Usai program DTE semalam, AA datang ke bilik dan memberi report ringkas tentang group bawah jagaannya. Of course, perkara yang dilakukan pertama kali tak selalunya lancar, semestinya ada penambahbaikan perlu dibuat, lebih-lebih lagi kalau perkara itu dilakukan hanya berdua, untuk cater 900+ students. Whatever.
Pada masa yang sama, sepatutnya saya juga menghadiri Bulatan Gembira saya. Dengan rasa semangat dan yakin program bakal habis awal, saya bawa sekali al-Quran dan buku nota dalam beg. Siap-siap. Yakin, habis awal.
Akhirnyaa....... T.T
Mengikut hemah saya untuk hari pertama DTE semalam, apa yang kurang dan jelas kelihatan KURANG dalam kalangan kita sebagai students adalah, kurangnya nilai proaktif untuk di-implement dalam diri.
Sindrom semua-nak-kena-cakap-baru-nak-buat -.-"
Sebagai office bearer buat kali kedua, saya dapat merasakan feeling yang dialami oleh para officers [fellow, terutamanya] bila berhadapan dengan situasi residen yang pelbagai.
Bila saya bersama students, residents, yakni kawan-kawan saya sendiri, pandangan mereka pula yang menjadi perhatian.
Oh, itulah kerja office bearer. Tak mudah nak jadi 'orang tengah' dalam sesuatu komuniti.
Kelemahan yang nyata semalam memberikan gambaran bahawasanya, amanah itu perlu digalas dengan sebaik mungkin, dan tak boleh macam caca merba gitu.
ambil mudah.
Dan sikap proaktif juga, bukan sahaja menUNTONGkan kita yang melakukan, tapi juga berpeluang membuat ihsan dengan menolong orang lain yang mempunyai sama keadaan macam kita. To be honest, we don't have to rely on office bearers to write a letter to complaint, isn't it?
Bersikap proaktif juga perlu kepada gaya. Perlu ikut steps dan be professional. Janganlah bersikap melulu dalam proaktif, sampai bila ada nak complaint, tak nak ikut steps dan terus nak buat press conference. Eh. Perlu-lah berhemah. Jaga adab juga. Jaga batas-batas syariat. Ingat, kita tak bawa nama kita sorang-sorang, kita bawa nama kawan-kawan, ibu bapa, universiti, kuliyyah, dan yang paling penting, agama.
Nama sekadar pada posisi
Yang ni pun satu hal.
Bersyukur kepada Allah kerana punya sahabat sesama MMRC yang sudi membantu biro saya menjalankan program semalam. Tanpa mereka, sesungguhnya program tersebut pasti ada problem dan tak smooth semacam biasa.
Antara threat ter-SUSAH dalam memegang amanah adalah dengan membetulkan niat sepanjang masa. Lillah ta'ala. Dan yang ter-MUDAH adalah, memasang niat yang salah. Kacang je bro.
Susahnyaa.
Usai program semalam, saya termenung seketika mengenangkan banyaknya kerja nak kena update etc etc. Whatever fikir macam tu, macam orang lain takde kerja.
Tiba-tiba Allah bagi ilham untuk saya baca JOM sebelum terlelap akhirnya. Dalam JOM, saya baca perihal Tak Mudah Masuk Syurga karya Akh H. Eh, tau la tu. Senyum.
Sentap bro.
Ada 1 peristiwa yang terjadi waktu zaman Rasulullah S.A.W. Terdapat seorang lelaki yang mati di medan peperangan semasa zaman Rasulullah. Ramai yang memuji ketangkasannya dan berkata bahawa syurga-lah miliknya. Namun Rasulullah S.A.W bersabda (maksudnya) :
"Dia adalah dari kalangan ahli neraka."
Rupa-rupanya, dia berjuang kerana kaumnya, dan bukan kerana Allah S.W.T. Di penghujung riwayatnya, oleh kerana tidak tahan dengan kesakitan luka-luka yang dialaminya, dia membunuh diri sendiri bagi mengurangkan penderitaan tersebut.
Woah, subhanallah.
Susah tak nak jaga niat? Susah kan.
Tapi tak mustahil.
Begitu juga apabila memegang tampuk kepimpinan. Sebolehnya, saya nasihatkan diri ini untuk tidak hanya memegang nama pada posisi. Tapi cubalah menunaikan hak-hak yang ter-attach pada posisi kita.
Bukan sekadar memegang title Setiausaha, tapi tak nak buat surat. Janganlah macam tu, sayang. [sekadar contoh :P]
'Ala kulli hal, post ini adalah untuk nasihat diri sendiri. Yang mana bermanfaat, bolehlah ambil dan kita prektis bersama. Hihu.
Doakan saya dan tenure MMRC kali ini berjaya menjalankan tugas dan menunaikan hak-hak kita bersama. Amin.

No comments:
Post a Comment