Bismillah.
I got two presentations today. 2 in a time. Serious, memang bergantung sepenuhnya kepadaNya, untuk 'sempat'kan kedua-duanya. Allah.
Tidak diberi pilihan ; satu berkaitan pelajaran, dan bakal menyumbang markah dan top-up carry mark yang hampagas waktu mid sem lepas.
Satu lagi, arahan ketua, yakni PM. PM, kawan baik sendiri. Dan saya tahu, presentation yang ini boleh jadi once a lifetime punya experience. Tak mudah nak mendapat peluang present depan orang-orang sebegini. Kebetulan pula, PM sangat memerlukan teman, dan hanya saya yang menjawab panggilan dia. Allah.
Saya memilih untuk buat kedua-duanya terus. Walaupun terpaksa berlari-lari anak dari OCD dan kuliyyah saya.
Usai presentation pertama di OCD, saya bergegas untuk presentation kelas di KAHS. Pertolongan Allah, sampai sahaja di lecture hall, hanya 2-3 org lagi sebelum turn saya untuk membentang. Fuh. Cuak nak present? Tidak lagi. Mungkin kerana sudah penat 'berdebar' untuk present di OCD tadi.
Ujian. Lebih lagi rasa diuji sekiranya kita tahu kita boleh buat lagi terbaik, tapi disebabkan kekangan persiapan, maka terpaksa padamkan sahaja impian indah itu -.-
Lebih rasa teruji bila sahabat tak yakin dengan kerja berniat ikhlas yang dipertaruhkan. Lagi rasa geram bila perkara yang dibuat bersama dikatakan buat seorang diri lalu menyalahkan orang lain. Ya Allah, memang kesabaran teruji.
Kita sedia maklum, hidup ini sama dengan atau simbolnya '=" dengan ujian. Bukan kesusahan sahaja dianggap ujian, bila merasai nikmat juga adalah sebuah bentuk ujian. Semua terpulang kepada kita untuk menganggap ujian sebagai batu loncatan atau pemacu kejayaan, atau beralah, redha tak bertempat lalu menjadi yang 'biasa-biasa' sehingga ke akhirnya. Naudzubillah.
Bila menghadapi kerenah advisor, rakan sekerja yang pelbagai, pantas fikiran dan ingatan berlari ke masa silam. Saya akui, persatuan di CFS dahulu kala bukanlah smooth memanjang dan tak pernah diuji. Tidak. Tapi saya terkenang wajah-wajah gigih dan ayat-ayat support yang diterima, keterbukaan yang menjangkaui expectations, menyebabkan saya selalu membanding-bandingkan antara persatuan kini dan sebelumnya. Maaf, hal ini memang tak dapat dielakkan.
Oleh yang demikian, saya cuba mencari kebahagiaan sendiri. Sebolehnya mengekalkan momentum carakerja yang sama, supaya tak dikata biased di kemudian hari. Bertentang mata dengan si pesimis? Ah, biarkan mereka dengan pesimis mereka. Yang penting, beri semangat kepada yang berada di hadapan mata, yang boleh digilap dari segi komited mereka.
Bayangkan kehidupan kita tanpa ujian?
Kita pasti tak menghargai nikmat di hadapan mata.
Mesti diri kita tak bersedia untuk sebarang kemungkinan. Oh, bosan gila.
Hari ini sahaja, satu statement cuba di implement dalam diri.
"You don't know how strong you are until be strong is the only choice that you have."
Serius, memilih dalam pilihan adalah decision yang payah.
"The difference between ordinary and extraordinary is that little extra."
Ayuhlah, buat kerja yang little extra sikit.
Jom, perbetulkan niat kita, kenapa kita sesuatu perkara.
Moh ler, bersemangat berbuat kerja.
Marilah jadi orang yang komited dan ikhlas.
Bagaimana untuk ikhlas?
Berusaha untuk ikhlas pun dah dikira sebagai ikhlas. Provided niat kita lillahi ta'ala.
Insha Allah.
Doakan.
Satu je harapan saya yang bukan siapa-siapa,
"Jangan jadi aku-oriented sangat, boleh?"



No comments:
Post a Comment