Sunday, October 23, 2011

Di kala selesa 'di suap' dengan tarbiyyah..


Assalamualaikum.

Balik rumah kali ni tak seperti selalunya. Bila balik UIAMK tercinta semula, hati macam tak rela je.

Mungkin kerana emosi tak stabil. Tak stabil sebab semalam, yang di bawa ke hari ni.

T_T


22102011 low yatt plaza

Memang agenda 'bijak' lah kalau nak pergi area Golden Triangle ni malam weekends.

Tapi kalau dah student macam saya nih, dah lah uni jauh kat pantai timur, memang haruslah pergi time weekend kan? :)

Semalam saya ke Low Yatt, kononnya nak trade-in lappy, dan beli satu netbook. Itu fokus sebenar. Ibu berkehendakkan saya bawa balik satu netbook baru ke UIAMK.

Dan semalam, Om [pak cik saya dari Johor] bawak saya dan adik serta isterinya meredah KL untuk menunaikan hajat saya yang satu tu.

Jalan mana yang tak sesak untuk malam Ahad? Haruslah jammed kan.

Sebenarnya saya dah LAMA tak ke area tengah2 KL nih. Nama je duduk sini, tapi tak pernah teringin nak ronda2 kalau takde hal yang AMAT penting.

Dan disebabkan lama tak pi sini, maka, dah lama lah tak tengok pemandangan tak elok kat sini :(

Hati saya luluh+kecewa macam orang frust bercinta+sedih dan any other frustrating and weird words yang boleh describe perasaan saya malam semalam. Sedih sangat.

Sedih bila tengok banyak gerombolan anak Melayu muda remaja, berpakaian pelik pelik, bergaul lelaki perempuan tu dah satu hal lah kan. common. yang paling sedih, depa tonggak arak :(

Beli satu saiz besar, tonggak ramai2 a.k.a share. Yang pelik lagi, dorang minum, pastu minum Sprite pulak. apa effect dia ek? serius nak tahu.

Waktu tu, saya palingkan muka. Tak nak menghadap mereka yang kebetulan sebelah kereta saya je. Boleh sangat nak turunkan tingkap, then snap a pic. Tapi nanti dorang bangga pulak. Tapi sampai sekarang, tatkala taip ni pun, saya rasa sedih sangat. Kenapa dorang bangga ek?

Dorang minum tu kan, macam minum air Twister Apple pulak tau. Selamba badak je! Dahla tonggak tepi2 jalan besau tu. Kalau ye pun, kaver2 lah sikit kan. Tak lah tercemar hatiku ini T_T

Kemudian, as usual, memang dah jadi kebiasaan bila tengok benda-benda pelik sikit, saya mulalah nak pening. Selalunya bila tengok pemandangan macam ni, dan time orang bergaduh. Lelaki nak bergaduh, nak bertumbuk. Ha, mulalah macam pening. Kalau accident takpa, saya boleh tengok.

Bila dah pening, what do you expect nak berjual beli pulak kat Low Yatt yang crowded tu? Maka saya end up trade in laptop dan tak beli any net book pun.

Sedih kan?

Waktu ni, air mata nak burst out je. Tapi dek kerana ada mak cik dan pak cik, maka kene lah handle with care. Tapi dah mengalir sikit la, tak tahan gamaknya.

Waktu ni juga, I need to spill dengan someone, penat saya fikir siapa, akhirnya teringat seorang sahabat yang tak balik rumah ni :) then terus mesej beliau.

"Welcome to the reality Anis. The world is ugly. Sedih kan? Sbb tu kita xboleh ddk 'selesa' disuap dgn tarbiyah. Sbb kt luar sana ramai lg xfhm. Xtaw. Disbbkan kita2 yg fhm blom try memahamkan :'( sedih dgt. Dlm ramai2 Allah pilih kita dpt kefahaman.. Mesti penuh makna."

Dia sangat memahami. Terima kasih sahabat :')

Waktu tu juga, macam sentap sikit dengan perkataan 'selesa' tu. Bukanlah sentap bermaksud marah. Tapi marah dengan diri sendiri. Kenapa selesa sangat, wahai Anis? Jangan jadi beban dakwah sangatlah~

Ok, perasaan sebenar saya waktu tu. Takut. Takut sangat.

Bila balik, saya menangis sebelah ibu, sambil menyatakan rasa hati saya.

"Akak takut sangat waktu tu, macam mana kalau ibu dengan ayah takde. Akak nak harap kat siapa? Akak takut sangat kalau tak dapat orang yang kuat iman, yang akak boleh trust kat dia bila jumpa benda-benda macam ni..."

Ibu senyap je. Mungkin juga sebab dah tertidur.

"Doa. Doa banyak-banyak."

Ayat ibu yang ringkas, tapi soothe menusuk.

Perasaan saya bercampur baur. Mulalah nak stress. Bukanlah maksudnya saya tak suka tengok sebab saya 'suci', tak bercampur gaul macam tu. Memang benar saya tak bercampur macam tu, tapi mungkin lebih kerana saya TERKEJUT tengok situasi macam tu kot. Hmm.


Rasa bersyukur sangat to the infinity pun ada, sebab masih dalam kalangan orang yang mendapat kefahaman, walaupun tak cukup lagi. Allah jaga Anis, sila bersyukur :(

Dan waktu tu juga, rasa macam, "macam mana nak fahamkan dorang ni?".

Waktu tu juga macam nak balik UIAMK cepat-cepat. nak duduk je dalam bilik.

bak kata sahabat yang saya mesej on the spot tu, rasa macam tak nak fikir orang lain. penat. fed up. semua ada!

tapi, kefahaman yang ada bukankah untuk dinikmati bersama? T_T

mungkin seruan Nahnu Du'at telah menjelma. Sila bersedia anis.





p/s : teringat antara pesanan orang yang saya hormati kerana Allah, "Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjaga kita kembali." Thanks sebab selalu ingatkan saya :)


2 comments:

Unknown said...

dunia tu memang sampah je sebenarnya... kalaulah merka mengerti dunia ini hanyalah sementara. dan tugas kita sendiri untuk bagitau mereka... :)

akak sendiri dok kat KL tak sanggup nak keluar.

syukurlah anis masih merasa concern dengan realiti ni...

A.N said...

terima kasih kak dilah sebab sudi drop comment :) itulah, anis rasa macam takut sangat kak. bukanlah anis berbangga sebab diberi peluang hidup dalam bi'ah solehah, anis pun dtg bukan dr keluarga penuh tarbiyyah, tapi anis rasa bersalah sebab terlalu selesa, sampai terlupa yang 'kat luar sana'. patutlah org selalu ingatkan kita pasal 'orang kat luar sana' semua. bila dah diketuk Allah dengan tengok perkara2 macam tu, barulah nak sedih la, nak sedar la. sesungguhnya anis adalah hamba biasa yang selalu terlupa.

smg kita terus kuat ye kak. ameen :)

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...