Tuesday, October 25, 2011

"Apa tujuan aku sebenarnya?"


Assalamualaikum.


***Peringatan untuk diri sendiri terutamanya. Jika jelas ibrah, bolehlah diambil, mana yang bermanfaat :)


Treettt... treeeetttt...

Handphone bergegar. Atas meja. Adoi, siapalah dok mesej malam-malam nih.


"Tetap istiqamah ukhty. Teruskan berjuang, moga Allah bersamamu. Amin~"

Sender : Akhi +60133xxxxxx

Erk.

Tiba-tiba muka rasa hangat. Ada satu garisan terlakar di wajah.

Jantung tetiba jadi laju. Hati yang hangat sebab malas nak tengok handphone, bertukar jadi satu hikmah tak terkata. Happy kot! Tiba-tiba akal bersuara, "Kenapa dengan aku ni?". Pantas disangkal perasaan yang tidak-tidak. "Alah, doakan kawan. Apa salahnya."

Terus lena diulit mimpi. Lebih indah kerana SMS yang tidak di duga tadi. Bukan kerana isinya, tetapi kerana pengirimnya.


"Ana tengah mengikuti Daurah ni. Doakan ana mampu untuk menjadi faci yang baik :-)"

Sender : Akhi +60133xxxxxx

"So? Apa kene mengena dengan aku?". Nada protes bergema di hati. Tapi wajah jelas terpancar seri dek kerana bangga menjadi antara muslimat terpilih mendapat SMS dari akhi yang tak kurang hebat dan dikenali di antara mahasiswa universitinya. Tiba-tiba terasa seperti ada angin lalu yang membuatkan tuan empunya badan merasa aman.

Heh.



Di Subuh hari, sekali lagi handphonenya bergetar.


"Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Semoga diberi kekuatan menjawab imtihan hari ni. Bittaufiq wannajah! ^___^"


Pergh. Ameen insyaAllah~ Semakin bersemangat nak berperang menjawab exam ni.

Scroll mesej ke bawah, wajah bertukar pudar.

"Adeh." Bukan dia.

Sender : Ukhti +60133xxxxxx


Handphone berbunyi lagi. "Malas aih." Di buka mesej yang baru diterima dengan 'malas-malas'.

"Semoga Allah membantu hamba-hambanya yang sentiasa memperjuangkan agama-Nya. Selamat Maju Jaya Dalam Peperiksaan."

Sender : Akhi +60133xxxxxx


Daebak! Tiba-tiba TERmenari kecil dalam compartment. Happy punya pasal kan? Hati dah cukup berbunga kalah musim bunga kat London :)


Biasa dengar?


Haruslah kan. Kalau bukan antara classmates, batchmates, groupmates, clubmates [eh, pelik je bunyi], mesti pernah baca kat mana-mana. Kalau bukan experience sendiri, mesti pernah dengar kawan bercerita, baca kat novel. Macam-macam cara.

Mungkin, excerpt dialog2 ciptaan manusia yang tak berkenaan dengan sesiapa ni, macam memancing minat di hati. Tiba-tiba terasa kan. "Macam cerita aku je nih." :)

Oh ye, penggunaan akhi, ukhti pengganti diri tu boleh diganti dengan kata ganti diri yang lain. Nak letak nama pun cun juga ;)

Mungkin situasi di atas, lebih berbaur kepada aktivis dakwah. No offence.

:)


Cuba perhatikan mesej terakhir di atas. Dua SMS yang sama motifnya iaitu mendoakan si penerima untuk menduduki imtihan [ujian], tapi kenapa berbeda respon yang di terbitkan si penerima?

Okaylah, straight to the point. Kenapa sms si dia yang berlawanan jantina lebih 'membahagiakan' daripada sesama jantina kita? O.o

Ouch. Ok, saya tercucuk duri.

Rupa-rupanya, itu adalah salah satu PERANGKAP syaitan kepada kita. Berbekalkan alasan, "alah, SMS je kot. Doa pulak tu, takpelah." atau "Email je. Tak terusik pun perasaan ku ini."

Ye ke?

Perangkap syaitan via fitrah insani yang tertarik terhadap berlawanan jenis.

Haa.... kan? Baru perasan kan? Agaklah.

Apalah gunanya kalau kita bersemangat dan semakin kuat dan tabah, dek kerana sumber kekuatan yang tak berapa nak jelas, atau lebih membahayakan, jelas terang lagi berspotlight, sebuah dosa. Takut-takut kita hanya sekadar menikmati sorotan nafsu dalam hati, maka bakal timbullah zina hati. Nauzubillah.


"Nak SMS la. Bagi semangat je pun."


Tipulah kalau tak berkeinginan lansung terhadap lawan jenis. Tatkala melihat nama Akhi tadi, mestilah nak balas SMS yang serupa kan? Berbaur motivasi dan pemangkin semangat kononnya, supaya sentiasa hebat di medan dakwah.

Peringatan kepada diri, tatkala hati ni melonjak-lonjak nak taip mesej kepada yang berlawanan jenis, tanyalah pada diri, ketuklah hati, "Untuk apa aku mesej dia sebenarnya? Apa MOTIF aku mesej dia? Untuk penghargaan daripada dia atau Dia? Adakah Dia akan redha kalau aku buat perkara ni?".

Hamek, 4 soalan. Infinitinya markah, anda sahajalah yang bagi.

Kalau kita handal dan kental menghadapi ujian ini, bersyukurlah. Tetapi bagi yang tidak, kuatkanlah hati. Teguhkan dengan zikrullah. Semoga hati ini sentiasa kuat dan thabat untuk meraih redha Allah.

Biarlah tak dapat 'pandangan' atau 'caring/ambil berat' dari yang berlawanan jenis, tak perlu pun.

Kalau tangan ni gatal juga, maka tanyalah pada diri, "Bukan ke sahabat-sahabat aku lebih memerlukan mesej penguat semangat dari ku?". Lalu, kirimlah SMS pemangkin semangat kepada sahabiah kita yang tercinta, atau ibu, ayah, ahli keluarga yang lain. Itu jauh lebih diredhaiNya, insyaAllah :)

PENTING : Mesej yang tak digalakkan ini dari segi konteks personal. Kalau bersifat akademik dan pengumuman, dipersilakan. Jangan sampai tak 'sampai' info yang sepatutnya disebarkan =.=


Saat itu pasti akan tiba.


Bukan kita TAK AKAN bermesej-mesej dengan kata-kata penguat semangat penuh romantis [alamak, kenapa geli nak eja perkataan nih -__-"] dengan sesiapa pun di dunia ni. Masanya akan tiba. Saat di mana seluruh Inbox kita penuh dengan mesej/SMS dari seseorang kepada seseorang yang kita cintai dan dicintai. Yang telah diHALALkan segalanya untuk kita, berkongsi semuanya dengan kita. Yang insyaAllah berpaksikan cinta kepadaNYA :')

Sabarlah hati untuk saat itu ^__^

"Assalamualaikum. Satgi abang nak bagi tawjih untuk mabit ni. Kat depan abang ni ada ramai bidadari yang bertudung labuh. Tapi entah kenapa abang dak pandang lansung aih. Abang dok teringat yang kat ghumah tu ja. Tunggu abang no =D"

"Wa'alaikumussalam. Baik-baik ye bang. Jaga hati jaga IMAN. Semoga Allah permudahkan segalanya :)"


Yep, kepada si dia yang halal sahaja berhak menerima mesej itu~




insyaAllah :)





p/s : diambil dan diedit serba sedikit daripada artikel asal pemilik blog. Boleh baca artikel asal di sini

p/ss : Maaf, saya tidak boleh lagi 'romantik' untuk menaip mesej oleh pasangan suami isteri di akhir entri ini. My bad :(

p/sss : Tiada objektif untuk menyindir mana-mana pihak. Kalau ada yang terasa, seinfiniti maaf di pohon. Entri ini lebih 'peribadi' sekadar menjadi panduan pemilik blog untuk masa-masa hadapan :)



2 comments:

Anonymous said...

terbaikkk la anis! siries mula2 kita ingat kisah benar. hahahaha

eh jap, ke msg2 tu mmg kisah benar anis? :P

totally agreed ^.^ and ohnaiii, jiwangnye part last skali yg msg husband-wife tu. hewhew.

all the best ukhtiku syg! sye sgt selebet arini smp xtermsg anda :( my bad :(

-usrahmate anda yg terchomel skali. lalalala~

A.N said...

ala awak ni unknown, takpe. saya pun selebet menyelebet tadi, dah macam panda, tak betul. ni nak betulkan jet lag time balik nih :D

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...