Saturday, April 13, 2013

626. Bermanfaat untuk orang lain.

Bismillah.


Ni gambar real ok. Hihu.

Apa yang saya sangat suka dan teruja ketika menaiki flight?

Waktu take-off dan landing di bumi ^_^

Sangat enjoy waktu take-off, boleh? Sebabnya, setiap kali masuk ke perut kapal terbang, saya mesti teruja. Sangat teruja! Alhamdulillah bila dah semakin dewasa, mulut ni dah boleh zikir "subhanallah" setiap kali naik flight. Kalau dahulunya mungkin "wow!" atau "woah!" yang kerap kali diulang-ulang ^^"

Allah. 

Setiap kali kapal terbang bergerak perlahan-lahan meninggalkan terminal airport untuk ke take-off track, waktu itu jugalah saya teruja untuk merasai airplane mengumpul daya, memanaskan bahan api [sebab nampak berasap-asap kat corong tu kan :) ], suka tengok sayap airplane tu berubah-ubah mengikut kadar velocity, ahhh semuanya lah! Saya akan membayangkan betapa syoknya kalau saya boleh apply semua teori fizik yang saya belajar dahulu di sekolah dan CFS waktu itu! Dan dan, saya sangat kagum kepada si driver airplane tersebut. Pak cik pilot [ceh, konfem je lelaki kan.] . Sum____ macho kan? [nak-nak pula pakai aviator siap. ok sila hentikan angan-angan anda -.-]

:P

Waktu itu juga rasa, ya Allah, hebatnya ilmu yang Allah ilhamkan kepada manusia untuk membuat kapal terbang ni. Tak terbayang rasanya, macam mana adik beradik Wright boleh ter-berangan nak buat kenderaan ni kan? Inilah namanya "dream high to the sky, as the sky has no limit, only luggage has." :D

Tak memasal, adik-beradik Wright ni dapat nama. Jelesnya. Bermanfaat untuk manusia kott! Masha Allah! Bila lah agaknya turn saya untuk buat legacy macam dorang kan? Insha Allah kalau ada rezeki satu hari nanti. Amin ;)

Menaiki flight adalah antara salah satu impian saya in the future. Insha Allah bakal ke satu tempat lagi. Doakan :-)

***

Senyuman doktor pun dah menyenangkan. Kan? :-)

Tiba-tiba leher bahagian kanan seperti ada ketulan. Eh, beguk ke?

Ibu call, dan tiba-tiba rasa nak mengadu dengan ibu. Lantas ibu suruh ke klinik dan check dengan kadar segera! Heh. 

Sewaktu di klinik, tiba-tiba rasa macam sihat pula. Isk -.-
Ini adalah sindrom yang normal untuk saya. Bila sampai ke klinik, waktu itu juga akan rasa sihat 'sikit' dari sebelumnya. 

Meluahkan symptoms, dan rasa yang dialami kepada doktor merupakan satu proses ke arah penyembuhan. Bila doktor check sikit, bertanya khabar, check tekak guna torch light, sentuhan semuanya memainkan peranan bertindak secara psychology kpd pesakit :)

Waktu itu juga, terbit rasa kagum di hati. Bagusnya tugas sebagai seorang doktor, bermanfaat untuk manusia lain bagi memberi alternatif ubat sebagai salah satu cara untuk menyembuhkan penyakit. 

:') Yang juga merupakan cita-cita saya sepanjang zaman persekolahan. Mungkin takde rezeki.


***
Usai ke kelas Haematology yang tiba-tiba dragged jadi 2 jam setengah semalam, saya dan dua hamba yang disayangi Allah, cik Y dan cik I pulang untuk ke kafe di sekitar mahallah, melalui route yang sama setelah 3 tahun, Kuliyyah of Medicine.

Tiba-tiba kami lewat Multipurpose Hall di KOM, ada blood donation drive. Lantas baru nampak hikmah untuk menderma darah since tak pernah donate lagi sejak RAFEST 2010 -.- 
al-kebetulan, saya baru sahaja belajar mengenai Blood Transfusion di kelas Haemato yang panjang sebelumnya.

Sedang beratur menunggu turn cik Y berjumpa doktor [saya dan cik I di-reject awal2 untuk menderma kerana kurang Hb dlm darah. tsk] terpandang seorang pak cik, agak lewat usianya, sedang berjumpa dengan dua orang [macam pegawai, kot] officer pusat darah agaknya, sebelum mengambil turn untuk merdermakan darah. Tiba-tiba hati rasa terharuuuuu sangat sangat T___T sebabnya, pak cik tersebut mungkin seorang cleaner, atau pekebun di kuliyyah ini, sebab dia mengenakan t-shirt hijau Daya Bersih yang separa kotor. Terharu, sebab walaupun sudah berusia, dan mungkin tengah rehat daripada waktu bekerja, tapi masih sudi meluangkan masa untuk menderma darah, tanpa menghiraukan orang-orang sekeliling tanpa mengira pangkat dan usia.

Waktu ini terfikir, maka siapakah kita untuk 'memandang rendah' mak cik2 atau pak cik2 cleaner, tukang kebun, tukang sapu, semua non-academic staff ni? Bagus sangatkah jadi seorang student tanpa rasa hormat dalam diri? Andai satu masa nanti sekiranya anda memerlukan darah orang lain [due to any cases, naudzubillah], pasti kita takkan tanya siapa tuan empunya darah yang bakal masuk ke badan kita kan? Kita takkan sempat, dan tak heran lansung perkara tu. Entah-entah darah orang yang kita tak hormat atau yang kita pandang rendah, mengalir dalam badan kita. Erk.





Pak cik itu mengajar saya erti yanfi'u li ghairihi dengan erti kata lain. Sebelumnya, mungkin ramai yang menganggap, bermanfaat itu perlu kepada status yang lebih tinggi, pangkat yang besar, duit yang banyak, posisi yang mantap, kemahiran bercakap yang hebat dan semua yang hebat belaka! Kalau begitulah peraturannya, maka bagaimana kami-kami yang serba kekurangan ini mahu menjadi lebih bermanfaat kepada orang lain? Hmm.

Kan peringatan itu bermanfaat untuk seorang mukmin?

Maka, berilah peringatan :) Macam pak cik ni, tindakannya juga membuatkan orang lain tersentuh. Dan beliau juga bermanfaat kepada orang lain, dengan mendermakan darah untuk kegunaan orang yang lebih memerlukan, which he never know whom, when and where. Masha Allah, hebat pak cik ni~ Semoga Allah murahkan rezeki beliau, amin.

Apatah lagi kita. Ye, kita yang sihat, diberi akal yang sihat oleh Allah, diberikan rezeki yang lebih oleh Allah untuk study kat bukan calang2 universiti pula. Maka, skop apa yang boleh dimanfaatkan kita untuk menyumbang lebih, untuk agama kita, Islam yang sejahtera? :)

Banyak kan? :)

Jangan juga kita terlepas pandang bahawasanya, sekecil-kecil peranan kita juga punya saham dan nilai di sisi Allah. Provided niat yang dibuat pada awal pekerjaan, benar, kerana Allah Ta'ala. Walaupun kita hanya ditugaskan untuk menyampaikan risalah peringatan di setiap bilik dalam blok kediaman. Oh, kalau salah seorang yang membaca risalah tersebut tersentuh dengan isi kandungan risalah tersebut, bukan ke kita dapat 'saham'nya sekali? Itu kalau seorang, kalau ramai? Subhanallah. Best kan? 

Semoga kita sentiasa ter-inspirasi untuk menjadi lebih bermanfaat kepada orang lain. Dan bukan sekadar another brick on the wall. 

Allahua'lam.

:-)








No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...