Sunday, May 20, 2012

502. Post Mortem.

"Ok, malam ni kita ada Post Mortem. Semua wajib hadir eh."


Oh. Habislah.


Salah satu perkara penting dalam pembikinan sebuah event, POST-event, adalah post mortem.


Dan juga sidang meeting yang paling orang tak nak datang, kalau boleh.


Walhal perkara inilah yang paling penting, sesi muhasabah beramai-ramai atau jamai'e semua komiti. Nak tau mana yang buruk, salah. Boleh diperbaik untuk masa akan datang. Yang dah sedia baik, cantik, kita perhiaskan lagi, supaya lebih baik!


Tapi bila dengar perkataan P dan M ni je, orang dah terbayang 'hentaman'. 


"Kalau boleh pihak PC di masa akan datang peka dengan sebarang perubahan semasa majlis. Supaya biro lain takdelah kelam kabut sangat ye."


Si dia di biro PC hanya mampu menunduk. Mengetap bibir, sambil mengangguk. 


Yang lain hanya memerhatikan. "Bila lah turn aku pulak ni." getus hati kecil masing-masing.


Wah, suasana Post Mortem.


Post mortem juga seringkali dikaitkan dengan unsur kinayah. Err, apa itu kinayah?


Kinayah 'membina' mungkin boleh tolerate lagi, tapi kinayah berbaur hentaman/payback, memang terasa.


Sebab tu lah post mortem selalu diistilah kan, meeting menuding jari.




'ala kulli hal, penting kot post mortem ni. penting bagi S/U sebab kena buat report. penting bagi PM mengenal pasti baik, buruk, kelemahan dan sisi cemerlang programme under beliau. penting bagi AJK Makanan mengetahui kesedapan atau tidak, makanan yang diagihkan. *nak cakap betapa pentingnya post mortem meeting ni*


tapi disebabkan istilah disalah erti kan, kita pun berubah minded terhadap meeting ni. 




Macam saya baru-baru ni. 


Setelah membuat gerakerja untuk satu aktiviti susulan sepanjang semester ni, hanya baru sekali, pertama kali, dan mungkin yang terakhir untuk semester ni, mengadakan post mortem [air mata mengalir]


Saya tidak memegang peran yang besar dan 'berjenama'. Sekadar memastikan venue di booking, dan hanya menolong mempromosikan aktiviti. Oh, itu bukan masalah utama.


Tapi, ketika sesi post mortem bersama barisan AJK terdahulu, kakak N, bekas pengarah memberikan kata-kata, membekas di hati.


Kata-katanya saya tak ingat exactly, tapi lebih kepada mentajdidkan semula niat bekerja kepada Allah, dan mengingati semula objektif setiap aktiviti dianjurkan.


Nampak simple kan? Ada pula yang menganggap cliche. pergh.


"Walaupun tugas yang diberikan sekadar book tempat, tapi janganlah bekerja sekadar untuk memenuhi jobscope kerja. Ingat semula apa objektif kita. Kita nak seru orang kepada Allah. Allah itu yang utama."


"...kita perlu bekerja, untuk menjadi bukti kepada Allah, inilah usaha kita. Kalau kerja biasa-biasa sahaja, macam mana kita nak buktikkan kepada Allah?"


Kak N suruh kami rujuk surah al-Insyiqaq, ayat 6.




".....sesungguhnya kamu telah bekerja keras menemui Tuhanmu, maka kamu akan menemuiNya."




T.T


"Anis, ni contoh je tau. Jangan terasa pula." ujar kak N sambil tersenyum. Cuak rasanya kalau-kalau saya terasa lebih ke, nak-nak pula saya duduk betul2 bersebelahan dengannya.


Saya tak kisah lansung kak, malah berterima kasih kepada akak kerana dikurniakan ilham oleh Allah untuk menegur saya, indirectly :(


Sangat.Tak.Kesah




Betul lah. Dalam pada 'penat' melayan kerenah dunia, kita selalu terlupa perkara-perkara ni, motif UTAMA segala perkara/kerja yang kita buat.


Hanya untukNya. 


Bila motif utama tu dilupakan, apa agaknya natijahnya?


Lesu.Lemah.Tak bermaya.Tak bersemangat. You named it.


Tapi lepas post mortem, dah tahu kelemahan masing-masing, rasa SEMANGAT pun datang jua. Walaupun terpaksa pendam semangat tu sampai ke next LONG semester, which will be started insyaAllah somewhere in September. :)


Amacam, penting tak post mortem ni? :)










---------------------------------------------------------------------------------------------


P.S Rasanya lepas ni kena tukar perkataan post mortem kepada 'Muhasabah Jama'ie' kot. Psycho habis words PM tuh. Ergh.


-Sila buat sesi muhasabah secepatnya. ASAP. Kalau nak tunggu selepas dua minggu program habis, memang harapanlah! Lemau.


Just saying ;)









No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...