Saturday, February 16, 2013

606. Mencari.

Bismillah.

Jujur, saya sedikit 'cuak' untuk menghadapi semester ni. Sebelum semester start hari tu, dah mula rasa macam tak-senang-duduk, walaupun waktu tu kat rumah lagi. Rasa macam nak kena buat banyaaaak benda, tapi bila pegang pen and notebook, macam takde apa yang keluar. Hmm, pelik.

Lebih-lebih lagi bila semester dimulakan dengan dua program induksi yang berupa pelatihan sempena taklifan sem baru, lagi la rasa berdebar. Anyways, berdebar bukan tachycardia, tapi iyelah, cuak. Tapi dipendam dalam2 perasaan tak senang-senang tu. Always try hard untuk sentiasa yakin yang Allah akan tolong.

Allah ada bersama. 

Apa yang nak cuak sangatnya?

Rasa 'sedikit' cuak mengenangkan tanggungjawab yang bakal dibawa. Saya faham semua orang ada tugas masing-masing, and saya yakin, semua orang rasa berdebar dengan tanggungjawab masing-masing :) Cuma itulah, bila saya kenangkan balik segala 'kenangan berpersatuan' dahulu kala, saya harap natijah kali ni tak serupa. Baik dari segi impak kenangan, mahupun apa yang jadi dengan study. Allah, doakan.

Saya yakin, dan cuba keep in firm dalam fikiran bahawasanya kita akan diuji dengan titik kelemahan kita. Sebagai contoh mudah, pada diri. Saya seorang yang kurang sabar. Maka kalau diingat2 semula, segala musibah yang menimpa pada diri, memang berkisar tentang kesabaran. Hari tu ada berbual pendek dengan Wawa, and she did said the same thing. Mungkin, sebab kita asyik fikirkan dan fokus pada perkara yang kita tak suka, instead of thinking positively in everything that happened.

Baru nampak anjuran Islam untuk mencari hikmah dalam semua perkara, terutamanya dalam ujian yang menimpa. In the west, they called it as "think positive". :)

Saya juga berharap, dengan taklifan baru ni, dapat menjadikan diri saya lebih baik, serba serbi berbanding sebelumnya. Itulah privilege orang yang RASA ada tanggungjawab pun, tak semestinya sebuah jawatan. Kalau ada rasa tanggungjawab pada basic2 macam hamba Allah dan khalifah pun, akan menjadikan diri kita lebih baik, insha Allah. Sangat berharap jua agar diri ini menjadi manusia yang lebih berlapang dada dengan orang lain, dan juga ujian yang menimpa. Amin.






Normal bagi kita, sebagai manusia biasa, untuk merasa susahnya menerima atau memberi kemaafan. Apatah lagi kalau kemaafan itu perlu diberi atau diterima dari orang-orang yang rapat dengan kita. 

Lebih dahsyat lagi kalau hanya kesalahan yang mampu dihadam, dan tiada lansung gerakerja kemaafan selepas tu. Oh, jauhkanlah. Di sinilah saya rasa erti berlapang dada perlu diperhebatkan. Serius, ini rujukan untuk diri sendiri di masa hadapan -.-"

Especially bila teringatkan tahap ukhuwwah yang paling rendah = berlapang dada.

Mak aih, kalau nak berlapang dada pun payah sangat, baik tak payah bersahabat je. Iye tak?

Pernah ditanya adik-adik, "Kak, macam mana kalau asyik kitaaaaaa je yang nak tolerate, tapi kawan kita tak pernah nak tolerate pun?". Telan air liur sekejap mendengarnya. Dah lah soalan itu diajukan secara lansung [Baca : live], nak cari ilham pun agak payah memandangkan diri sendiri pun masih merangkak nak apply dalam diri.

Tapi mengikut pengalaman diri dan nasihat beberapa orang kawan dan roommate, cari orang ketiga yang kita rasa thiqah dengannya. Maksudnya, orang ketiga tu tiada potensi untuk menjadi batu api. Eheh. Then, minta dia tolong leraikan mana yang patut. Mungkin boleh slow talk dengan kawan kita yang susah nak tolerate tu. 

Cara lain, agak-agak susah sangat, put a limit. Oh, ini memang cara saya. Correct me if i'm wrong, seriously. Sebab setakat ni tak de orang tegur lagi. Put a limit with that specific person bukan bermakna menganjurkan permusuhan. Tak musuh pun. Tegur macam biasa, tapi untuk rapat seperti sebelum atau sedia kala, memang harap maaf. Motif? Untuk mengelakkan saya kepada rasa TAK NAK berlapang dada pada dia, dan mengelakkan dia daripada BERDOSA sebab menyakitkan hati orang lain. 

Tapi cara pertama lagi bagus. Slow talk. Tapi kena cuci hati perabih betulkan niat untuk menegur supaya boleh mengeratkan persahabatan dan supaya dia tahu kesalahan dia. Nampak susah kan? Memang susah. Semoga berjaya :D

"Nak kerja senang.."

"Anis, kau dah isi form __________ tu? Kau pilih biro apa?"

Soalan ni, sangat hangat waktu cuti raya Cina yang lalu. Borang menjadi committee untuk satu event yang boleh kata besar jugaklah untuk kampus satelit macam kami ni. Tapi bukan besar/gempak/hebat yang menjadi taruhan kot, tapi 'saham-saham' yang boleh dituntut kat Sana nanti, insha Allah.

Memilih biro apa memang nampak simple. Dan secara jujurnya, saya suka pilih biro untuk commit pada perkara yang saya tak pernah buat lagi. Saje nak top up kelemahan diri. At least, adalah experience. Senang atau susah? Dah itu memang lumrah, kata nak commit?

"Oh, aku pilih regis (registration) kot. Aku nak buat kerja sebelum event je. Waktu event aku nak participate. Aku rasa ni paling senang kot." jawab seorang kawan bila saya tanya semula perihal biro pilihan dia.

Saya hormati keputusan dia. Hurm, masing-masing punya cara, kan?

"Saya apply sebab nak tau macam mana rasa interview. Itu je."

Yang ni, saya memang no komen -.-"

Tersentak saya tatkala ditegur secara silent (memang tahu diri sedang ditegur pun) perihal nak tarik diri dari memegang amanah, oleh seorang ukhty last year.

"Once kita dah amik borang, dah jatuh satu amanah atas bahu untuk digalas. Apatah lagi lepas hantar borang. Kiranya apa-apa result daripada application kita lepas tu, kita kena tanggung. Maknanya, kita memang dah prepare untuk memegang amanah ni. Tak kisahlah orang yang bagi borang ke, orang suruh apply ke."

Serius bro, sentap on the spot. 

Memang terasa. Tapi 'terasa' yang positif, insha Allah. Macam tak pernah terfikir pun perihal lainnya. Asyik fokus pada 'kesusahan' memegang amanah. Lepas tu mula nak mencari berjuta alasan untuk menidakkan.

Lupa yang Allah sebaik-baik Perancang. Astaghfirullah.

Tetaplah yakin, setiap perancangan Allah, berhikmah. Untuk diri kita juga. Bila rasa goyah, saya yakinkan diri saya, Allah ada perancangan lagi daebak untuk saya. Who knows? :)


Impian :)

Bila bercakap tentang jawatan, impian, masa depan, rasa macam di awangan.

Mesti fikiran nak melayang waktu 'kata-kata kosong' menjadi sandaran. Satu masa dulu. Heh *jiwangnya ayat

Bila lihat realiti sekarang, saya rasa dia masih pegang dengan setiap butir kata-kata dia ucapkan dulu, yang saya sangka 'kosong'.

"Jom! 3rd year? Kita apply sama-sama!"

Tiba-tiba sahabat bagitahu, kemungkinan besar dia bakal menjadi Presiden. Allahu.

Walaupun tak confirm lagi, tapi usaha ke arah tu macam dah nampak sekarang. 

"Bestnya! I memang teringin nak pergi Turki.. Entah bila la dapat pergi."

"Jom! Saya pun memang bercadang nak pergi Turki.."

Tup tup.. Nampak iklan tentang educational trip to Turki anjuran persatuannya.


Saya di mana?

Takpe. Saya serahkan semua kat Allah :)






Semanis Turkish delight. 

Begitulah doa dan impian saya.

:)

No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...