"Tiba-tiba rasa sedih. Rasa macam banyaaaaaaakkk benda tak buat lagi, tapi tenure saya dah nak habis. And saya pun bakal grad."
Tiba-tiba ter-hantar Whatsapp itu pada seorang JK. Awalnya macam berbaur lawak jenaka, emoji gelak saliNg bertandang. Tiba-tiba saya sendiri yang menghantar ayat konon-sedih pulak.
"Weh. Jangan buat habuk masuk mata boleh tak." JK tersebut membalas. Lambat.
13 April menandakan selesai sudah event terakhir yang bakal saya hadiri sebagai wakil UIAM Kuantan.
(sentimental sangat bunyiknya)
Kenapa macam sentimental sangat?
Entah.
Sebab bila bersama akhawat, saya rasa selesa sangat. Buat kerja pun senang (alhamdulillah setakat ni), pastu macam faham-faham je.
Hm, indescribable.
Waktu dalam perjalanan Kuantan-KL, KL-Kuantan. Asyik curhat (curahan hati) je memanjang. Nak cakap pasal kehidupan, planning, throwback - mesti terkait dengan Tarbiyyah. Dah mind-set untuk tidak bicara SEKEJAP pasal tarbiyyah, tapi mesti resolusinya ke tarbiyyah juga. Mesti, tak boleh lari.
Yang membaca pasti muak. Tak habis-habis nak cakap manisnya ukhuwwah, bestnya usrah, etc etc. Tapi itulah hakikatnya. Tak pastilah macam mana timeline kehidupan sekarang kalau takde usrah, tarbiyyah... akhawat.
Maksudnya: “Dialah yang memperkuatkan kamu dengan pertolonganNya dan dengan para mukminin dan menyatukan hati-hati mereka. Sekiranya kamu belanjakan semua (kekayaan) yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatukannya. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana“.
(Surah Al-Anfaal: 62-63)
"Semoga kita dapat mengeteh bersama di Syurga Allah nanti, sambil belek-belek semula kisah penat lelah kita di dunia." - kata seorang akh menerusi Twitter-nya.
Betul lah tu. Same goes here.
Semoga saya dapat bersatu semula dengan akhawat-akhawat yang saya temui dan kenali, dan menjadi saksi bahawa kami bersama-sama di atas gerabak ini.
Ameen ya Allah.

No comments:
Post a Comment