Tuesday, April 19, 2011

back to March 2010 :')

mode : Back to December








bukti kukuh ke serada :D



dengan ceksu.




kat Taman Syahbandar






Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Semalam, akhirnya sampai jugak kat rumah. Perjalanan yang.. hurm.. tough lah untuk saya. :|

Setelah ber plan2 bagai, dengan mak cik Wan Atikah and Haziqah Zulaikha, saya akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke Kg. Serada, di mana, kampung kami berBAKTISISWA pada tahun lepas. Kami bertiga, beradventure, pada 15 April lepas, sampai lah hari Ahad. kerana Walid and Ummi, semua boleh! :)

seriously, tak sabar nak habis kertas Anatomy sebab nak jumpa geng kat terminal, boleh? :D

kertas Anatomy pula, memang TERBAEK dari ladang lah. kenapalah semua paper tak macam tuh. takpe2, yang lepas, biarkan lepas. :)

okeh, sebelum mood Terengganu padam dalam ingatan [wah, kenapa kejam sangat bunyi nih], baiklah saya coret kat blog nih. atleast, di masa2 tua nanti, bolehlah review balik kan? eheh.


15 April 2011


lepas jawab kertas Anatomy, melesup ke UIAM Mosque kat KOM. solat Asar semua. bukak je hp, berderet missed calls dan sms. stret Ziqah, Wan dan Sha. memang terbaek lah family FSCC ku ini! :) jam menunjukkan pukul 5. bas ke Terengganu pukul 630 ptg.

"Anis, baca je mesej ni terus kol aku ok!"

mesej Sha tak macam ugut pulak kan. so, dgn hati tenang dah habis exam, call lah Sha. rupenye dye yang so sweet tu nak hantar ke Terminal. naik Pinky dye. memang Allah permudahkan betul lah. :')

Sha pun hantar g terminal. sambil2 luahan hati heart to heart dalam kereta. memang best lah kan. [bukan mengumpat ye]

[pendekkan cerita]

sampai Kuala Terengganu pukul 1130+ malam. lama kan? macam balik Johor pun ada rasanya. Ingatke negeri sebelah2 nih, sekejap je lah. rupenya lama.

sampai2 je, ada kawan [ceh] tolong pick up kami kat terminal tu. pastu bawak kami makan sekejap, sebab TERAMAT lah lapar duduk dalam bas. dahlah baru habis exam, memang boleh bayang macam mana.

dalam pukul 12+ tgh malam, kami otw ke Serada.

sampai je Serada, singgah di rumah family angkat Wan.

perasaan tyme tu? Allah je yang Tahu.

sedih+teringat+gembira+sayu semua ada ! bercampur2 !

tiba2 rasa macam nak cakap, "eh, mana orang lain nih?" :')

tiba-tiba terbayang..... ah, semua nak bayang lah tyme tuh.

dalam pada masa yang sama, keletihan melanda. tak larat dah nak bayang2 sangat. tunggu esok pagi je la..


16 April 2011


Ok, keesokan paginya, baru sempat salam dengan tuan empunya rumah. sebab malam sebelum, hanya anak dara yang menyambut kami. kami dijamu dengan mee goreng dan keropok lekor, Terengganu delicacies kot. hehe.

lepas sarapan, kami tengok Pok wan igat [tangkap] ayam. pastu sembelih. untuk buat gula [gulai]. heh. kampung ni memang tradisi lebih tradisi kot. semua yang tradisional ada lagi. tangkap ayam, mandi air perigi semua ada lagi. lokasi kampung ni je pun dah cukup untuk define semua ini. huhu.

lepas tu, kitorang ke rumah Cek and Ceksu. family angkat saya. bertanya khabar lah kami. next, ke rumah Bak haziqah [laju betul nak cerita].

rasa macam better buat macam blog wan

banyak yang memorable kot.


  1. pergi ke Pasar Payang, segala jenis Pantai yang saya tak pulak hafal namanya [tau Gong Badak je], Mydin besar yang wajib pergi, Masjid Kristal yang bolehlah dikatakan wajib pergi untuk setiap tourist.
  2. Makan sutun kat Gong Badak
  3. Lalu kat Airport baru [saya panggil airport kayu] yang dah siap sepenuhnya
  4. dah tahu Batu 6, Mengabang Telipot, SEMENTAJ, KOSPINT [imtiyaz dungun]
  5. kedai makan nasi padang Rex kat bandar
  6. jagung kikir
  7. igat ayam
  8. beli roti keramat [hollywood bak kata walid]
  9. jalan dari O.R ke sungai melepasi rumah abang rafi kori [jauh kot!]
  10. ronda dengan wan ke rumah..... [ehem]
  11. semua penduduk kampung macam boleh detect kitorang budak UIAM. :)
  12. makan merupakan agenda utama ye.
  13. jumpa dengan makcik2 yang peramah sambil memasak kat O.R



'ala kulli hal, kepada anak2 angkat/ peserta BAKTISISWA 2010, jika ada kelapangan, jenguk2 lah family angkat. ini bukan nak bangga diri ke apa, al sebab saya dah pergi ke kan. bukan. peringatan jugak untuk saya yang mudah lupa nih. saya pun tak tau nak jawab apa, kalau dorang asyik tanya perihal anak angkat dorang je, yang mana, semuanya saya kenal dan KAWAN saya kot. kalau tanya kabar je takpe, ni siap mengadu tak balas mesej semua. tak sedap lah kan. so, apa2 pun, kerap2 lah bertanya khabar. okeh.

salam :)

No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...