
Assalamualaikum.
Seperti tersangat lama tidak menghapdate blog :) Memang terasa, nak nak kalau lepas baca Angel Wears Gucci punya blog. Memang rasa macam nak menaip je.
Banyak yang berlaku sepanjang saya tak menghapdate blog ni. Alhamdulillah, diberikan peluang oleh Allah, bukan sekali dua, malah banyak juga menghadiri talk yang dianjurkan di sekitar UIAM. alhamdulillah [dengan chorus lagu 'Alhamdulillah' by Opick dan Amanda]
Tapi, hof kos yang menarik hati saya nak mencoret kali ni dalah berkaitan hari ni. Yep. Hari ketiga hujan tak berhenti-henti di Kuantan. Ada juga rasa resah gelisah pasal hujan ni. Selain daripada best, hujan jugak dapat membuatkan saya rasa macam nak banjir je. Heh. Poyo la Anis.
Oh, aah ek. Hujan pun boleh jadi nikmat dan ujian buat kita. Nikmat sebab taklah panas terik kan? Ujian sebab stokin kaki semua dah lencun dek berjalan atas jalan tar dan tanah yang berlumpur. So, nampaklah yang kita ni memang sesungguhnya LAYAK untuk diuji.
Tak mengira saiz tudung
Mungkin ada yang chuckles manja-manja bila baca caption kat atas. Eh hello Anis, perlu ke kaitkan saiz tudung dengan ujian?
Eh, hello! Of course la!
Ujian Allah, sememangnya lah tak mengira saiz tudung anda dan saya. So, jangan rasa bila dah bertudung saiz besar atau labuh, maka engkau atau aku tidak layak untuk diuji.
Tapi kerana sifat Allah yang sangat Maha Mengasihani hamba-hambaNya, Dia tidak pula menurunkan ujian itu sesuka-sukanya kepada para hambaNya itu. Dia sangatlah mengambil kira kemampuan kita ok.
maksudnya, ujian itu kadang-kadang nampak berat di mata empunya diri yang diuji, tapi pada saya, takdelah berat mana. dan vice versa.
Sememangnya bukan berat atau tidak yang menjadi MOTIF diturunkan ujian tu. Tapi, sejauh mana kita BERSABAR dan BERLAPANG DADA ketika diuji dengan mehnah yang Allah turunkan itu.
Dalam banyak beribu ujian, saya sedar, pada umur dan keadaan rakan sebaya saya sekarang, ujian mereka adalah yang fitrah. Iaitu perihal lawan jantina.
Alhamdulillah.
Walaupun saya tidak diduga dengan perihal ini, tapi saya diduga dengan bermacam lagi ujian lain. Fair la kan?
Pernah suatu ketika sedang saya dan seorang sahabat sibuk menampal poster sekeliling mahallah2 di UIAM Kuantan, kami 'galak' berbincang pasal 'benda alah' ni.
Lumrah si perempuan, bila diusik sikit mulalah nak 'melatah'. Melatah yang bukan biasa-biasa.
Kalau nak diikutkan, macam nak CEMUIH asyik dengar pasal benda ni. Tapi sebab ni problem yang 'contemporary', terpaksalah di dengar juga, kalau2 ada kawan yang meminta pandangan perihal ini.
Ucap sahabat yang sama2 menampal poster itu mudah,"Buat donno je!".
Memanglah berkata itu mudah daripada melakukan, tapi tiada yang mustahil dear.
Kadang-kadang, perempuan terlalu mudah 'perasan' sampai mengambil kira perkara ni terlalu berat. walhal, perkara ni sangatlah depend on that person yang terkena tempiasnya. kalau dibuat dhek je perkara ni, takdehal pun.
Tapi, sebab terlalu MENDENGAR KATA ORANG, yang kita tak tahu kesahihannya SEJAUH MANA.
Dan bila diuji dengan masalah yang tak besar mana ni pula, mengeluh. seolah-olah diri tidak layak untuk diuji pula. astaghfirullah.
Relax.
Kalau difikirkan semula, banyak sangat perkara yang PERLU DIFIKIRKAN DAN DIRISAUKAN tentang agama dan ummat, berbanding perkara ini yang selalunya, bermain dengan emosi sendiri.
Uruskan lah dengan bijak. Peihal hati dan perasaan ni memang sangat depend kepada diri sendiri, sejauh mana kebijaksanaan kita mengendalikannya. Saya sebagai orang luar, sahabat, kawan dan classmate ni, hanya mampu berkata yang benar dan terang untuk diri saya dan umumnya. Tapi, reluctancy, emosi yang berbolak balik sebaliknya, anda yang menentukan sendiri.
Kadang-kadang fikir, tiada guna membincangkan perkara yang kita dah tahu endingnya apa, dan resolusi nya apa. Tak perlu bicara perkara, semata-mata mahu meminta simpati kepada perkara yang tidak penting untuk orang lain dan juga diri sendiri, sebab kita pun tak tahu orang lain ada prob apa pulak kan.
Takut nanti, aib/kelemahan sendiri yang terbuka. Tak nak macam tu kan.
Apa kata kita mengadu pada Allah je. Allah kan yang tahu isi hati kita.
Biarlah orang tak tau kita ada masalah apa, yang penting Allah tahu. Itulah motif diturunkan ujian pun, supaya kita berbalik kepadaNya.
Ingatkan diri, bila nak meluahkan sesuatu, fikir juga kalau kita menjadi pendengar pada waktu itu.
Peringatan untuk diri sendiri.
No comments:
Post a Comment