"Aku tengok bendi ni, aku ingat pendidikan seni je."
:')
Entah kenapa, Anith cakap macam tu. Sputtered. Ketika kami tengah khusyuk menghadam makan tengahari.
Makan berjema'ah menyebabkan kami semakin mengenali sesama sendiri. Yang ni suka makan ini, yang itu kurang meminati itu. Berlapang dada dengan makanan favourite masing-masing, akhirnya!
Anith kurang menggemari sayur bendi. Saya pula hampir 'belasah' semua jenis sayur, kecuali err jering err.. err.. peria! :) Dan saya dan Yaumil amat menggemari sayur bendi goreng, kalau goreng berlada mesti lagi umpph!
Ok sampai di situ.
Tiba-tiba Anith cakap dialog di atas. Err. Rasa bersalah menyelubungi. Tapi she's fine with it, alhamdulillah. Cuma, dialog dia, menyebabkan saya, yang suka mengimbau-imbau ni, terkenang zaman persekolahan saya. Dan subjek yang paling....... saya........ tak........ err. Minat? -.-"
Pendidikan Seni.
Bukanlah tidak minat lansung, tidak juga membenci. Tapi gred yang saya selalu dapat untuk Peperiksaan Akhir Tahun [ya Allah, lama tak sebut perkataan ni :') ] hampir samaaaa je.
B+/C+/C (????)
Jarang sangat, menghampiri mustahil, untuk dapat A.
Lalu, kami yang tengah makan tengahari ni, duduk reminisce our old schooling days. Rasa sangat syok, dan terharu pulak tiba-tiba. Bayangkan, kami semua lahir tahun yang sama, tapi menghadapi hari-hari persekolahan di tempat yang berbeza, yet the agenda/scenarios/trends were almost the same! Woah!
Eh, subhanallah! :)
Dari iklan di TV, musim permainan yoyo, kereta tamiya, sesi bagi alasan-untuk-tak-bagi-kawan-pinjam-kaler [colour pencil], kelas muzik main recorder [:P] dan pelbagai lain. Sampailah masuk subjek pendidikan seni.
Sebab Anith cakap pasal bendi :)
Seperti biasa, saya masih ingat lagi. Bila peperiksaan menghampiri, cikgu pasti akan distribute jadual peperiksaan, macam surat pekeliling. Ok, taat dan patuhnya akan lipat kemas-kemas. Balik rumah akan terus dihulur kepada ibu atau ayah di rumah. Lepas tu ibu dan ayah mesti pesan, "Haa... dah tak boleh main-main. Kena belajar ni. Kalau dapat nombor 1 ayah bagi .........". Ok stress. Poyo. :)
Lepas tu dengan patuhnya masuk bilik sendiri, amik cellotape and tampal jadual peperiksaan tersebut kat dinding. Wah, tiba-tiba rasa macam, "Kenapa aku makin degil dan malas ni?" -.-"
Bila jadual peperiksaan diberi kepada students, selalunya diiringi juga dengan soalan peperiksaan untuk Pendidikan Seni. Korang ingat lagi takk??? Yang ada banyak soalan, kita pilih satu, and prepare kan bahan2. Nanti pada hari kejadian, tinggal buat dan hantar je.
:')
One thing, boleh kata sekali atau dua kali je sepanjang saya bersekolah rendah dahulu kala, saya buat soalan nombor 1, yakni soalan untuk MELUKIS.
Melukis pemandangan, berkelah bersama keluarga lah, pergi ke zoo lah, macam-macam. Tapi ibu yang sangat mengenali saya dah tahu, saya takkan tengok pun soalan nombor 1 tu, sebab saya tak minat melukis. And usually, saya akan go for something yang, practical sket la. Menganyam ke, kolaj ke, tiup water colour ke [???]. Tapi menganyam memang susah kot. Dulu la. Huhu.
Selalunya, saya akan bagi terus soalan pendidikan seni kat ibu. Nanti ibu akan browse satu-satu. "Ibu, akak tak nak buat lukisan.". Pastu ibu nodded, then tengok balik soalan tu.
"Akak buat yang ni la. Nanti ibu ukirkan. Pastu nanti akak cop-cop atas kertas lukisan je buat corak." suggest si ibu.
Sedih. Eh.
Pastu sebelum hari kejadian, ibu-lah yang akan berusaha ukir something atas kentang, bawang, pelepah pisang dan for sure la, bendi :)
Saya? Tengok je la. Haisy, entah apa-apa la.
Waktu hari kejadian, saya dengan semangat bancuh water colour, gi tandas berulang kali nak letak air la, apa la. Lepas tu, amik sayuran yang diukir ibu, tekap pada pallet, then cop kat atas kertas.
:)
Kalau difikirkan balik, tak sepatutnya saya bertanyakan diri sendiri, mengeluh, kenapa kena belajar subjek pendidikan seni ni. Saya memang tak berseni. Bila dah besar panjang ni, baru nampak, kenapa kita belajar semua subjek, dan kenapa waktu sekolah rendah takde pengkhususan subjek lagi.
Salah satunya, supaya otak kita berkembang 'pesat' :) Guna kedua-dua belah otak.
Alhamdulillah.
Next, bila saya fikir balik, betapa sabarnya ibu melayan kerenah saya. Saya yang nak exam pendidikan seni, tapi ibu lah yang busy2 ukir itu ini. Saya sendiri wondering, macam manalah kalau saya punya anak sendiri nanti. Penyabar tak saya agaknya? T_______T
Ya Allah, kasihanilah ibu dan ayahku sebagaimana mereka mengasihani aku ketika aku kecil. Ameen.
Kini, ibu selalu call saya.
"Akak balik rumah terus tau. Ibu dan ayah rindu kat akak."
T.T

No comments:
Post a Comment