#PerempuanEmpat
Ketika hari terakhir KOSMIK lepas, kami dibahagikan mengikut group yang terdiri dari pelbagai kampus dan cawangan.
Dan saya ditakdirkan, sekali lagi, untuk ber-diskusi bersama seorang akhawat, ukhti S dari kampus yang 'dikenali'. Em.
"Kak Anis, kan?"
Dia mengecam. Saya hanya tersenyum. Angguk. Jalan beriringan dengannya.
Seorang akhawat lain meluahkan masalah di tempatnya ; kurang lebih masalah yang sama - sinergi ikhwah-akhawat.
Ukhti S tiba-tiba menoleh ke arah saya, lalu berkata, sambil tersenyum,
"Eh, sama macam masalah korang."
Saya yang tadinya khusyuk mendengar penjelasan, separa terkejut dengan reaksi ukhti S.
Lepas tu rasa kelakar. Sebab dia hampir tidak mengecam saya pada awalnya. The best part is dia lebih ingat pada 'masalah' di tempat saya, berbanding nama saya.
Sungguh, akhawat.
Lol.
#PerempuanLima
"Ana tak sedap hati-lah malam ni. Macam gundah gulana dibuatnya...".
Malam tu memang serba salah dibuatnya. Entah kenapa entah. Tiba-tiba.
"Ok, nti dah settle semua belum? Dah ma'thurat? Dah baca Quran? Ana kalau 'ngokngek' selalunya mesti sebab ada yang tak settle lagi.."
Ukhti F bertanya kembali. Concern.
Saya baru perasan, tak habis tilawah lagi.
Rasa kena penumbuk se-das.
Dia ikhlas concern. Cuma diri saya yang 'tak ikhlas' menilai hubungan dengan Allah lagi.
Astaghfirullah.
Sungguh, akhawat.
*nanges*

No comments:
Post a Comment