Meeting 1st
Seperti kebiasaannya, untuk aku duduk di bahagian hujung
bucu meja, bertentangan dengan posisi Presiden di bahagian tengah meja bulat
meeting. Saje, nak bergaul dengan ahli-ahli lain. Tak nak biased mainboard2 je
duduk depan. Dah biasa, bro. Nak buat macam mana kan. Heh.
Seperti biasa juga, buku nota dikeluarkan dari beg,
sejurus selepas melabuhkan punggung di kerusi. Penutup pen dibuka, diselak muka
surat yang kosong pada buku nota. Dah biasa, bro. Buat je la macam tu kan. Heh.
Cuma kali ni, jaket tidak disarungkan, seperti
kebiasaannya.
Orang-orang pada meja bulat pun, bukan seperti
kebiasaannya.
Yang mengetuai meeting juga, bukan orang yang selalunya.
Allah, aku mengelamun rupanya.
Kami berta’aruf ringkas. Eh, ringkas ke? Nama disebut
tanda pengenalan diri. Terus ditanya tentang carakerja saya yang selama ini tak
pernah diperhatikan, oleh diri sendiri.
Ditanya jua tentang apa yang orang tak akan sangka, pada
diri sendiri.
Seterusnya, ditanya cara menghilangkan stress pada diri.
Sungguh, ta’aruf.
Perlulah kan, nak bekerjasama katanya. 1 tenure pulak, 2
semester. Allah, semoga dipermudahkan langkahan2 ini.
***
Self-centric.
Saya faham amat, kalau setiap kali menjelang waktu
imtihan nihai’e bermula, semua nak stress-stress kan. Semua assignmentss pinta
di submit pada minggu terakhir pengajian/lecture. Allahu.
Bilamana busy, mulalah nak terlepas pandang dalam
menunaikan hak-hak hambaNya yang lain kan? Contoh mudah : kawan atau roommate.
Allah.
Ini situasi saya lah. Heh.
Tapi, jarang benar untuk kita, duduk sejenak, dan mula
menanyakan diri kita tentang sahabat kita. Busy kah dia? Sihatkah dia? Dah
makan kah dia?
Yang kita perasan, kita, kita dan KITA!
Maka, merajuk bukanlah penyelasaian mudah lagi ampuh dan
matang buat masa ini, di ketika ini.
Dan, merajuk dengan saya, apabila minta dipujuk, maka
bukanlah alternatif sesuai untuk diri ini. Serius, tak sesuai.
Sila berusaha untuk tidak mengamalkan qaedah self-centric
dalam diri ye.
Sumpah, rugi.
T_T
***
Terkilan. Terkejut.
Tatkala seorang satu level dorm di KUSESS dulu kembali meng-tagged saya pada satu post beliau di FB.
Syukurlah beliau masih mengingati saya, to be included in her post together with her circle of friends, yang, nampak sangat berbezanya dengan saya.
Yang akhirnya, saya un-tag myself from the post -.-
Bukan sombong, tak juga lupa diri. Cuma kadang-kadang orang terlupa yang "People's changed." Inilah contoh hakiki yang selalu terjadi. Manusia berubah bro. Jangan sekali samakan orang, and expect them to be the same as we all knew her, like 5 years ago? -.-
People's changed. At least in their size. Believe me.
Begitu juga dengan saya. Walaupun perubahannya tak signifikan pun, tapi kawan-kawan dalam friendlist terdiri dari pelbagai latar belakang dan sejarah kot.
Mad'u.
Anis Spark dah takde dalam kamus.
p.s Ikut kata hati rasa nak un-friend je. Ikut kata iman, "ala, dia tak tahu kot. untag je la."
***
Kadang-kadang terfikir,
dah tertulis jalannya sehala dalam hidup kita.
Tapi,
kenapa masih berdegil untuk menoleh ke belakang,
dan merenung kembali sejarah silam.
Walhal, cahaya datang dari arah hadapan?
Adakah aku yang kecewa dengan perjalanan ini,
atau AKU yang masih menyimpan rasa ragu dengan agenda Allah yang berhikmah untuk aku?
***
Pernah sekali dalam minggu ni, air mata aku tertumpah.
Yup. Di UIAM.
To be exact, di bilik 2.4.
Kadang-kadang rasa pelik dengan diri sendiri. Kadang-kadang rasa janggal dengan orang lain.
Pernah terlintas, "Kenapa asyik aku je yang kena beralah?". Nampak macam, "Allah. small matter je Anis oit."
Tapi tidak.
Bilamana perlu beralah setiap masa dan ketika dan keadaan, aku akan end up senyap. Hibernate sendiri.
Lalu, timbul masalah kedua. Dikatanya aku dingin.
Pulak.
Manusia memang tak pernah puas. Dan memang motif hidup aku, bukan untuk memenuhi kehendak manusia.
Noted that.
*notadarisisibudakkecilaku
p.s dah malas nak layan.



No comments:
Post a Comment