Saya pernah cakap, saya suka dengan bulan November.
Nak kata tertunggu-tunggu, menunggu detik berakhirnya satu tahun. Ah, suka ke?
Suka nak jadi makin tua? :)
Tapi, November 2012 banyak memberi kesan dalam diri.
Sehingga ke hari akhir bulan ini pun, masih mahu memberi 'pengajaran' untuk diri ini -.-"
Banyak yang saya pelajari, pengalaman yang mampu saya kutip, simpan. Tapi pengalaman memang mengajar supaya diri menjadi lebih kuat dalam semua segi. Tak kira, waktu gembira, suka, duka, sedih, payau, masin, semuanya!
Semoga pengalaman yang dilalui, menjadi tauladan terbaik dalam mengemudi masa depan.
Tidak lain yang saya harapkan dari sebuah pengalaman, cuma mahukan seinfiniti redha Allah, dan cuma mahu menjadi lebih -itqan!
Ameen.
Pulang dari 'cuti singkat' Heroes Conference 2012, diri berasa terpanggil untuk menghadiri daurah, tentang buku/kitab/manhaj 'Hazadeen', oleh Ustaz Muhaimin.
Daurah di Lecture Hall 1, Kuliyyah of Medicine. Hari Ahad. Pagi sampai tengahari. Woah, how did you expect that?
Dalam hati sendiri pun ada secalit rasa curiga untuk bertahan hingga ke akhirnya :O
Tapi, alhamdulillah. Allah tolong.
Tak ngantuk, lansung. Sebab tangan 'khusyuk' mencatit point-point penting yang dikupas.
Ada sisi kelakar, paling banyak yang menyentuh hati. Tidak kurang juga yang menjentik rasa. Most of the time, macam terhantuk pula di kepala.
Banyak yang terkesan, tapi paling terkesan bila Ustaz mengaitkan simbiosis iman kita dengan kehidupan sekeliling kita.
"Kadang-kadang kita ni lupa yang Allah ni dekat dengan kita. Cuba rasa jantung tu. Berdegup, sebab menuruti perintah Allah. Kalaulah Allah kata "Stop!", agaknya dia berdegup lagi tak?".
Menitis lagi.
Lesson learnt : Kalau rasa sedih sangat, down sangat, letak tangan kat dada sebelah kiri. Rasai degupan jantung, rasakan yang Allah ada bersama kita, sentiasa! :')
Mencuit hati.
Saya takkan pernah melupakan 'pengalaman' berada dalam AGM MRC yang saya hadiri. Beserta pengalaman-pengalaman, PENGALAMAN selepasnya. Insya Allah, selama-lamanya!
Berkorban, bukan bermakna lemah. Tapi lebih kepada ingin menjaga maslahat yang lebih aula.
Berkorban, bukan bermakna lemah. Tapi sebagai tanda menyahut cabaran!
Berkorban, bukan bermakna lemah. Tapi sebagai langkah menerima tanggungjawab, sebelum kepada tanggungjawab yang lebih besar.
Berkorban, tidak dan sangat tidak mewakili kelemahan. Tapi untuk menjaga hubungan antara manusia, dan dengan Allah!
Antara nikmat berukhuwwah fillah [yang sebenarnya!]
Membaca zikir mathurat sambil mentadabbur alam.
Nikmat, bro!
:)
4 tahun study di pantai timur, specifically Pahang Darul Makmur, tidak pernah dalam satu semester tidak ke pantai.
Mesti pergi, at least sekali! ^__^
#Senja di Pantai Balok.
Usai present Pharmacology.
Nabihah ada selitkan kata-kata ni dalam purse handphone dia.
Meaningful.
Deep.
Rupanya bakal memberi kesan.
Allah.
30 November 2012
Hari pertama sebagai contact lens wearer, setelah 5 tahun [last pakai tyme Form 5, specifically and especially untuk Malam 1000 Kenangan]
*beribu kenangan-lah sangat! -.-"
Khas, untuk kak Faz. Jadi patient Kak Faz.
Bakal memakai untuk tempoh 3 bulan.
Ayat belakang kertas : Practicing :P
Aku [terus! Tiba-tiba!] memang tak faham kalau budak Gombak menghabiskan weekend di bilik, dan pukul 10 masih terbaring di atas katil. Eh, nak buat tanda seru boleh? [!]
Berlambakz, malah melambaks aktiviti oleh ratusan club-club di UIAM menunggu untuk di-join [ok, sekarang dah takde sebab last date for activity in Gombak is 1st December]
Walaupun bukan semuanya aktiviti outreach, tapi wacana-wacana ilmu dan pemikiran macam kat atas ni sangat best kott!
#Bila takde mencari, bila depan mata mula menoleh kanan kiri.
S : "Kak, pernah datang Nusaibah? Jom la lunch kat sini! Sini makanan sedap-sedap!"
Pujuk adik S, seraya mendengar aku ingin bertemu dengannya. Tiba-tiba aku terfikir, aku di library, dari Mahallah Aminah.
Maka aku perlu memanjat tangga Batu Caves itu, buat kali kedua.
*Telan air liur*
Di checkpoint ke-4, tangga Batu Caves Mahallah Nusaibah.
Aku rasa aku hipokrit tiba-tiba.
Bila panjat tangga, sorang-sorang tanpa ada manusia berselisih, aku gasping macam apa.
Bila nampak kelibat manusia yang aku bakal selisih, terus cover 'macho' macam aku lah atlit Olimpik! -.-
Macam tu lah agaknya aku tatkala cover dosa sendiri.
Ya Allah, malunya aku! T_____T
Memang penat. Tapi bila aku pusing ke belakang, pemandangan masjid ini memang superb and breathtaking habis!!!
Subhanallah!
Terus snap gambar! Heh.
S : "Kak! Nak tangkap gambar akak!"
Pinta adik S tatkala kami berdua menuruni tangga Batu Caves Mahallah Nusaibah tadi.
Saya hanya menuruti kehendaknya. Well, dah lama tak jumpa :)
S : "Ok. Akak, buat-buat lah macam tengah tengok pemandangan.. Hehe."
Eh, boleh pulak budak ni *dalam hati*. Sekali lagi saya hanya buat apa yang disuruh.
Usai snap, usha gambar.
"Eh, lawa pulak." *dalam hati lagi*
:D
Ini permintaan last, sebelum kami berpisah.
Sebelum dia asyik mengulang-ulang ayat yang sama.
"Akak nak kahwin nanti jemput saya tau! Tau!"
:)
P.S Kereta kuning comel, jangan buat orang terkejut sangat. Boleh?











No comments:
Post a Comment