Monday, April 7, 2014

668. Rindu-lah.

Alhamdulillah.

Masih dikurniakan udara untuk bernafas. Hari ini, genap 24 tahun 9 hari telah saya dilahirkan di bumi ini.

Bumi? Saintifik sangat. 

Dunia. 
Alhamdulillah.


***

Antara yang saya amat syukuri, selain punya Allah dan Islam sebagai panduan dan manhaj hidup, adalah kerana sering dipertemukan, dan dikelilingi hamba-hamba Allah yang ter-sangat baik hatinya.

Alhamdulillah.


Saya yakin, mereka ditakdirkan untuk 'berjumpa' atau di-pertemukan dengan saya, bukan suka-suka. Bukan saja-saja. Tapi untuk saya 'mengenali' mereka. Mengambil apa-apa pelajaran yang saya boleh pelajari dari mereka. Hurm, terharunya.

Selain adik perempuan, ibu. Antara jasad yang paling rapat dengan saya, dan senantiasa berdoa buat mereka, agar kami dipertemukan kembali di Syurga Allah nanti, biiznillah.

Dan tiba-tiba mesej diterima,

"Saje je mesej. Tiba-tiba teringat kak Anis."

Dan Whatsapp mengeluarkan alert,

"Anis.. Rindunyaaa!"

Dan call bersahut-sahutan,

"La.. kitorang ingat kau datang wedding Mai ni.. Datang je la Kuantan-KL bukan jauh pon!"


Dan adik pun PM di FB, 






Gggrr. 
Keluar balik hero zaman J. 
*nangis*


Mode : rindu sumorang!

No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...