Thursday, April 7, 2011

menjaga hati.

bismillahirrahmanirrahim.


alhamdulillah. :)

Allah bagi ketenangan hati malam ni. hehe. boleh online 'sukahati' kat CF Sister. takde apa yang mengganggu. maksudnya, tiada nota yang perlu dihabiskan. wuwu.


petang tadi pun, asyik online je. melepaskan lelah la kononnya. ceh. sambil-sambil mendengar ceramah sepanjang CAMPRO [Campus Dakwah Project] last January, bermula dengan talk Let's Get Married, yang masih belum di habiskan. insyaAllah bakal menyusul ustaz Hasrizal punya pulak nanti :)


dalam pada dengar talk. sekarang tengah khutbah by Sheikh Riad, pastu petang tadi asyik berFB, terdetik satu rasa, nak 'cabar' diri sendiri. sebenarnya, al-hasil dari melawat satu page sahabat bukan di FB nih. bila buka page dia, tengok status2 dia [macam stalker], rasa macam nak buat pembaharuan sikit. tapi tak boleh lah nak terus kan. kene slow2. apatah lagi berkaitan hati. memang kene makan masa sikit. asalkan istiqamah.


saya mencari satu 'punca'. punca dan mengapa. mengapa dan sebab. hmm. pening kan? takpe, biar saya je yang tahu apa yang saya cari :)


kata nak jadi pendakwah. pendakwah 'muda'. menjadi da'i tak semestinya berniqab, duduk 24/7 di masjid, tak sambung study semua. tidak! malah, lagi bagus kalau kita update segalanya. pandai, bijak berkata-kata, peramah, friendly, baik, cantik, lemah lembut, oh, menghampiri idealistik semuanya. boleh. kita boleh aim untuk kesempurnaan. walaupun hakikat manusia tak sempurna. tapi untuk Allah, demi Allah, semua boleh! :)


nak jadi pendakwah. automatically da'i. hati mesti bersih. cakap kat orang jaga hati jaga hati, tapi hati sendiri? tak jaga. biar hitam legam. tak bolehlah!

lagipun, bukan sebab nak hati itu hitam, tapi takut AZAB ALLAH beb! takut! cuak! semua ada!



betul lah. bukan senang nak jaga hati. =.="




nak kena jaga hakikat kita. sebenarnya, tugas mendakwah [menarik orang ke arah Islam] bukan lah pilihan. tapi TANGGUNGJAWAB!

sedihnya saya. kat UIAM baru belajar benda-benda ni. baru tahu itu ini.

tapi alhamdulillah. atleast, ada wadah saya nak dapat ilmu ni. Allah tak bagi straight away kat saya since budak-budak sebab Dia tahu saya macam mana kan?

tak serious sepanjang masa. T_T









indahnya jika dapat jadi da'i yang penyabar, HATI BERSIH, bijak pandai, petah berkata-kata, friendly and warm, tegas tapi tak jumud. so sweet kan?

tapi itulah. penyebab utama KEROSAKAN AKHLAK la ni, hati tak bersih. tak tulus. tak suci.


dan yang paling menakutkan, kalau kita buat baik, benda baik, tak tajdidkan niat kerana ALLAH.

takutnya!

saya takut balasannya.

adakah kita buat sebab 'orang lain'?

atau ingin nampak baik? T_T

cuak2.








saya tahu agak payah. saya tahu siapa saya.

tapi saya kena cekalkan hati saya.

saya kena banyak bersabar. bertenang.

mencari kebahagiaan dalam keterbatasan yang ada nih.

tak semua benda kat dunia saya nak, saya akan dapat.

Allah bagi apa yang saya perlu, bukan NAK.

o Allah, give me strength.

T_T






saya nak jaga hati. tolong saya!

2 comments:

Muhammad Marzuqi said...

jaga hati, jangan sampai ia mati~
dakwah itu banyak cara,
dakwah bil hal(perlakuan)
dakwah bil lisan(perkataan) dan banyak lagi...:-))

A.N said...

itu lah marzuq.
yang akak maksudkan kat atas, dakwah melalui ape yg kita buat hari2 :) bukanlah guna style tabligh lagi, tak cukup ilmu lagi.


'ala kulli hal, nak kene jagi hati juga at the same time. insyaAllah. doakan kita semua thabat kat jalan ni :)

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...