Wednesday, April 18, 2012

Bukan bunga biasa-biasa.



Tahun 1976


"Aliya, mohon jumpa saya di warung Haji Sudir. Ada perkara penting mahu saya terangkan."


10 minit. 30 minit. 1 jam. 


Afiq menunggu dengan tabahnya. Namun bayang Aliya tidak menjelma.


Afiq redha.






Tahun 1980-an


"Aliya, saya nampak awak masuk televisyen semalam, menang acara larian. Hebatnya awak, marilah berjumpa! Ada hadiah khas untuk awak."


10 minit. 30 minit. 1 jam.


Aliya tidak memunculkan diri. Afiq berdiri seorang diri, ditemani hujan lebat di bahagian luar bangunan.


Afiq redha.






Tahun 1990-an


Hp Aliya bergetar, petanda satu SMS masuk. Skrin handphone berkelip-kelip.


"Aliya, saya mahu jumpa awak, di kantin. ASAP."


Aliya mengeluh. Lantas meng'delete' SMS tersebut, dan meneruskan langkah menuju ke kelas.


Afiq hanya merenung tingkah Aliya dari jauh. Terkilan.










Tahun 2010


"Haha. Aliya memang milik aku sekarang! Dia nak atau tidak, itu belakang cerita. Yang penting, kalau aku rindu, aku ada gambarnya. Kalau aku rindu gerak-gerinya, aku ada videonya. All thanks to this so-called internet! Live the life without boundaries!"


Afiq ketawa besar di hadapan laptopnya. Puas. Dia tidak perlu makan hati sorang-sorang selepas ni sebab Aliya telah menjadi 'miliknya' tanpa Aliya sedari sendiri.


Afiq yang sedang menuntut jauh di Manchester, sibuk membelek2 gambar Aliya di laman sosial milik Aliya. 


Oh.















Saya yakin semua perempuan tidak mahu menjadi bunga yang 'biasa-biasa'. Yang keindahannya dapat diterokai makhluk Allah yang tidak halal baginya.

Apa bukti kita menjaganya?

Adakah sekadar bertudung litup? Sekadar menegaskan suara? Sekadar 'buat muka' menunjukkan 'tidak suka'?

Susahnya menjadi 'gadis semasa'. 

Tapi jangan dilupakan janji Allah yang Maha Esa.




InsyaAllah ^__^









Gadis semasa = Gadis yang hidup di zaman pertengahan. Macam kita.





P.S Ilham dan idea asal daripada entry kak Umairah Shafie. Saya olah sikit sesuai dengan citarasa SAYA :P ilham sebenar daripada ALLAH jua. 

Tuesday, April 17, 2012

Sorry bro.

Kelas Leadership.




"Kau ni kan, kalau aku cakap mesti kau buat bodoh je kan!"


Erk. Terkejut saya dibuatnya. Sudahlah suara brother tersebut kuat, nasib je tak lantang.

Dia juga sedang memandang saya, memang orang akan tahulah ayat tersebut ditujukan kepada siapa.

***

Buat pertama kalinya dalam hidup, ada orang menegur saya sedemikian rupa. Straightforward satu hal. Hal keduanya, perihal 'buat-bodoh-waktu-orang-cakap'.

Sorry la bro, saya sedang belajar ni. Kebetulan dalam fasa-fasa macam ni, memang tak lah untuk saya memandang anda dengan fokusnya.


Mungkin juga bro tersebut seorang yang luruskedepan, maka dia terus cakap kat saya macam tu kot. Em, biarlah.


Tiba-tiba teringat Head Bureau saya. Saya rasa saya lagi 'tegas' dengan beliau. Nampak juga riak-riak tak selesa beliau tu. Tapi, gheja tetap gheja kan.

In a way, saya bangga dan suka, sebab akhirnya saya dapat elak jugaklah benda2 yang tak sepatutnya, dan akhirnya ada yang berkata saya seorang yang tegas ^__^

The same thing jadi tadi. Kepada pembantu kafe di KAHS. Saya meminta sambal belacan yang terletak di meja di dalam kafe, takkan saya nak buat 'dhek' dan masuk ke kafe tu tetiba kan.


Saya pun meminta 'abang' tu letakkan.


Tapi bahu saya disapa lembut oleh HK. "Garangnya.", sambil tersenyum.


Ok. Garang benau ke saya ni?


Takpelah, proses 'belajar' memang macam tu *senyum ke telinga*











P.S Kalau ikutkan hati muda remaja, nak je balas, "Siapa kau untuk aku fokus sangat bila bercakap? Perlu ke?" dengan aksi paling menyakitkan hati. Tapi, di sinilah fungsi saya, dan medan impression orang kat saya, du'at katanya. Tambahan pula, ADIK kot, mungkin belum menjengah 'kematangan usia' lagi. Biarlah. :)

Monday, April 16, 2012

Berlalulah sudah........

Alhamdulillah.



Hari yang ditunggu-tunggu, sudahpun berakhir. Sejak awal semester ni, saya asyik terkenang-kenangkannya, sok terfikir-fikirkannya. Tiba saatnya, tak de rasa apa pulak. La ni dah berakhir, rasa sangat syukur di jiwa. Allah Allah, sukanya saya!

i-Fest dah habis! :D

Saya mula ‘bekerja’ untuk i-Fest sejak bulan februari hari tu, means sejak mula balik ke kuantan untuk semester ketiga saya. 2nd week of the semester dah mula g meeting bersama mainboard twice a month. Belum kira meeting bersama subprogramme [opening ceremony] lagi. Biro PR lagi.

Secara jujur, memang saya SANGAT menantikan i-Fest ni berakhir. Terlalu banyak consequences saya hadapi tatkala menjalankan tanggungjawab sebagai assistant head biro. 

Kesilapan tu datang dari diri saya sendiri, saya akui itu. Masa tak digunakan secara optimum. Walau bagaimanapun, mujurlah study tak tergendala. Cuma kita lah yang penat lebih sikit dari orang.

MUNGKIN juga sebab biro saya sendiri. Biro yang saya tak pernah working with. Saya tak pernah pegang biro PR sebelum ni, dan ini agak memeningkan jugak. Tapi saya redha je, sebab inilah dikatakan PENGALAMAN. Asyik nak pegang biro best je, buatlah event sendiri :P

Alhamdulillah, mujur jugak Allah takdirkan saya bekerja dengan kawan saya sendiri. Cuma beberapa orang, especially brothers, yang saya tak kenal je. Heh.

Resam kehidupan, bila sesuatu nak berakhir, baru terasa ‘sedihnya’. Rasa lah sedih [sikit] waktu orang cabut banner kat Megamall semalam. Tapi rasa gembira lagi banyak lah! :P tak sabar nak menghadapi 16 April 2012 a.k.a hari Isnin tanpa gangguan dan fikiran pasal i-Fest lagi =)





Maaf sangat kalau ayat2 dalam entry ni berbaur kejam+takde perasaan. Saya tak kesal sebab being a part of it, cuma untuk masa hadapan, cukuplah sekadar event ni je kot.


P.S Lepas2 ni kalau nak taklifan, MEMANG kena istikharah banyak2. Semoga Allah bagi petunjuk yang terbaik untuk kita semua =)





Posto posto!

Pre-iFest : Baca surat cinta dari ahli usrah. Sweet! :')







Satu kelegaan bila Opening Ceremony and Celebrity Forum berakhir, Sabtu lepas.
Pheww.
Dah lega? Tinggalkan Megamall sekejap, berjalan dengan gigihnya ke Secret Recipe tak jauh dari situ :)

Credit to Kak Ijat and Ida ^_^








Usai Opening Ceremony. Makhluk Allah bertebaran.









Not to forget, birthday girl a.k.a subcommittee Catering paling dedikasi!

Diyanah Roslan turned 21 already~

:D

P.S Yana sila terima hakikat :P






Penat dengan i-Fest, segarkan rohani ke daurah ISK.
Allah treat dengan seorang hamba Allah solehah bagi [er.. belikan!]
Large Dark Chocolate block 50% cocoa!
Woah!
Allah yang sangat sweet! T.T







Jatuh cinta dengan Percussion and Caklempong. Oh My Allah, nak belajar main caklempong!
T__T

Credit la untuk syahmi and the gang. Haisy, buat orang rindu kat PJ la~

P.S Kalau book team percussion and caklempong ni for wedding ok tak? :)

#daripadaDJmainlagukahwinoranyothersongsyangentahapa2tu





Sayonara IIUM Fiesta. Jumpa lagi, err, next year insyaAllah :)




P.S Kakak berbaju Convest, semoga Allah pertemukan kita lagi di masa hadapan, in a most unexpected way, insyaAllah. ameen :)

Bowling ukhuwwah :D

Assalamualaikum.

Selasa lepas, saya dan rakan-rakan se'batch' [woah] telah pergi menjayakan [dan memeriahkan] the Callidus's Bowling Tournament kat Megalanes at Berjaya Megamall :)

The Callidus is my batch's name. It stands for the effectiveness of thinking quick. Err, lebih kurang macam tu lah mafhumnya :D

Well, to be honest to the bone [eh?], ini merupakan aktiviti batch pertama yang saya join :P *clap clap*

Kenapa first time?

Entahlah. It took me about a year [pergh] untuk meng'adapt'kan diri dalam kalangan muka-muka baru yang muda setahun daripada saya ni. 

Bukan sombong, tidak. Bukan perasan bagus, bajet senior, oh tidak tidak. Tapi nak buat macam mana, lumrah kot. Mujurlah ada juga beberapa orang sahabat lain yang se'umoq' dengan saya :) Tak lah rasa keseorangan :)

Batch saya, hampir 98.9% adalah berusia 21 tahun. 

Yang muda lagi, wallahua'lam. Yang lagi tua, sayalah, dan beberapa kerat tu :)

Hamdan lillah, Allah bagi saya 'can' nak sekelas dengan kawan-kawan SE BATCH waktu di matrik dulu. Tidaklah rasa canggung semacam.

Tapi, agak weird la masa mula-mula masuk main campus dulu *_*
Mujur juga kenal beberapa orang junior semasa di CFS dulu. Kalau tak kenal sorang pun, memang payah sangatlah!

So, ni aktiviti first. Apa motif saya join?

Haaa. mestilah ada objektif kan? takkan nak buang masa macam tu je :P



    1. Nak bermu'ayashah dengan orang-orang baru. Err. Get to know each other?
    2. Sebolehnya nak jadi qudwah. Erm, maksudnya, boleh je nak berbowling kan, tapi kena lah patut rules Allah. Hm.

Pada masa yang sama, nak MAIN BOWLING LA OF COURSE! DAH LAMA KOT TAK MAIN.

Ketaq tangan pegang bola bowling saiz 12 -___-"

Tapi kan, banyak jugak perkara yang tak di sangka2 saya belajar daripada game ni ;)

  • Usaha MEMANG dan SANGAT tangga kepada kejayaan kita. Oh ye, kejayaan itu memang milik Allah sepenuhnya. Tapi kita sangat digalakkan untuk berusaha untuk mengubah nasib kita sendiri. Hm.
  • Istiqamah dalam perjuangan. Jangan mudah menyerah kalah apabila PENAT melanda. Stay cool and calm. Kalau rasa nak give up, fikir balik kenapa kita BUAT BENDA TU at first place ;)
  • Hidup ni jangan nak sombong sangatlah.
  • Jangan tergopoh gapah mengejar kemenangan yang 'dunia2' ni je. Cari juga redha Allah di mana2 sahaja :)

Well, semua pengajaran tu saya yang dapat sebenarnya :P
*malu*

Contohnya, untuk game 1st [kitorang main 2 games], saya kalah teruk kot. Dalam group saya, saya dapat no 3, which was, teruk lah untuk portfolio bowling game saya [poyo] Dah la dapat score 79 je. Ya Allah. Tapi takpe, fine. No 1 was Seha. She got 90+ something which i forgot the exact score she got :P

Sebab teringat balik niat saya nak main bowling tadi kan. Plus, nak suka-sukaan, bukan nak tense2 sangat pun [poyo]

And then, we proceed to the 2nd game. Sebelum start tu, saya dengan Ruby pergi lah beli popcorn dengan ayaq kat kaunter wayang kat bahagian luar.

Sambil main, sambil makan popcorn caramel saiz large. Pergh! Lupa sekejap ada exam Parasitology pada hari Khamis nya :D

Waktu ni, semua dah macam 'malas' nak main. Iyelah, penat juga main bowling ni, walaupun tak kena lari-lari atau defend apa2 pun kan. Lenguh segala urat tangan dan bahu ni.

Saya pun termasuk sekali. Tapi bila dah fikir, "alang2."

Hamdan lillah, memang Allah mengajar something la untuk saya, secara peribadinya.

Daripada markah yang teruk tadi, Allah bagi can merasa naik atas sikit, walaupun bukan paling atas :P

Dan, I'm so happy with that. Truly. Eheh.

Itu pengajaran yang kedua saya dapat. Jangan mudah menyerah la kot, lepas tu enjoy je game tu.

Sebab kalau dibiarkan rasa penat dan malas dan main entah apa2 tu menguasai diri, maka memang kalah ler jawabnya.

Boleh kot apply dalam study jugak.










Tak reti la weolszz nak tangkap gambar ramai2 ni :)







The sisters :)






Eh, semangatnya orang tu nak aim bola -_____-




P.S Oh, suka sangat bila ada sorang junior tu mula recognize saya. Sebab saya pernah buat 'something' dulu kat dia. Tapi dia tegur saya dulu. Weehuuuu~

Wednesday, April 11, 2012

明日晴れるかな?


"Will it be fine tomorrow?"

Tomorrow isn't guaranteed.


Don't worry, and keep praying <3

Monday, April 9, 2012

:)

Banyak perkara kita akan dapat selepas melalui fasa 'susah' atau 'sempit', dan most likely, 'sedih'.

Sama ada lebih berdaya saing, lebih komited, lebih kuat, lebih tabah dan sebagainya.

Itulah antara nikmat yang Allah kurniakan kepada hambaNya, yang mungkin 'halus' sangat, sampai kita pun tak perasan, most of the time. 

Sebab mindset yang selalu kita buat, nikmat itu sweet+best, dan kita nampak.

Benar, tapi yang haluih2 ni nikmat jugak :D

Err, saya tak merepek la. Saya cakap betul ni.

:')


Sebagai contoh, saya rasa macam TUNJUK something lepas ni. Tiba-tiba semangat nak pergi sini sangat KUAT.





Allah, bagi saya can nak pegang bear ni once in my lifetime boleh?
Pegang, as in, dekat tempat ni jugak. Bukan sekadar melawat org je, blh?
T.T

ameen ameen!










Awak sangat tipu awak tak tunggu siapa2. Mengaku je lah, awak tunggu org dari Paris kan?


Heh.

Eh, hai!

"Eh, Anis. Awak ok tak ni?"


Eh. Soalan ni lagi. Soalan yang jawapannya ada dua.


1.Terus pergi toilet, cari riak muka yang sesuai, then keluar balik.


2. Buat fake smile. Lepas tu tanya balik, "Err kenapa? Pelik eh muka kita?"




Mestilah ok. Kenapa pulak tak ok? Something wrong went on ke? ;)








Apa ada hal, Allah kan ada? Saya tak heran lansung apa sahaja jawapan yang bakal diberinya, sebab jawapanNya lagi memberansangkan saya ;)






Tapi tipulah kalau tak de perasaan lansung kan. Pandai2 lah kawal, ok Anis?

Saturday, April 7, 2012

Kau fikirlah.

Pernah tak rasa malu sangat, sampai nak tutup semua akaun laman sosial dan akaun2 yang lain kecuali akaun bank anda?


Serta patahkan simkad handphone lama, and tukar kepada yang baru?


Lepas tu nak memerap je dalam bilik. Tak nak pergi mana2 selain kelas dan bilik, no more deviation to another place?


Kalau ikutkan hati muda remaja tanpa fikrah, "Ah, peduli apa aku!".




Tapi kalau kita remaja yang berfikir, ada iman yang membimbing hati, 


"Haisy, ujian ni. Mesti sebab Allah sayang kita ni." Sambil senyum [erk].


Lepas baca kak Umairah Shafie punya post yang ni, mesti lagi terketuk.


"Hiduplah dengan berfikir."










Sentap woo.



Friday, April 6, 2012

"Dia sms, siapa yang bertanya. So?"








"Kenapa baru sekarang bertanya?"




"Sebelum ni dia istikharah.."






Beristikharahlah.

"Tidak akan menyesal orang yang beristikharah Sabda Nabi “Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat..”

(HR.Thabrani)

Tuesday, April 3, 2012

Turkish Delight =)

"Terus-terusan memikirkan masa lalu hanya akan membunuh masa depan. Bukankah semua orang layak diberi kesempatan?"


-Oki Setiana Dewi, Melukis Pelangi =)




Suka sangat! 


Lepas dapat wish daripada seorang akhawat disayangi :D


AKB, awak menghantuk kepala saya laa!


:)




Pada suatu hari di sebuah sekolah, seorang murid bertanya kepada seorang guru. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar tentang kasih sayang.


Pelajar : "Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?


Cikgu : "Ok, kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan atas rumput sambil memandang rumput di hadapan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang walau sekali. Dah petik rumput yang paling cantik, bawa ke kelas."


Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang dipilih?


Pelajar : "Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang PALING cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik, tapi cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik."










Cikgu : "Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut menghargai orang yang berada di hadapan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah, orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Mahupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi...."




Sweet kan? Sangat sweet, indeed! Terima kasih ukhty AKB atas mesej bermakna ni. Sangat KENA dengan mood, mode, dan keadaan yang kelam kabut ni. Allah.






P.S : Kenapa Turkish Delight? Sebab rasanya sangat manis. Walaupun rasanya pelik, tapi rasa manis tu lagi TERASA :)


CFSIIUM. Pre-Baksis 2010 ^__^





Monday, April 2, 2012

Masa lalu.

Assalamualaikum.


Bercakap mungkin mudah. Melihat lagilah mudah. Tapi bila menghadapinya, hanya Allah sahaja yang AMAT Mengetahui.

Saya selalu bercakap mengenai'nya'. Kini, saya sendiri menghadapi'nya'. Rasa macam nak rewind waktu, berada semula di tempat ketika saya bersama sahabat sefikrah, satu sekolah, berbincang mengenai perkara ni.

"Korang, cane ni?"

Judgmental.

Sifat yang mungkin sukar dikikis dari hidup saya. ALLAH BERI PERINGATAN KINI. 

Diuji dengan perkara yang PALING kita tak expect, dan kalau boleh, TAK NAK. Walaupun pilihan berada dalam tangan saya, tetapi perihal hati, memang payah.

Bagilah sejambak kasih sayang pun, kalau prinsip yang teguh, digoyahkan, saya takkan berpaling tadah.

Tapi, Allah jualah yang mengetahui apa yang ada dalam hati kita. DIA TAHU KELEMAHAN KITA. TITIK KELEMAHAN KITA. Of course lah, DIA pencipta kita.

Maaf, saya sangat sukar untuk menerima hakikat masa lampau.


Dan saya tahu, saya kena ubah pendirian itu. Mungkin.


Allah, guide me.












Walau macam mana pun kenyataan yang bakal diberikan, di masa hadapan, saya akan tetap cakap macam ni. . . . . 








Forgive me T_____T

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...