Wednesday, November 16, 2011

Katak oh Katak~

Assalamualaikum.


"Kejam la budak bio nih!".

Erk.


Walaupun kata kata itu di sambut dan di sambung dengan hilaian ketawa, tapi menusuk jugak kadang kadang -__-

Itulah yang terjadi semalam. Kami, budak biomedical science, buat eksperimen terhadap katak. ye, haiwan amfibia tu [dah lama tak eja seskema ini]

Semalam eksperimen perihal Reproductive System. Kami dikehendaki meng'inject' urine atau air kencing pregnant woman dekat katak yang HIDUP.

ye HIDUP.

Dan alhamdulillah, best jugak semalam. Sebab dapat lawan 'kelemahan' diri dengan memegang katak yang BESAR dan HIDUP itu. Phew. Setelah 21 tahun.

Bukan senang ye. Bukan senang bagi perempuan untuk pegang katak, apatah lagi nak inject pulak kan. Sebab katak pun ada deria rasa ancaman. Dengan injection pun! Serius.

Waktu pegang tu, pastu nak inject, katak tu beriya2 nak melepaskan diri. Dahlah BESAR. Sabar je lah!

Macam mana perasaan pegang katak? Macam pegang belon yang berisi air.

Ok, lepas inject urine kat katak tu, kitorang kene pulak tunggu katak tu urinated. Sebab apa? Sebab nanti nak amik sample urine katak tu untuk dilihat bawah microscope.

Nampak apa?

Sperm bergerak. Kuasa ALLAH.

Walaupun dua habitat yang berbeza, spesies pun berbeza, tapi still, muncul jugak sperm2 tu. Siap bergerak2 lagi.

Hurm.

Itu eksperimen pertama. Eksperimen kedua lebih dekat di hati sikit cewah.

Bukan sekarang la, insyaAllah di masa hadapan.

Pregnancy Test. Yang orang duk bubuh urine, check air kencing.

Yang isteri dok kalut beli bila tak datang haid. Pastu check sorang2 dalam bilik air, kalau positif keluar dengan gembiranya pergi kat suami kalau negatif makin lama duduk dalam bilik air tu.

Heheh. tak dapat bayang jugak? hat ni la..






Senang. Tadah urine [tapi urine yang di gunakan dalam eksperimen ni adalah urine pregnant woman yang kami pun tak tau siapa orangnya]

Pastu, celupkan stick sampai garis maximum.

Tunggu sat, pastu boleh tengok korang positif atau tak.



"Positif!"

Ni hat klinik punya. normal ja. kalau beli kat pmacy macam gempak sikit lawa dia.

Apa yang menyebabkan dia menunjukkan garisan?

dengan adanya hormon hCG.

apakah itu hCG? ha, p tanya syeikh gugel :)









putera katak yang kami inject dengan urine. terima kasih sebab memberi kerjasama yang baik. 'awak' KATAK pertama yang saya sentuh. sila terharu :)

2 comments:

diyanah said...

anis, besar nya katak tu!!!

suria.afifah said...

omggggggggggg...serious? ari kencing pun boleh ransang katak tu utk keluar kan sperm?
serious geliiiiiiiiiiii!
huaaaaaaaaa....
huhuh....must b hormone punye pasal la tp kan? huhuh...

neways,
bravo anis pegang katak! hahaha...pakai gloves kan tapi? haha...
how long did it take u guys to wait fr tht fella to urine??? huaaaa...lolsz...

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...