Monday, October 3, 2011

Menanti di batas waktu.



Assalamualaikum.


Mode : Penat. Seharian berada di luar bilik. Ke cafe untuk menikmati makan malam.

Sedang makan.

Makan sambil berbincang *tak senonoh kan*

Tiba-tiba.


B : A, kalau ada orang 'nak' sekarang, A nak kahwin tak?

A : Ha? *Berhenti potong daging. Tengok muka sahabat di depan*

B : Kalau ada orang nak kahwin dengan A, A nak tak?

A : *Buat-buat potong daging, macam liat sangat* Erm... *panjang fikir* Tak kot. Eh, entahlah. Kenapa? B ni tanya macam benda kecik je!

B : Takdelah. Ada orang tengah mencari. Saje tanya A, mana tau A nak ke *Nada suara tak boleh lagi serius pulak kan.*

A : Oh. *Takde perasaan* Kenapa tanya A je, kenapa tak tanya orang lain? Entah2 orang tu nak kat B, tapi dia saja je cakap tolong carikan!

B : Eh, tak lah! B tak kenal dia pun. Dia suruh kawan B carikan. Pastu kawan B suruh la B cari-carikan jugak.

A : Oh. *sekali lagi takde perasaan* A kenal dia tak? Eh. *rasa macam tanya soalan apa pulak*

B : Tak kenal.

A : Oh. Dia course apa? *boleh tak tanya macam ni? mana lah ciri2 soalan tarbiyyah nih T_T*

B : Tak tahulah.


Seriously, saya tak tahu la nak cakap apa kalau orang tanya macam tu kan. Bila ditanya, saya terus terbayang something.

Yang. Saya. Tak. Tahu. Milik. Saya. Ke. Tak.

Situasi ni pernah hinggap kat mimpi saya dulu. Dulu dulu. Tapi tahun ni juga rasanya. Orang melamar, bukan sahaja melamar, dah bawak rombongan ke depan rumah dah pun.

Yang bestnya, saya tak kenal pun orang tu.

Saya gabra habis lah.

Ingat lagi, apa yang saya buat.

Saya call calon menantu kesayangan ibu, sambil menangis-nangis T_T

Tapi itulah mimpi, sesak menangis di bawa sampai ke realiti.



Tak tahulah dah bersedia ke belum. Bak kata2 Minn Edina dalam Versus, kalau nak tunggu bersedia, sampai bila-bila pun takkan bersedia.

Tapi saya akui lah, saya memang menanti di batas waktu pun :)(:

Setelah apa yang dilalui, bersama. Saya menunggu saat dan ketika je.

Saya rancang dan cakap je, semuanya Allah yang tentukan.

If He say "Kun!"....--> bak kata Dr. Razak, lecturer UNGS saya :)


Saya yakin, 'dia' yang saya tak tahu siapa tu pun, menanti di batas waktu.





menaip sambil mendengar lagu Nantikanku Di Batas Waktu-Edcoustic.





Gambar ni diletak bukan sebab Ustaz Azhar ye.

Cuba cari sebab apa.

:)




p/s : kepada yang terasa dia macam watak B yang dinyatakan, jangan reveal diri anda ye. Hehehe :P


3 comments:

Afyfa said...

Anis... So sweet.... NEway cite yang rombongan datg meminang tu btul ke????

Ak doakan ko jumpa jodoh yang baik key =)

suria.afifah said...

omgggggggg...anis!
i have a friend *guy* dye pun mintak tolong i carikkan utk dye.
u tlg tanyer2 kan...
he's in my clas..one yr older than us. senyap orgnyer *tp his mind,Allah je yg tahu* hahaha....
dye just akte nk budak uia..hahah...mentah2 i budak EXuia,xabes2 tanyer!

A.N said...

asy : haisy, sorry asy, aku memang jarang komeng2 kat blog ni. terima kasihssss sesangatss sebab sudi drop a comment :D obviously cerita rombongan tu bukan yang betul. kalau betul, maka dah melayang lah kad kawen kat kau kan? :D

amin. kau pun aku doakan.

suria : seriously? jap, ayat akhir u tu, apa maksud "akte"? dia NAK or TAK NAK budak uia? :P
hurm, ramai kat sini nih, tak masuk gombak, pj n nilai lagi. bagi specific description sket :D

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...