Tuesday, May 22, 2012

504. Tak kekal.

"Kehidupan dunia. Semua tak kekal T.T 
Sabaq naa hehe.."


Simple words, tapi meaningful habes.
Jay zek kay kay sahabat :)

--------------------------------------------------------------------------
Duk berusehe membaca+menelaah nota, tiba-tiba 'dunia' di hingaqkan dengan berita keluarnya list nama roommates dan bilik untuk long semester depan. 

Aiyark, awat awai sangat?

Serius, perkara ni adalah antara yang mendebarkan, selain daripada bakal keluarnya result setiap semester. Tapi selalunya list roommates ni keluar seminggu sebelum semester baru bermula, tapi ni awal sangat kot. -___-"

"Anis! Hang M7 3.8!"

Pergh. Tak boleh nak jauh lagi ke? T.T

"Hang?" saya bertanya semula ke Aqlili.

"Aku M7 gak, tapi ground floor weh."

"Oh..". Senyap.

.....

Sedihnya Allah sahaja yang tahu. 

Perubahan. Tak semua orang MUDAH untuk menerima perubahan.

Rasa selesa dalam comfort zone menyebabkan kita tidak mudah untuk menerima perubahan. Allah.

Perubahan bilik dan teman sebilik. Kecik je kan kalau nak dibandingkan dengan URUSAN LAIN? Come on.


Betul lah, bila kita tengah 'serabut' dengan satu perkara, beredarlah dari tempat kita tu. Jumpa orang-orang, luahkan. Bincangkan. Mudahkan. Tiba-tiba seorang lagi sahabat mengeluarkan idea beliau.


"Hal bilik je weh, kita datang UIA ni nak tido ke? Tak kan? Kita dah tahu dah, 4 tahun duk sini, 4 tahun la tukar roommate dan bilik. Redha je la... Banyak lagi benda nak pikir..".


Hah, betul jugak. Walaupun ayat tu tak ditujukan kepada saya, tapi kebenaran di sebalik ayat dia tu betul sangat. Apa ada hal? Tukar bilik je pun. Bukan motif utama datang UIA ni. Lainlah kalau bilik hotel. Kita bayar untuk tido!




Konklusinya, tiada satu perkara kat dunia ni yang kekal. Even our ROOMMATES, pun berubah. Ini kan pula, HATI orang. ORANG. PERANGAI. 


Takde. Yang. Kekal. 




------------------------------------------------------------------------------------------------------------


It is funny when we realized that EVERYTHING can changes with a glimpse of an eye. What more a YEAR :)


Tahun lepas tarikh yang sama, kita mungkin tengah ghairah berbincang bersama, mencipta cita-cita, mengarang manifesto, merancang itu ini, melihat masa depan... dan hadapan..


Terlupa yang kita ni hanya mampu merancang. Allah jua SEBAIK-BAIK Perancang. :)


Tahun lepas mungkin kita mampu gelak bersama. Tapi jangan disangka, the same thing will happen next year, kalau tanpa izinNya.


Anything can happen, anything! Kalau saya sahabat baik awak tatkala ini, berdoalah supaya kita kekal sahabat baik sampai syurga! Jangan hanya selesa dalam comfort zone, lalu terlupa nak berdoa.


Contoh depan mata. Tahun lepas saya mungkin boleh SMS dan meminta tolong itu ini. 
Tahun ni? Terbaca nama dia di mana-mana pun, naik seram sejuk di buatnya,cuak! apatah lagi berkomunikasi.


Jangan harap.










Kelakar sangat. Dan itulah kebenaran. Semuanya berubah. Tinggal kita je nak stay kat tempat yang sama, atau ikut sama berubah.


Nak terus belok ke arah kebenaran.... atau?






naudzubillah!


1 comment:

Ms NIA said...

nk LIKE byk2 tp xde button LIKE..hahah... ^^

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...