Thursday, June 21, 2012

514. Gift.






1 Message Received.




"Tika ku baca firmanNya, "Sungguh tiap mukmin bersaudara..", aku makin tahu persaudaraan tak perlu dirisaukan. Kerana saat ikatan melemah, saat keakraban merapuh, saat salam terasa menyakitkan, saat kebersamaan serasa menyiksakan, saat kebaikan justeru melukai, aku tahu, yang rombeng itu bukan ukhuwwah kita, hanya iman-iman kita yang sedang sakit, atau mengerdil. Mungkin kedua-duanya, mungkin kau saja, tentu terlebih sering...



..imanku-lah yang compang camping.."


A good friend is indeed a gift, from Allah :)

Thanks for being ones.

Wednesday, June 13, 2012

513. Senyum-lah.



Cuti kali ni, saya 'diserang' oleh soalan-soalan tentang penyakit oleh mak saudara dan emak saya sendiri.


Woah.


Saya kira macam 'praktikal' la kan. Dah satu semester belajar teori, inilah masanya saya 'diuji', selain ketika musim exam.


Yup, saya bukan budak medic pun. Tapi kebetulan, soalan-soalan yang ditanya mak cik saya di Skudai baru-baru ini, saya belajar dalam Medical Microbiology baru-baru ni.


Dan yang TAK bestnya, boleh pulak saya terkial-kial waktu menjawab pertanyaannya tu!


*air mata laju*


Waktu tu baru sedar, "Berkat tak ilmu belajar tu? Belajar sebab apa?"


Nauzubillah. Semoga apa yang saya belajar, kekal dan melekat dalam akal.


Herpes simplex


Nak tau something? Bacteria adalah punca utama manusia diserang penyakit. Kiranya wasilah utama selalunya via spreading of bacteria. And, VIRUS comes at second place. al-kebetulan sewaktu pulang ke Johor baru-baru ni, mak cik saya diserang Herpes Simplex ni. 


Herpes simplex ni disebabkan oleh virus Herpex-Simplex type 1 (HSV-1)


Apa symptomnya? Dengan kewujudan painful blisters, selalunya area mulut dan bibir. Tapi kalau dah ke tempat lain, area genital ke,  boleh jadi (HSV-2) atau genital herpes. 


Tak mampu untuk saya upload kan gambar blisters tu. Sakit kot. Sebab macam bernanah T.T


Sebenarnya, ubat penyakit ni macam krim acyclovir, famciclovir je. Over the counter je kot.


Tapi penyakit ni susah sikit nak hilang kalau kita ada weak immuned system. And ini terjadi kepada mak cik saya, dia ada kencing manis, so sebab tu lah susah nak baik. Kot.




Bell's palsy


Atau kelumpuhan wajah. Sebenarnya ini ada berkaitan dengan tajuk dan gambar di awal entry kat atas :D


Baca majalah Harmoni terbaru yang ada gambar Ally dan isterinya Farah Lee. Tapi bukan ini isu utama nya. Tapi ada dua page tentang seorang gadis yang menghidap penyakit lumpuh wajah. Sebenarnya tak dapat cari the exact name for that particular disease, bila saya tanya Sheikh Google, keluar nama penyakit ni. Bell's Palsy. hmm.


Bila baca pasal gadis tu, usai Subuh tadi, rasa macam bersyukur sangat. Sebab penyakit ni menyebabkan wajah seseorang tak boleh buat any expressions. Marah, sedih, suka, gembira, semuanya tak boleh. Macam tegang je. Mata pun tak boleh buka dan tutup.


Allah :'(


Di situ dapat satu ibrah untuk diri sendiri, dan mereka yang nak sekali, dengan wajah cantik gorjes dan kacak suave yang Allah bagi ni [bukan saya, tapi kamu-kamu yang membaca], masihkah ada alasan untuk kita tak senyum?


Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)



Senyumlah wahai ukhti yang ayu!


............................................................................................................
Azam tahun ni. Nak senyum lebih. Sebab 1st impression orang selalunya mengatakan saya sombong.

Tak kenal maka tak cinta hey! :P

512. Kebergantungan.



Saya sangat percaya, in order for our du'as to be fulfilled, kita mesti sangat yakin yang Allah S.W.T akan memakbulkan doa kita. Regardless cepat atau lambat pemakbulan doa kita tu.


:)


Sama seperti sifir untuk kita membina impian, dreams. Kita mesti yakin yang impian kita tu bakal terlaksana dan menjadi realiti, dengan sentiasa bertindak seolah-olah mimpi itu bakal atau sudah terlaksana di depan mata. Dan definisi yakin di sini bukanlah over-confident. 


Tetapi sekadar untuk berfikiran positif :) 
Peribadi yang positif, akan menarik segala aura yang positif di sekelilingnya. Optimis.


Di sini juga, wujud agenda 'kebergantungan' sepenuhnya kepada Allah :) 
Konsep tawakkal juga perlu di'apply' kan di sini.


Tapi, logikkah tawakkal tanpa usaha sepenuhnya?


Misalnya, tak study subjek Pathology habis-habisan, alih-alih bertawakkal sahaja ke exam hall. Wajarkah?


Semakin mengemudi kehidupan, baru saya sedar yang konsep kebergantungan dan tawakkal ni hanya valid bila kita sudah habis-habisan dengan jerih, berusaha. 


Kita sudah habis study subjek Pathology. Dengan itu berjalan ke exam hall dengan tawakkal dan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah.


Yakinlah, dan jangan lupa berdoa! ^_^






...........................................................................................................
Peristiwa sign minyak petrol kereta sudah berkelip-kelip tatkala memandu pulang dari Kuantan ke KL, tiba-tiba boleh pulak jammed dengan kereta bergerak agak slow di kawasan Bukit Tinggi dan akhirnya saya baru tau kewujudan stesen minyak di kawasan Bukit Tinggi. Alhamdulillah, bergantunglah kepada Allah kawan-kawan! Yakinlah!

Monday, June 4, 2012

511. Semoga.





Seorang ‘aku’. Tengahari. Di sebuah kedai makanan cepat.

Sambil menghabiskan baki seketul ayam goreng, menoleh ke kiri dan kanan.

Pemandangan yang ‘biasa’. Kiri, kanan, belakang. Pasti ada yang berdua.

Terlihat sekumpulan anak remaja, belasan tahun gamaknya. Menikmati ayam goreng, sama seperti aku.
Dalam kumpulan itu, ada sepasang yang berpasangan.
Menikmati dunia mereka sendiri. Gelak penuh manis. Tidak menghiraukan ‘aku’ yang keseorangan di meja sebelah sini.

Di meja yang paling dekat, juga berpasangan. Belia juga, melihat pada rupanya.

Senyap. Hampir tidak menuturkan sebarang kata. Atau, aku yang tidak terdengar kata-kata mereka?

Aku tunduk. Berharap, sambil senyum seorang diri.


Aku berdoa dengan diam, dalam hati.

“Semoga bakal suamiku tidak bersuka-sukaan dengan bukan mahramnya yang lain, pada waktu ini.”

“Jadikanlah dia seperti diriku, ingin menjaga dan terus menjaga, dengan izinNya, sampai waktunya tiba nanti.”

Tapi.

“Kalau mungkin dia sedang bersuka-sukaan pada waktu ini atau terdahulu. Jika dia punya masa lalu yang sebegitu, Engkau usaplah hatinya supaya mendekatkan diri kepadaMu. Terimalah taubatnya, dengan sebaik-baik taubat. Jadikanlah dia seorang bakal imamku yang soleh.”

“Sesungguhnya aku hanyalah insan kerdil, yang hina, yang juga tidak dapat membimbing diriku, apatah lagi dirinya, tanpa izinMu. Aku juga tidak mahu menjadi hambaMu yang menzalimi diriku sendiri, dengan menzalimi orang lain.”


Semoga yang terbaik menjadi milik kita.
Ameen.


.......................................................................................................


"Bagaimana kau mahu yang soleh dan solehah sebagai pendamping, sekiranya diri sendiri tidak kau jaga dan nafsu pun kau tak sekat?"


"Bukan enggan, juga tidak memusuhi fitrah. Tapi cuba memahami dengan kata-kata, "Cintaku tidak semurah dosa."

Tak fikir. Tak juga melupakan. Cuma terlintas.
-Monolog seorang 'aku'.

510. Tuntas.

Alhamdulillah. Habis sudah final exam untuk semester ni :)


Result? Kita serahkan padaNya. Do the best, leave the rest to Him~


Menghitung detik nak pulang. Kosongkan fikiran? Oh tidak, ilmu jangan 'berlari keluar'! Stay je dalam memori sampai bila-bila. Nanti saya perlukan awak juga, tahu!


Kepada yang masih 'diuji', sila tabahkan hati :)


Cuti panjang bakal menjengah. Suka.


Banyak perkara saya pelajari semester ni. Sangat banyak. Sangat mematangkan, dan bernilai untuk kehidupan masa hadapan, insyaAllah.










'ilal liqa' UIA. see you in 3 weeks time :)






..............................................................................................


P.S Suka sangat semester ni. Semester 'dewasa'. Bak kata ukhty SS, kami banyak berjumpa tokoh kot sem ni. Inspired habislaa~
Suka sangat subjek-subjek sem ni. Lecturernya. Oh maii, saya bakal rindu. T.T


Decision making pun makin mantop. Kita tunggu dan lihat decision apa yang bakal dibuat pada semester depan. Mungkinkah lagi 'mantap' dan penting?


Senyum.

Friday, June 1, 2012

509. "Teman daerah tinggi!"

Ana abdullahi walan yudhi’ani – aku hamba Allah, DIA tidak akan mengecewakanku!”

~Sintesis dari Khutbah Jumaat hari ini :SAKARATUL MAUT~

Apa lagi yang boleh menggugat kebahagiaan seseorang manusia yang lebih hebat daripada kematian? Kemiskinan, kesakitan, celaan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup adalah kecil berbanding kematian. Kematian adalah “pemutus” segala kebahagiaan. Sama ada, kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayangi. Atau kita sendiri meninggalkan mereka. Saat itu, adalah saat yang paling derita.Jika kematian dikatakan boleh mencabut kebahagiaan, belajarlah daripada Rasulullah SAW. Baginda telah menghadapi kematian orang yang tersayang secara berturut-turut sepanjang hidupnya. Bermula dari alam rahim, baginda telah ditinggalkan oleh ayahnya Abdullah. Enam tahun kemudian, ibunya Aminah meninggal dunia. Tidak lama kemudian, semasa masih dahagakan kasih-sayang, datuknya Abdul Mutalib pula pergi buat selamanya. Tinggallah dia dalam pemeliharaan ayah saudaranya, Abu Talib.

Ketika masih perlukan perlindungan Abu Talib, Rasulullah SAW ditinggalkan lagi. Abu Talib meninggal dunia ketika keislaman begitu didambakan. Tinggallah Rasulullah SAW dengan kekasih hatinya, Khadijah. Namun, tidak berapa lama Khadijah pula mengikut jejak bapa saudaranya. Lalu tahun itu dinamakan tahun kesedihan.

Baginda diberi enam orang anak lelaki yang meninggal semuanya sewaktu kecil. Anak-anak yang ketiga dan keempat, meninggal dahulu di hadapan matanya. Alangkah rindunya untuk mendapat cahaya mata lagi, lalu Rasulullah SAW dikurniakan anak lelaki, Ibrahim. Kebetulan rupanya amat mirip dengan baginda. Tetapi Ibrahim juga meninggal dunia ketika sarat menyusu.

Lalu ditumpukan kasih sayangnya kepada cucundanya Hasan dan Husin. Sangat dimanjakan, sehingga pernah sujudnya sedemikian lama hanya untuk memberi waktu agar cucunya turun dari belakangnya. Namun, dari ilham Ilahi, baginda telah tahu bahawa ada peristiwa besar bakal menimpa keduanya. Baginda hanya memberitahu salah seorang daripadanya bakal mendamaikan perselisihan besar. Dipendamkannya tragedi pembunuhan yang bakal dihadapi oleh Husin di Karbala.

Begitulah Rasulullah menghadapi saat perginya orang yang tersayang. Lalu bagaimana pula keperibadiannya ketika baginda sendiri pergi meninggalkan orang yang tersayang? Sejarah menceritakan bagaimana ketika baginda terbaring di hamparan yang telah tua, berselimutkan kain kasar manakala minyak pelita lampu rumahnya hampir kehabisan… ketika itulah baginda menyebut, “rafiqil a’la, rafiqil a’la – teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi!”

Dalam “kamus” kehidupan para muqarabin (orang yang hampir dengan Allah), tercatatlah ungkapan bahawa mati itu adalah syarat menemui cinta. Ya, begitu rindunya baginda untuk bertemu Allah – cinta hakiki dan sejatinya. Itulah teman daerah tinggi yang sangat dirindunya. Perginya dengan tenang walaupun demam panas yang dihidapinya dua kali ganda yang dialami manusia biasa.

Namun begitu, di saat sakarat yang begitu hebat, masih sempat baginda berpesan tentang solat. Untuk siapa? Siapa lagi kalau bukan untuk kita… umat yang akan ditinggalkannya.

Ketika segala tragedi dan ujian menimpa, Rasulullah SAW tetap bahagia. Bahagia inilah yang digambarkan oleh pembantunya, Anas bin Malik dengan pengisahannya:
“Aku telah menjadi khadam Rasulullah SAW 10 tahun lamanya. Maka tidak pernah baginda berkata atas apa yang aku kerjakan: “Mengapa engkau kerjakan?” Tidak pernah pula baginda berkata atas apa yang aku tidak kerjakan: “Mengapa engkau tidak kerjakan?” Tidak pernah baginda berkata pada barang yang ada: “Mengapa ada pula barang ini?” Tidak pernah baginda berkata pada barang yang tidak ada:”Alangkah baiknya kalau barang itu ada.” Kalau terjadi perselisihan antara aku dengan ahli keluarganya, baginda akan berkata kepada keluarganya: “Biarlah, kerana apa yang ditakdirkan Allah mesti terjadi!”

Inilah bahagia yang
dialami oleh Rasulullah SAW. Tulisan ini cuba mencungkil sekelumit rahsia kebahagiaan yang hakiki itu. Mudah-mudahan kita akan dapat menghayati kunci kata di sebalik model insan yang paling bahagia ini. Kunci kata itu tepat dan padat.

Ana abdullahi walan yudhi’ani – aku hamba Allah, DIA tidak akan mengecewakanku!”

CUKUP KEMATIAN SEBAGAI PERINGATAN!

Doa akhir Tuan Imam Masjid meruntuhkan sebuah keegoan dalam diri untuk mengingati mati selalu.Mengetuk pintu kesedaran.

Terlalu lama hati tidak menangis kerana mengingati sebuah kematian.

ALLAH..ALLAH.. :'(

Mati yg bisa datang bila bila masa.

''Setiap yang hidup akan menghadapi mati.''







...........................................................................................................................................................
Kopi pasta dari seorang adik. 
Peringatan terbaik untuk hari barakah ni. 1 Jun 2012.
Semoga Allah redha.


Wednesday, May 30, 2012

508. Malu sendiri.

Assalamualaikum :)


Lately ni kehidupan sering dipertemukan/di'kebetulan'kan dengan bertemu/berkenalan/mengenali orang-orang yang hebat.

Yup, cukup hebat.

Kalau tak kerana pencapaian mereka, kerana attitude mereka. Atau pun kerana human sense mereka. Tapi mostly sebab pencapaian. 

Yang buat saya rasa, oh, malu sendiri. T.T

Bukan malu yang negatif tu, bukan. Tapi malu sebab saya tak tau apa lakaran saya kat dunia buat masa ni.

Masuk t.v? Tidak. Memberi taujih? Tidak juga. Membuat public speaking di pentas Harvard? Jauh sekali.



22 tahun. Sejauh mana saya bermanfaat? T.T






"Kawan dengan semua orang. Bersahabat dengan sahabat yang 'membina' sahaja. Agak-agak meruntuhkan, faham-fahamlah kena buat apa."




.........................................................................................................
Pagi 30 Mei 2012


Sarapan di gerai roti canai. Seorang hamba Allah berbaju oren melintasi.


"Aku kenal orang tu. Dia baik gila weh. Dia suka memasak. Dia selalu tolong mak dia. Dia orang Kedah. Dia bla bla bla bla....."- A.


Saya tak suka kebetulan ni. Serius.

Tuesday, May 29, 2012

507. Quickest rant.




Pertama kali post entry before exam petang ni. Berani betul :O

Sepatutnya 'khusyuk' menghafal Parasitology, sebab subjek ni agak 'berat', dan markah mid sem saya yang 'tidak berapa lawa' untuk dipandang.

Saya akan cuba. I'll try. 

"Usaha takkan pernah tamat selagi kaki tak menjejak exam hall.."


"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

Ameen.



-------------------------------------------------------------------------------

Teringat pesan Syeikh Jum'ah Amin. 
Dakwah=Study
Ingat tu, Anis.

Sunday, May 27, 2012

506. Letting go.

"If you love something let it go. If it comes back its yours, if it doesnt, it never was."
(:


................................................................................................................

Maafkan. Walaupun "Sorry seems to be the hardest word."
:)







Dalam banyak-banyak benda, hat ni juga saya nak post -__-


[walaupun dalam musim imtihan. eh, life must go on as usual ok. makan, tidur, beribadah, solat, basuh baju, sapu bilik.. nah, sama je. yang tak sama adalah, kita TAK PERGI KELAS]


Ok. :D


Saya rasa nak buat tambahan kat quote atas tu.


"........if it doesn't, it never was. And you know where you stand."


Dan selamanya, saya akan setuju dengan quote kat atas ni :) 


Terfikir juga logiknya quote tu, kenapa nak kena 'let go', walhal kita suka kot? Kenapa tak 'holding on' je. 


Sebabnya mudah. Segalanya kat dunia ni, bukan hak MUTLAK kita.


Hari tu, usha-usha Tumblr [relaxing part of a day, everyday :P], jumpa poem ni [poem ke?]




Setelah kematian Laila



“dan Kau ambil Laila daripadaku
hanya untuk mendekatkan aku pada-Mu
supaya dapat aku sedari
betapa kasih-Mu adalah lebih besar
dari segala-galanya
Kau jadikan cinta kami sementara
supaya dapat aku fahami
hanya cinta-Mu yang kekal abadi.”

- Qaisy



nampak sangat kopi pes eh? :D


Inilah sebabnya. Dalam bahasa yang puitis, macam syair kat atas ni. Tapi entry saya ni bukan sebenar-benar berkaitan hati dan perasaan macam Qaisy ni. Semuanya, lebih dari itu.


Sebab kita tend to hold on dengan benda/perkara yang kita suka dan sayang. Selalunya terlupa, betul dan benarkah ianya milik kita sepenuhnya?


Bila kita terlalu memuja dan menyayangi, lalu bila kehilangan, konfem akan ada perubahan melanda diri kita, kan? Waktu tu, takut-takut kita mula membenci, dengan kadar yang TAK sepatutnya. 


Walhal kita sepatutnya sedar, yang semuanya bukan milik kita. Kita ni, pinjam je. Even diri kita ni pun :[


Bak kata Qaisy kat syair kat atas ni, dia sedar yang Allah 'tarik' Laila daripada dia sebagai pemberitahuan yang Dia lebih layak dipuja, dikasihi daripada ciptaanNya.


See? Allah bagi hint tu. Dan dia sedar perkara tu.


So, bersederhanalah dalam menyukai benda-benda duniawi nih. <------ peringatan untuk diri sendiri.




"Now, it's about time."


:)


----------------------------------------------------------------------------------------------------------


"Takde peraturan kat dunia ni yang mengatakan 
bila kita suka seseorang, 
seseorang tu kena SUKA balik kat kita."


-sekadar iklan-



Thursday, May 24, 2012

505. Balanced.





"Sebab Allah tengok USAHA."




"Awak, dia dan mereka pula hanya menilai pada results."



Tak ke penting, kedua-duanya sekali?





Doakan.


-----------------------------------------------------------------------------------------

"Exam ni memang akan selalu datang. Ia juga akan berlalu pergi.. Cuma........"





to be continued :)

Tuesday, May 22, 2012

504. Tak kekal.

"Kehidupan dunia. Semua tak kekal T.T 
Sabaq naa hehe.."


Simple words, tapi meaningful habes.
Jay zek kay kay sahabat :)

--------------------------------------------------------------------------
Duk berusehe membaca+menelaah nota, tiba-tiba 'dunia' di hingaqkan dengan berita keluarnya list nama roommates dan bilik untuk long semester depan. 

Aiyark, awat awai sangat?

Serius, perkara ni adalah antara yang mendebarkan, selain daripada bakal keluarnya result setiap semester. Tapi selalunya list roommates ni keluar seminggu sebelum semester baru bermula, tapi ni awal sangat kot. -___-"

"Anis! Hang M7 3.8!"

Pergh. Tak boleh nak jauh lagi ke? T.T

"Hang?" saya bertanya semula ke Aqlili.

"Aku M7 gak, tapi ground floor weh."

"Oh..". Senyap.

.....

Sedihnya Allah sahaja yang tahu. 

Perubahan. Tak semua orang MUDAH untuk menerima perubahan.

Rasa selesa dalam comfort zone menyebabkan kita tidak mudah untuk menerima perubahan. Allah.

Perubahan bilik dan teman sebilik. Kecik je kan kalau nak dibandingkan dengan URUSAN LAIN? Come on.


Betul lah, bila kita tengah 'serabut' dengan satu perkara, beredarlah dari tempat kita tu. Jumpa orang-orang, luahkan. Bincangkan. Mudahkan. Tiba-tiba seorang lagi sahabat mengeluarkan idea beliau.


"Hal bilik je weh, kita datang UIA ni nak tido ke? Tak kan? Kita dah tahu dah, 4 tahun duk sini, 4 tahun la tukar roommate dan bilik. Redha je la... Banyak lagi benda nak pikir..".


Hah, betul jugak. Walaupun ayat tu tak ditujukan kepada saya, tapi kebenaran di sebalik ayat dia tu betul sangat. Apa ada hal? Tukar bilik je pun. Bukan motif utama datang UIA ni. Lainlah kalau bilik hotel. Kita bayar untuk tido!




Konklusinya, tiada satu perkara kat dunia ni yang kekal. Even our ROOMMATES, pun berubah. Ini kan pula, HATI orang. ORANG. PERANGAI. 


Takde. Yang. Kekal. 




------------------------------------------------------------------------------------------------------------


It is funny when we realized that EVERYTHING can changes with a glimpse of an eye. What more a YEAR :)


Tahun lepas tarikh yang sama, kita mungkin tengah ghairah berbincang bersama, mencipta cita-cita, mengarang manifesto, merancang itu ini, melihat masa depan... dan hadapan..


Terlupa yang kita ni hanya mampu merancang. Allah jua SEBAIK-BAIK Perancang. :)


Tahun lepas mungkin kita mampu gelak bersama. Tapi jangan disangka, the same thing will happen next year, kalau tanpa izinNya.


Anything can happen, anything! Kalau saya sahabat baik awak tatkala ini, berdoalah supaya kita kekal sahabat baik sampai syurga! Jangan hanya selesa dalam comfort zone, lalu terlupa nak berdoa.


Contoh depan mata. Tahun lepas saya mungkin boleh SMS dan meminta tolong itu ini. 
Tahun ni? Terbaca nama dia di mana-mana pun, naik seram sejuk di buatnya,cuak! apatah lagi berkomunikasi.


Jangan harap.










Kelakar sangat. Dan itulah kebenaran. Semuanya berubah. Tinggal kita je nak stay kat tempat yang sama, atau ikut sama berubah.


Nak terus belok ke arah kebenaran.... atau?






naudzubillah!


End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...