Tuesday, February 26, 2013

610. Allah tolong.


Bismillah.

Saya memulakan hari pertama dalam minggu ini dengan pengalaman yang sedikit galau. Kelas dibatalkan.

Ok fine, disebabkan sudah bersiap sedia sepenuhnya, saya pun menaiki bas dan menuju ke library. Rasa [rasa je] macam student pertama masuk library [sebab takde student lain, dan librarian tengah berkumpul kat tengah macam perhimpunan pulak], saya tinggalkan beg dalam locker, dan keluar semula ke KOM. Usai keluarkan duit, saya ke masjid KOM. Baca ayat ma’thur sorang-sorang dalam masjid, tiba-tiba ada sorang sister masuk dan duduk bersandar berhampiran pintu. Saya bangun dan letak ayat ma’thur kembali ke rak, memandang cermin sekilas, dan wajah sister itu. Dia memerhati bahagian bawah. Kaki saya mungkin. Oh, stokin koyak.

Study di library, macam keseorangan kat region buku health sciences, study sampai tersengguk. Kenapa pun tak tahu. Walhal dah minum se-mug kopi. Pakai headset, segar sikit. Tapi mata dah berpinar. Keadaan makin sejuk sebab takde orang. Saya pun keluar library menuju ke kafe.

Galau. 

There will be times in our life kita rasa macam sepi, sunyi, dan kebetulan berseorangan. Walaupun hati dan iman keep firm Allah sentiasa ada. Yes, tapi manusia? Bukan mereka melarikan diri, tapi kebetulan, tiada bersama kita waktu memerlukan. Tambahan pula dengan awan mendung diiringi hujan membasahi bumi, lagi bertambah sayu.

Di sebelah petang, saya menapak untuk ke kuliah. Di pertengahan jalan, bertemu Y yang juga menuju ke kuliah yang sama. Allah menggerakkan hati Y untuk menyoal saya, “Anis dah hantar assignment?”. Allah.

Serius, saya lupa ada assignment perlu dihantar hari ni, sebelum 5 petang.
Dalam fikiran memikirkan ribuan cara untuk menyiapkannya. Memang tiada masa, kebetulan lecturer untuk kuliah petang ni sudah mengingatkan dalam previous kelas, that we have to bear with her because the lecture will be longer than usual.

Dalam hati, tawakal. Subhanallah, serius saya betul-betul lupa. Saya sudah mencari info, tapi tidak diterjemahkan dalam kertas kajang. Dah la kena handwritten.
Hati bertambah galau ke kuliah. Sampai sahaja di lecture hall, saya bertemu YH dan P yang sudah menunggu. Saya meluahkan pada YH bahawasanya saya berasa sedih hari ni, dan menceritakan juga yang saya tidak menyiapkan assignment yang disuruh. YH segera menyambung, “Astaghfirullahal ‘azim.. Bawak laptop tak?”

Serius, saya lega. Walaupun dia tak menunjukkan jalan keluar, tapi reaksi diberikan seolah-olah berada di tempat saya.

Saya kembali di tempat duduk favourite dalam lecture hall. Adik junior saya, B, pun memberikan reaksi yang sama. W yang berada di hadapan saya juga. B dan W siap memberikan jalan kepada saya, memberi semangat untuk buat terus memandangkan lecture petang itu adalah subjek Statistics. B menawarkan untuk bertukar tempat dengan saya agar lecturer tidak perasan saya tak memberikan tumpuan sepenuhnya dek membuat assignment. “Akak buat je, satu page pun takpe. Nanti waktu break saya teman pergi hantar..”.

Allahu, sweet kan mereka?

Serius, tak sampai 20 minit, saya menyiapkan satu page penuh assignment Human Genetics, handwritten. Kuasa Allah sepenuhnya, nak tengok tahap kebergantungan saya mungkin. Walhal sewaktu berjalan ke kuliah, saya dah putus harapan, dan rela ditolak markah memandangkan lecturer strict takkan amik sebarang answer sheet after 5 p.m.

Apa yang saya nak stress-kan dalam post ni adalah, always believe that Allah is with us =) Saya tahu ayat ni memang dah biasa didengar, tapi nak buat dan percaya, macam tak sepanjang masa. Rasakan kehadiran Allah dengan limpahan kasih sayang dan kehadiran orang di sekeliling kita. Serius rasa terharuuuu sangat sebab masih ada yang sudi menolong, walaupun sekadar sepatah kata, dan sedikit respon, tapi masih ada!

Kadang-kadang rasa macam "Ya Allah, banyaknya kerjaaaa, boleh ke buat semuaaaa nii???" tapi percayalah, Allah akan tolong.

Tinggal kita je. Nak mohon pertolongan Dia atau tak. 

Nak atau tak.

Yes or no. Macam Bernoulli's principle.

Bernoulli's Principle : Sempat belajar sikit Statistics walaupun dok khusyuk buat assignment dalam kelas. Senyum.

No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...