bismillahirrahmanirrahim.
"isy, asyik2 hati je mak cik nih..."
:p
ye lah, hati kan COMPONENT penting. takde hati, susahlah. tak jadi pun satu benda.
hehe.
cuba illustrate kan ayat nih, dalam minda masing-masing..
"Bayangkan kamu berada di dalam sebuah kotak. Kemudian pada kotak itu ada satu lubang yang membuatkan kamu boleh melihat dunia dari arah lubang itu. Apakah kamu mengira dunia itu, hanya apa yg kamu lihat dari arah lubang itu sahaja? Adakah kamu merasakan kebenaran itu, hanya apa yang ditunjukkan pada lubang itu sahaja? Apakah yang kamu nampak pada lubang itu, menafikan kewujudan kewujudan yang mungkin wujud pada sekeliling kotak itu? Di sini kamu kena nampak, betapa kita perlu meningkatkan lagi ilmu, melihat lebih banyak pandangan, mewujudkan lubang-lubang lain dalam kotak kehidupan kita.."- excerpt backcover buku Fanzuru by Hilal Asyraf :)
dapat tak maksud dia? sebenarnya ayat tu terbaca bila dapat hadiah buku Langit Ilahi 3 : Fanzuru by Hilal from my dearest siblings and ibu. hehe.
dapat je buku tuh, terus paling belakang. nampak pulak ayat 'mengetuk' nih. memang terbaik la.
kadang2 terlupa..... ;)
selalu lah, memang maksud 'insan' pun drpd perkataan Arab yang bermaksud 'lupa'. lupa itu lupa ini. lupa bawak henset, lupa kad matric. semua benda. insyaAllah, "maaf kita kerana lupa" pn akan diterima. :D
so nak ingatkanlah nih. extremely untuk diri yang sedang khusyuk menaip nih.
pandanglah semuanya dengan mata hati.
:)
bukanlah bermaksud, pandang dengan mata hati itu membawa kepada tahap 'sensitiviti' yang TERLEBIH. semua benda nak 'care', sampai pelajaran terganggu. kesihatan terganggu. sebab terlalu anxious kan. caring itu caring ini.
tapi, janganlah mudah melatah. ^^
ini tak, sikit2 nak melatah. sikit2 nak marah tak memasal. rilek la. [sekali lagi untuk diri sendiri :p]
sebab takut jugak, kalau tak pandang everything via mata hati, takut jadi fitnah untuk orang lain. selain daripada berkurangnya rasa nak 'berlapang dada' dengan orang lain.
sebagai contoh mudah, mentafsir gambar.

terang lagi nyata, bukan muslimah dalam gambar di atas [gambar sekadar hiasan]. tapi perlukah kita menganggap "ok, berdosa letak gambar lelaki. tag perempuan pulak tuh!" ?
itu ayat orang yang memandang dengan mata kasar.
cuba guna mikroskop hati.
tengok ukhuwwah [walaupun dorang omputeh] mereka. link kan dengan caption gambar.
apa yang anda nampak?
seorang rakan mengatakan farewell [mungkin] kepada sahabatnya yang lain. kalau tak di dunia, di akhirat mahupun syurga kelak. biiznillah.
lain kan? persepsi masing2.
kenapa tak positifkan je gambar tu [kalau yang diinterpret adalah gambar]? kenapa nak kena wujudkan negativity dalam kehidupan, selagi boleh menghindarinya?
positifkan diri di mana jua, insyaAllah. awet muda lah sentiasa.

kalau saya letak gambar nih, nak cakap apa?
saya gedik nak kahwin?
positifkan diri. berlapang dadalah. dan, pandanglah dengan mata hati ^______^
GBU~

No comments:
Post a Comment