Wednesday, November 2, 2011

exam.

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, satu paper lagi tinggal untuk imtihan versi sebelum balik ke rumah Jumaat nih! ;)

Anatomy, treat me well ok? :)

Terasa macam 4 ketul batu besar di alihkan dari bahu saya. Ye, bahu saya. Tinggal satu lagi, takpelahh. Redha dan sabar menanti [padahal study pun tak habis lagi -__-]

Teringat kata ketua Bulatan Gembira saya dalam satu sidang yang lepas.


"Sebenarnya bagus ada exam ni. Menyebabkan kita LEBIH DEKAT dengan Allah."

Betul betul! Tepat sekali! :)

Bila nak exam la selalunya sekolah berebut2 nak buat Grand Solat Hajat. Panggil mak ayah satu kampung semua. Nak nak kalau exam besar macam PMR dan SPM. hehe.

Bagi sesiapa yang tak biasa stay up, akan BERUSEHE bangun awal pagi sebelum subuh untuk qada' waktu belajar yang dihabiskan dengan tidur. Lepas tu before study, mestilah lagi indah dan elok kalau dimulakan dengan tahajud kan? :)

Lepas tu makin giat lah membaca surah Yassin setiap hari selepas Maghrib. Ini keadaan waktu exam :) selalunya lahkan. randomly said.

TAPI, ada juga yang semakin 'malas' serba serbi. Nauzubillah.

Ada yang tak nak solat jemaah, lambat katanya. Malas nak baca Qur'an, baik habiskan baca buku, nota tak sentuh lagi. Nauzubillah2 min zalik. Jauhkanlah kami dr sifat malas macam ni!

Itu baru perihal 'amalan'. Tak masuk lagi kriteria kehidupan. Affected semua jadual tidur, makan.

'Ketegangan' pun semakin terasa. -_____-"


Kita kena cakna, dalam apa jua sekali situasi yang melanda, hatta ketika exam, yang berbeza adalah KITA MENJALANI EXAM, dan yang lain kekal serupa. Contohnya, roommates kita, kawan-kawan kita yang saling bergelak, bersedih dengan kita, kelas, semuanya sama!

Kita juga terikat dengan HAK YANG PERLU KITA TUNAIKAN KEPADA MEREKA. Jangan lupa tu!

Waktu exam atau imtihan, bukanlah waktu yang sesuai untuk memberi reaksi garang, serius dan bermasam muka kepada orang di sekeliling kita. Itu motif utama saya nak kabo kat sini, sambil mengingatkan diri ini.

Kenapa dalam hari-hari selain hari menjalani exam, kita boleh bergelak sakan tak ingat dunia, tiba-tiba waktu exam, nak buat stress macam tak kenal kawan? Oh man, relax sudah.

Dalam hal ni, saya tak salahkan kalau kita cuba bertegas untuk tidak membuat sebarang perkara lagha. Tapi kalau setakat nak bertanya khabar, mengucapkan 'All The Best' pun tak boleh/diberi reaksi garang, cuba kita renungkan ke dalam diri sekejap.

Sepatutnya waktu exam ni lah kita lebih menjaga hati orang. Sebenarnya setiap masa kena berjaga-jaga.

Point yang paling penting is, sebenarnya SETIAP HARI ADALAH HARI PEPERIKSAAN. Kenapa? Sebab Allah sentiasa uji kita kan? Kalau tak diuji dengan kesusahan, diuji dengan kesenangan. Semuanya ujian. Kita je yang tak nampak. Nampak bila susah je. Bila tengah gelak sakan, sambil makan kat luar kampus, tak rasa macam diuji pulak kan -___-

Entahlah. Note untuk diri sendiri. kalau rasa selesa, teruskan lah.


No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...