Thursday, February 21, 2013

609. Jual beli.

"Jadikan cintaku padaMu ya Allah, 
Berhenti di titik ketaatan,
Meloncati rasa suka dan tak suka.

Karena aku tahu,
mentaatiMu dalam yang tak kusukai,
Adalah kepayahan, perjuangan, dan gelimang pahala,
Karena seringkali ketidaksukaanku,
hanyalah bagian dari ketidaktahuanku."

- Salim A. Fillah, Jalan Cinta Para Pejuang


-kopipes inche gabbana :)


Bismillah.

Semalam, saya 'berborak-kedai-kopi' dengan Bulatan Gembira saya. First untuk semester ni [dan utk saya *sigh] tapi second time untuk yang lainnya.

Dimulakan dengan sedikit renungan, sambung pula dengan tadabbur ayat. Satu ayat. 

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang Mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yag benar dari Allah di dalam Taurat, Inil dan al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung."

surah at-Taubah, ayat 111.

Berjual beli dalam konteks ayat, menunjukkan bahawa diri dan harta kita, bukan milik mutlak kita T.T

Disebabkan bukan hak milik kita LANSUNG, sepatutnya semakin mudah untuk kita memberi/menyalurkan, terutamanya di jalan Allah. Allah yang punya segalaNya, diri kita, harta kita, buku, kawan-kawan, usrahmates, ibu, ayah, adik-adik.

Semua!
Kita takde apa-apa! T_T

Dengan kefahaman konteks ayat ini, digerakkan secara menyeluruh aktiviti infaq di mana-mana kita berada. Selain daripada kefahaman, "ada hak orang lain dalam harta kita".

Betul kata 'mak', sepatutnya semakin mudah untuk memberi.

Dan ayat ini menunjukkan salah satu JANJI kita pada Allah. 
Hello, jual beli kot. Kalau tak janji, tak jadi la jual beli, iye tak?

Dan kena sentiasa bear in mind, jual beli ini adalah yang paling menguntungkan. Spend sikit atau banyak, untungnya sama. insha Allah syurga! :)

Banyaaaaaak sangat kefahaman yang boleh kita dapat dari satu ayat. Bayangkan ibrah lain yang boleh kita amik, and praktikkan dalam kehidupan.

Walaupun bak kata 'mak', tadabbur al Quran memang ikut tahap iman kita. Kalau iman tengah mencanak naik, baca satu ayat pun dah dapat giz banyak. 

Tapi kalau tengah bersarapan pagi [baca : futur. ceh, tiru inche gabbana lagi], baca ayat pasal azab Allah pun tak rasa apa-apa.

naudzubillah min zalik! memang sentap on the spot. T_______________________________T

Dah tau and faham 'kontrak' kita dengan Allah, nak buat yang terbaik untuk sambung kontrak kita. Jangan sampai Allah murka baru nak perbaharui 'kontrak'.

*dush

No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...