat tak dapat ibu yang hot tempered. mungkin sesuai lah dengan jodoh dia kot :')

sedang belajar jauh-jauh ni, walaupun bukan oversea, rasa rindu tu membara seyh. especially bila saya sakit :'(
terkenang pulak ibu yang sanggup bersengkang mata jaga saya sepanjang malam time kene denggi dan chikugunyah dulu. sobs.

kalau nak describe, kalau saya buat special blog untuk ibu pun tak habis. so, sila hayati lirik one in a million ni. walaupun zillion pun tak mungkin tercapai :'(




Girl you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this

You're not a regular girl
You don't give a damn about your look
Talking about I can't do it for you
But you can do it for yourself
Even though that ain't so
Baby cause my dough don't know how to end
But that independent thing I'm with it
All we do is win..




sayang ibu :)

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...